• " Kerana Dia Jodoh Aku " •
_____✿_____
" Saff, buat apa ni? "
Datin khatijah yang baru turun ke dapur menegur Saffiyah yang sedang tercegat di kabinet dapur.
"MAK AKU TERBANG! " Saffiyah melatah terkejut apabila Datin Khatijah datang menyergah nya dari belakang begitu.
Tiba-tiba dapur itu bergema dengan gelak besar seseorang. Tapi bukan suara milik Datin Khatijah.
Saffiyah memandang ke pintu dapur, kelihatan Natasha yang sedang ketawa sakan sambil memegang perutnya melihat Saffiyah melatah.
Saffiyah menahan malu apabila tawa milik Datin Khatijah turut kedengaran.
'Adoi kau ni Saff, malunya pergi melatah depan mak mertua dan kakak ipar pula tu. Mesti mereka ingat aku ni hantu latah.'
Saffiyah menyambung kerjanya yang tergendala tadi bagi menghilangkan rasa malunya.
Datin khatijah datang menghampiri Saffiyah.
" Bukan Saff seorang je latah macam tu kalau terkejut. Mama and kak Tasha pun habis keluar segala mak nenek kalau terkejut. " Datin Khatijah memujuk seperti dapat membaca fikirannya.
" Saff jangan bimbang tau, sayang. "
Saffiyah hanya tersenyum dan mengangguk faham. Baru dia tahu kenapa Izz lembik mulut sangat panggil dia 'sayang' .
Rupanya dia ikut mama dia yang tidak lekang panggilan 'sayang' dari mulutnya.
" Saff masak apa ni? " Natasha yang sudah kehabisan tenaga kerana gelakkan Saffiyah tadi, mula bertanya apa yang dilakukan oleh Saffiyah.
" Saff nak masak nasi goreng tomyam. Semalam, Irfan minta dengan Saff nak makan nasi goreng tomyam. Yang lain Saff dah masak. Ada atas meja tu. " Saffiyah memuncungkan mulutnya ke arah meja di dapur tersebut.
" Ya Allah! Saff banyak gila! Bila masa Saff masak semua ni? " Natasha bertanya dan memandang Saffiyah dengan tidak percaya.
Saffiyah tersengih.
" Lepas subuh, Saff terus masuk dapur. " Kata Saffiyah sambil tangannya lincah memotong bawang.
Natasha hanya mengangguk. Dia memandang makanan-makanan yang di atas meja itu. Huish bau pun dah buat dia kecur air liur.
Tiba-tiba matanya terhenti pada satu hidangan yang begitu menarik perhatiannya.
" Mama, ni pau kan? " Natasha mencuit lengan mamanya.
YOU ARE READING
Kerana Dia Jodoh Aku
Roman d'amour→' complete '← ______✿______ Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nuradilah Saffiyah. Paras rupanya yang cantik telah membuatkan dia terkenal di antara lelaki mahupun perempuan. Dia seorang gadis yang tidak pernah mengambil serius tentang hubungan...