Airel duduk di bilik hiburan dalam markas latihan ni. Bukan ada apapun. Meja snooker sebiji, papan dat kat dinding, tv plasma yang terpasang siaran Astro dan sofa untuk lepak. Adalah dua tiga mesin air di pintu masuk sebagai tempat nak labur duit keringkan tekak.
"Sini kau lepak,"sergah Sarjan.
"Shssss..." Airel suruh Sargent senyap. Dia tekun mendengar berita terkini terpampang di kaca tv. Kemudian dia pandang pada Sarjan.
Anggota Elit Khas Merah telah berjaya melumpuhkan operasi pengedaran dadah terbesar di Asia dengan serbuan serentak di tujuh belas lokasi serentak di seluruh negara. Menurut sumber yang boleh dipercayai, polis berjaya menahan suspek yang menjadi dalang terbesar operasi di Malaysia.
"Ini betul ke gimik ni Jen?" Soal Airel tak percaya.
"Entahlah Rel, aku susah nak cakap... jika setakat kat Malaysia aku boleh kata bukan gimik tapi ni dah masuk dua tiga negara serentak. Bukan kerja mudah tu Rel... tapi tak mustahil kan... Kau tengoklah, Skuad Elit Merah kita bukan calang-calang pasukan" jelas Sarjan.
"Yang aku tahu skuad Elit Merah ni dapat task joint force dengan Unesco setahun lepas. Tak tahu pulak berkaitan pengedaran dadah ni."
"Apa pun masih tak mampu lawan Skuad Harimau Kumbang kan. Jangan rasa tercabarlah bro. Setiap pasukan ada kelebihan dan kepakaran masing-masing," puji sarjan.
Airel diam berfikir sambil bersandar pada sofa. Air tin atas meja sudah berbaris empat tin yang sudah kosong isinya. Beginilah kalau menunggu buah tak ranum gugur. Boleh diklasifikasikan gila tak bersebab.
Sarjan tepuk bahu Airel dengan disambung isyarat kepala suruh bangun.
"Jom... anak ikan emas Tuan Halim dah sampai. Ini 1st time aku tengok perempuan seksi masuk pusat latihan selamba je sejak dua tahun lalu. Fuhhh... ramai yang dah menempel kat office tu," cerita Sarjan.
Dahi Airel berkerut. Macam ada yang tak lengkap pada ayat penyata Sarjan.
"Pernah ke perempuan seksi selain ni masuk sini?" Soal Airel pelik.
"Tak pernah. Dulu dia datang lagi selamba, rambut blonde skirt pendek baju sendat," sengih Sarjan.
Airel bangun. Muka memang senyum je sentiasa. Tali leher dibetulkan semula. Penampilan diri disemak dulu pada cermin dinding sebelum keluar dari bilik hiburan. Peraturan di pusat latihan kena sentiasa jadi 'Mat Smart'
"Jika aku terima dia... makna aku kena pasang CCTV kat banglow tiga tingkat tu," gurau Airel.
Mereka berdua tertawa lucu. Airel memang terkenal sebagai pegawai yang selamba tak banyak cakap tapi banyak songeh. Cerewet tahap tak ingat dunia. Sebab tu perempuan tak berjaya dekat dengannya. Baru nak berkenalan dia dah cakap selamat jalan. Manalah tak dapat gelaran 'Harimau Kumbang'
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
HumorKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...