• " Kerana Dia Jodoh Aku " •
_____✿_____
" Tihah, awak ada dengar tak bunyi orang mengerang sakit? " Tanya abang chik dengan kepada kak chik.
Kak chik sudah menepuk dahinya perlahan. Nampaknya suami dia tidak ingat yang pengantin baru sedang menghuni di rumah ini.
" Izz yang mengerang tu abang chik. " Jawab Izz sambil matanya melihat Saffiyah yang sedang berselera makan. Sudah 2 kali isterinya itu menambah nasi pagi ini.
Agak-agak nya kalau dia bagitau sebab apa dia mengerang tu, akan selera lagi kah gadis itu?
Izz ketawa di dalam hati.
" Kenapa kau mengerang Izz? Kau sakit ke? " Tanya abang chik dengan lurus lagi.
Semua mata yang berada di dapur itu, memandang abang chik bagi menghantar isyarat jangan teruskan dan tukar kepada topik lain tetapi penyakit Saffiyah sudah menguasai diri abang chik.
Dan abang chik masih tidak faham akan pandangan semua orang di dapur itu.
" Haah sakit. Sakit sebab Saff terkam Izz kuat sangat semalam." Jawapan selamba badak Izz itu membuatkan Saffiyah yang sedang mengunyah nasi, tersedak.
Izz menghulurkan secawan air kepadanya, lalu menepuk-nepuk belakang badan Saffiyah.
" Angel, makan elok-elok. " Pesan Izz dengan lembut.
Saffiyah menjeling Izz dengan tajam.
Habis merah padam mukanya kerana sepupu-sepupu lelakinya memandang ke arah dia.
Patutlah suami dia sedap mengerang sakan atas tilam semalam. Rupa-rupanya ini rancangan dia.
' Haish Izz kau tunggu! '
" Apa rancangan kamu pagi ni, Saff? " Tanya Nek Mah beralih topik.
Kesian cucunya itu. Habis merah mukanya.
" Kawan Saff nak datang petang ni. Jadi Saff ingat nak pergi pasar dengan Izz pagi ni. Irfan nak ikut tak? " Saffiyah memandang anaknya itu.
Sejak 2 hari duduk di sini, anaknya sibuk main dengan Rayyan and the geng.
Sampai dah tak ingat mummy dia ni.
" Siapa nak datang mummy? " Tanya Irfan dengan mulut yang penuh dengan makanan.
Izz yang melihat perangai anaknya menggeleng kepala.
" Kunyah dulu makanan tu, Irfan. ", Tegur Izz.
Irfan cepat-cepat mengunyah makanan yang berada di dalam mulutnya.
" Aunty Su datang dengan Uncle Lutfi." Terang Saffiyah.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Romance→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...