Will You?

636 58 15
                                    


Semua sampai di The House kembali dengan kudrat yang kehabisan. Ada lari masuk dalam kolam terus. Ada yang terbaring atas lantai melepaskan lelah. Airel terbongkok melepaskan cungap penat. Dia menoleh memandang sekeliling. Mengira satu persatu anggotanya.

"Eh! Nad mana?" Soal Airel.

Semua yang sedang melepaskan lelah tadi pandang sesama sendiri. Pantas saja Airel mendail nombor telefon Nadia. Namun tak berjawab. Sekali lagi mesej di hantar. Namun tiada balasan di sebelah sana.

"Meng! Kesan kordinat Nad sekarang," jerit Airel. Satu yang diketahuinya, Nadia cukup serius bila bersangkutan dengan kumpulan Queen Papa. Tiada satupun maklumat tentang kumpulan itu terlepas pandang dari pengetahuannya. Gila!

Mengelesat Komeng berlari mendekati komputernya. Tekan sana sini sekejap je dia dapat tahu dimana Nadia berada. Keluhan lega dilepaskan.

"Oii, cuba tengok dalam bilik kau," suruh Komeng.

Semua mata terarah pada Airel. Pelik! Airel tuding jari telunjuk pada mukanya sendiri. Tak mungkin.

"Cuba kau pergi tengok. Dia buat apa dalam bilik kau Riel. Kami tunggu sini je. Bagi privasi sikit," sakat Rock yang bersidai di birai kolam.

"Darurat macam ni pun kena goda kalu, sendiri mau ingatlah bos. Iman kuat ke tak. Kingkong tu, rugi tolak rezeki." Botak mencelah. Sejak Nadia ada, memang Airel jadi bahan mereka. Kebal konon!

Airel tersengih nakal. Langkah diatur naik ke biliknya di atas. Buka saja pintu dilihat Nadia sedang berbaring atas katil dengan tangan bersilang di belakang kepala. Boleh gugur berderai iman tengok lekuk badan Nadia yang sempurna di katil beradunya.

"Salah bilik ke?"

"Nope!"

"Then, you try to seduce me?"

"Tettttttt! Nope."

"Then?"

"You are being watching boss. Everything about you are like an open book. Tiada apa pun special."

"Maksud?"

Nadia duduk bersila. Skrin tablet dipamerkan pada Airel. Sepuluh pepijat yang terpasang di bilik Airel dapat dilihat dari pecahan 10 video. Terlopong mulut Airel. Terkejut dengan apa yang diketahuinya.

"Bilik bos saja ada 10 pepijat. Dari bilik air sampaikan ke balkoni. Bilik lain tak banyak sangat. Jika diperiksa keseluruhan ada lebih 100 pepijat yang terpasang dalam rumah ni saja. Semua sudah dikenalpasti dan dikeluarkan. Mereka sudah intip kumpulan ni lebih daripada enam bulan. Melalui risikan saya, apa saja berkenaan Queen Papa dikawal rapi maklumatnya oleh Janice a.k.a Jane yang merupakan anak kandung Queen Papa. Dia dibesarkan oleh keluarga angkat sejak. Sebab itulah maklumat peribadi Jane tak siapa tahu."

Airel terduduk di birai katil. Tak sangka. Dia yang sepatutnya dapat membaca Jane masa pertemuan mereka sebelum ini. Tapi kenapa dia tak nampak apa-apa yang mencurigakan macam ni. Skrin tablet ditenungnya tak lepas. Sempat matanya memandang pada Nadia yang sedang membetulkan kolar baju di belakangnya.

"Mudah sangat terpedaya dengan perempuan seksi," kata Nadia. Airel gigit bawah bibir. Geram bercampur tergoda dengan aksi selamba Nadia di belakangnya. Segala tingkah Nadia dilihatnya melalui skrin tablet.

"Itulah lelaki. Kang cakap cepat cair, tak nak mengaku. See! Buta-buta je dibogelkan oleh bitch tu. Kesian!"

Airel meletakkan tablet perlahan di tepi katil. Dengan kiraan sedia dia berpusing dan memakukan tangan Nadia ke tilam. Badannya menindih tubuh seksi Nadia. Tergamam!

"Bos!!!"

Airel dekatkan bibirnya ke sisi pipi Nadia. Saja dibiarkan hembusan nafasnya melibas Nadia yang selamba memerlinya. Dapat didengari dengupan jantung Nadia yang bagaikan nak tercabut dari soketnya.

"Aku akan sempurna bila kau jadi partner aku. Well, husband olok-olok tu kita tukar jadi husband sehidup semati nak? Dari situ kau boleh ajar aku. Jangan mudah cair dengan bitch yang macam tu. Sebab hanya kau je yang boleh cairkan aku." Bisik Airel.

Glurp!!!! Ini betul-betul lamaran ke? Atau amaran supaya tak cabar bos? Terkebil-kebil Nadia memandang Airel. Kepala otak dan hati bertelagah tu usah ceritalah. Dah macam dalam dewan rakyat je suasananya.

"Aku bukan romantic pada yang tak halal. Tapi aku akan belajar romantic pada yang halal untuk aku. Will you be my wife, Miss Kingkong?"

Macam kena pancung kepala dengar ungkapan itu. Nadia cepat bertindak meloloskan diri dari berada di bawah kawalan Airel. Dengan kemahiran yang dia ada, dia terlepas.

Airel gelak lucu. Mengiring sambil tangan menumpang kepala memandang pada Nadia yang berdiri di tepi katil. Dada berobak Nadia bersama perang emosi yang melanda diri Nadia buatkan Airel lagi suka nak menyakat.

"Boss ni buang tebiat ke? Orang sibuk fikir pasal operasi. Dia sibuk pasal o-serasi dia. Look! Be professional here." Tengking Nadia. Geramnya tambah membuak berdepan dengan Airel pula petang ni.

Airel bersimpuh di atas katil memandang Nadia. Bibir dikoyakkan senyuman paling menawan. Jawapan sudah diketahuinya tanpa Nadia ungkapkan di bibir. Dia boleh baca.

"Kita sama-sama tak ada keluarga. Secocok apa. Aku tahu kau. Dan kau pun tahu aku. Cinta cinta sebelum nikah ni tak best. Tak boleh feel. Banyak buang masa je. Baik kita cinta lepas nikah. Senyum pun dapat pahala tau. Itu belum yang lain lagi. Banyak pahala kita, Nad. Kau tak nak?"

"Huh! Gila.Mabuk ketum ke ni?"

Nadia berdegus dan keluar dari bilik Airel. Sepantas kilat Airel melompat dan menjadi penghalang di depan pintu bilik.

"Apa ni?" Marah Nadia.

"Serius ni. Will you be my wife, Nad."

Riak wajah Airel bersungguh dan penuh keyakinan. Dia tahu, operasi kali ni bukan semudah yang mereka sangka. Dia pun tak pasti bagaimana kesudahannya. Yang diketahuinya, hargai apa yang ada depan mata. Dan sekarang depan matanya adalah Miss KingKong. 

************

Notakaki penulis

************

Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.

************

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.

CHECKMATE QueenKongWhere stories live. Discover now