Airel tergesa keluar dari teksi bila dengar bunyi komuter yang menghala ke KL Sentral tiba di station. Laju dia menyusun langkah berlari mengejar komuter yang berhenti tak sampai 5 minit tu. Tanpa tengok kiri kanan, mata difokuskan pada pintu yang masih terbuka. Dapat saja menyelinap, pintu komuter tertutup.
"Fuh lega. Sempat pun," ucap Airel.
Suasana yang riuh dalam gerabak komuter terus senyap. Airel yang sedang betulkan tali leher yang senget tersedar semua mata memandang padanya. Nafas ditarik dan mata dihalakan pada kemeja dan tali leher yang dibetulkan kedudukannya. Bila dipandang pada kasut tinggi lima inci bertumit runcing warna merah di hujung kasutnya. Angkat saja kepala, Airel lihat sekumpulan gadis berpakaian sedondon kebaya putih berkain biru.
Mak aiii... bagusnya sarapan pagi aku hari ni. Bukan sorang tapi segerabak komuter. Rezeki kau Tuan Airel. Lain kali buat lagi kerja bila macam ni, bisik hati Airel. Muka dilunakkan manisnya.
Gadis yang berdiri betul-betul di depan Airel berpaling memandang tajam padanya. Sempat Airel mengimbas rupa paras gadis itu. Rambut lurus kena seterika paras bahu memang sesuai dengan bentuk wajahnya yang bujur sirih. Mata coklatnya buatkan payah nak dialihkan pandangan dari terus merenung. Sedetik hatinya terus tertawan.
"Excuse me sir.... gerabak ni khas untuk wanita saja," ucap gadis itu cukup tegas.
Wajah kacak Airel terus bertukar rona. Namun dibuat gaya selamba saja. Mana nak mengaku tersalah masuk gerabak warna merah jambu dalam keadaan nak kejar masa tadi.
"Oh!"
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
HumorKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...