• " Kerana Dia Jodoh Aku " •
_____✿_____
" Abang tadi Adam ada call Saff. " Saffiyah berdiri di hadapan TV.
Izz mengerutkan dahinya apabila Saffiyah menghalangnya dari menonton TV. Dia memandang wajah Saffiyah.
Sudah 3 bulan berlalu tentang kejadian pahit antara Saffiyah dan Izz.
Dalam tempoh 3 bulan itu, ada je perkara yang ingin Saffiyah gaduh kan. Biarpun hal itu hanya sekecil kuman, dia besar kan hal itu menjadi sebesar pokok. Sakit kepala Izz ingin melayannya.
Masa begitu pantas berlalu, sedar tak sedar, perkahwinan mereka sudah masuk bulan yang ke 8.
" Sebab apa dia call sayang? " Tanya Izz dengan nada cemburu.
Ye lah, isterinya ini boleh dikatakan hotstuff dan menjadi buah mulut orang kerana perangai nya yang suka permainkan lelaki ketika zaman sekolah menengah dahulu. Tetapi yang dia hairan, walaupun semua orang dah tahu perangai buaya si Saffiyah, mereka tetap minatkan Saffiyah. Terutamanya si Adam.
" Dia kata, malam esok ada reunion sekolah menengah kita. Tapi batch kita jelah. " Balas Saffiyah lalu duduk di sebelah Izz.
Izz memandang Saffiyah.
" Oh, abang dah tahu. " Balas Izz.
Saffiyah memandang Izz dengan pandangan yang tidak percaya.
" Kenapa abang tak bagitahu Saff? Abang malu dapat isteri yang kuat makan macam Saff kan? Sebab tulah abang tak nak bagitahu. Sebab takut Saff makan habis makanan dekat situ kan? Ni kalau Sdam tak bagitahu Saff, memang Saff tak akan tahulah! " Marah Saffiyah dengan tiba-tiba.
Dia menoleh memandang ke arah lain.
Izz terlopong apabila disembur bertubi-tubi dengan Saffiyah.
" Ya Allah sayang, ke situ pula dia fikirkan. Abang tak bagitahu sayang disebab kan, Adam call abang masa sayang tengah tidur. Abang tak lah kejam, sampai nak kejutkan sayang disebabkan nak bagitahu pasal ni je. " Terang Izz dengan bersungguh-sungguh.
Saffiyah kembali memandang Izz.
" Betul? " Tanya Saffiyah.
Izz mengangguk kepalanya dengan bersungguh-sungguh. Seperti yang dia katakan tadi, perkara kecil sahaja tetapi Saffiyah sengaja mahu besarkan. Dia hairan juga. Sejak dua menjak ini, mood Saffiyah tak tentu arah. Sekejap marah, sekejap merajuk, sekejap manja. Kalau tersalah cakap sikit, memang makan merajuk dan marahlah dia nanti. Pening dia nak melayan. Nasib sayang.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romance→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...