• " Kerana Dia Jodoh Aku " •
_____✿_____
Pada hari akad nikah...
Saffiyah merenung tangannya yang tersarung dengan sebentuk cincin pertunangan dia bersama Izz Nadzrin.
Dia mengeluh kecil.
Matanya terarah pada dirinya di pantulan cermin. Dia meneliti mukanya yang telah diconteng oleh mak andam sebentar tadi.
" Saff? "
Seseorang menolak pintu bilik Saffiyah.
Saffiyah menoleh ke arah pintu biliknya.
" Ye? Oh Dinie masuklah. " Saffiyah tersenyum memandang kawan baiknya itu.
" Tak sangka aku, kawan aku yang manja, perangai macam budak-budak ni, sekejap lagi dah nak jadi isteri orang dan mak budak. Cepat gila! " Di akhir ayatnya, dia dan saffiyah ketawa kecil.
" Saff? "
Summayah dan Shayla menolak pintu bilik Saffiyah.
" Tepi lah aku nak masuk dulu. " Summayah menolak Shayla yang ingin masuk ke dalam bilik Saffiyah.
" Apa masalah kau ni? Aku yang sampai dulu kot. Bagi lah aku masuk dulu." Shayla tak nak mengaku kalah. Dia menolak Summayah yang berpakaian kebaya berwarna krim mengikut tema majlis pada hari ini.
" Hisy korang berdua ni. Tak gaduh sehari tak lengkap hidup erh? " Dinie yang turut berpakaian kurung berwarna krim, bercekak pinggang memandang Shayla dan Summayah.
Mereka hanya tersengih tidak bersalah.
" Wow! Betul ke ni kawan aku yang bernama Nuradilah Saffiyah? " Summayah mengelilingi Saffiyah.
" Cantiknya kau Saff. Cemburu aku tengok. Berseri-seri gitu. " Shayla menyampuk.
Saffiyah tersenyum manis.
" Jangan risau, Shay. Tak lama lagi giliran kau pula naik pelamin. " Summayah menyiku Shayla.
Pipi Shayla merona merah.
Shayla tak lama lagi akan melangsungkan majlis perkahwinan bersama tunangnya, Syamil Asyraff. Atau lebih dikenali Syamil pemalu. Di sekolah menengah dulu, dia lah lelaki paling malu untuk bercakap dengan perempuan terutama sekali Shayla. Tak sangka pula dalam malu dia, ada menyimpan perasaan terhadap Shayla.
" Syamil kau datang tak? " Saffiyah bertanya sambil membetulkan tudung bawal yang tersarung di kepalanya.
Kalau diikutkan hatinya dia tak nak pakai tudung, tetapi Izz memaksa dia untuk memakai tudung ini. Siap ugut lagi kalau tak pakai dia akan mengadu dekat umi dan abah dia. Katanya aurat Saffiyah hanya boleh dilihat oleh dia seorang sahaja.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romance→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...