BAB 19

9.2K 332 16
                                    


• " Kerana Dia Jodoh Aku "

• " Kerana Dia Jodoh Aku "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_____✿_____

Hari ini Izz dah mulakan kerjanya selepas menghabiskan cuti minggu di rumah ibu bapanya. Sama juga Irfan yang sudah mula dengan tadika nya.

" Hati-hati dekat tadika. Jangan main lari-lari tau. Nanti jatuh. " Pesan Saffiyah seperti ibu-ibu di luar sana sebelum Irfan mahu ke tadika nya. 

Izz dan Datin Khatijah tersenyum melihat telatah Irfan dan Saffiyah.

Izz sudah buat keputusan. Dia akan duduk di rumah Dato Huzir dan Datin Khatijah selama sebulan. 

Itupun idea Airiel. Katanya-

" Aku rasa better kau pindah duduk di rumah mak long. Sebab kalau kau dan Saffiyah duduk di rumab mak long, kau dan Saff boleh tidur sebilik. "

Izz hanya bersetuju kerana dia ingin rapat dengan Saffiyah seperti bagaimana hubungan mereka di zaman sekolah menengah dulu.

" Hulk, mengelamun nampak. " Ini satu lagi perangai Saffiyah. Sejak Izz ingin menggodanya tempoh hari, Saffiyah asyik memanggilnya dengan panggilan 'hulk'. 

Mama dan papanya juga terikut dengan panggilan itu. Nasib lah Natasha tidak terlalu melekat di rumah kalau tidak, lagi lah teruk dia di bahan kan oleh kakaknya itu.

Izz menjeling ke arah Saffiyah manakala Saffiyah tersengih tidak bersalah.

" Jom mama, kita masuk. " Kata Saffiyah apabila kereta Izz hilang dari pandangan mereka berdua.

" Kak Tasha dan papa mana mama? " Tanya Saffiyah apabila rumah itu sunyi tanpa suara Natasha.

" Kak Tasha kamu tu dah keluar pagi hari lagi. Katanya nak berjumpa dengan kawannya. Papa kamu dah masuk kerja. " Terang Datin Khatijah. Saffiyah mengangguk faham.

Tiba-tiba telefonya berdering dengan lagu heavy nyanyian daripada Linkin Park feat Kiiara.

" Hallo? " Saffiyah ketawa kecil.

" Hallo! Saff!! I miss you so much! " Jerit si pemanggil

"I miss you to baby! " Saffiyah membuat suara sedihnya.

" Kau sihat? Shay, jom kita jumpa. Kita ajak Dinie dan Summayah sekali. Lama kita tak jumpa. Last sebulan yang lepas kan? " Kata Saffiyah kepada Shayla.

" Haah. Lepas majlis Su dan Lutfi. Hurm- bila? Aku sebernanya busy. Yelah, minggu depan aku dah nak kawin. Kau jangan lupa datang tau. Bawa Irfan sekali. Aku rindu gila dekat budak kecil tu. " Kata Shayla dengan suara yang menunjukkan dia terlalu gembira.

" Ya Allah! Aku lupa Shay, kau dah nak kawin. Tahniah. Dengan siapa erk? " Saffiyah mengusik Shayla.

" Dengan Syamil lah! Bakal suami aku yang paling aku cintai. " Kata Shayla dengan suara yang gedik. 

Kerana Dia Jodoh AkuWhere stories live. Discover now