Airel memasuki kawasan pusat latihan polis di Jalan Semarak. Dah lama tak jejakkan kaki ke sini sejak tamat latihan lima tahun lalu. Kini, dia dikehendaki berada di sini untuk memilih dua orang pegawai khas yang akan memperkasakan pasukan khas yang diketuainya.
"Walala... who's here,"tegur seorang lelaki yang gondol rambutnya. Airel sengih dan bersalam mesra dengan lelaki itu.
"Apa khabar sarjan?" Sapa Airel cukup mesra.
"Rasa pelik pulak aku ni Tuan, bila dengar Harimau Kumbang tanya khabar."
"Hi, Jen macam tak suka je Harimau Kumbang mencemar duli,"balas Airel. Bergurau mesra. Dah lali dengan gelaran yang diberikan padanya. Nampak macam good good je! Tapi memang hebat pun.
Sarjan menepuk bahu Airel sambil melepaskan tawa. Airel tetap senyum sambil membetulkan tali leher yang bergerak ditiup angin.
"Aku tahu Tuan datang sini bukan kosong. Aku nak bagi cadangan ni. Yang kat dalam tu tak cukup hebat Tuan. Aku rasa yang sorang pegawai ni bagus dan sesuai untuk pasukan tuan. Tak payah ambil dua orang, ambil sorang pun dah cukup kalau yang ni," jelas Sarjan berkongsi pendapat peribadi.
Senyum Airel makin lebar. Dia terus peluk tubuh. Aksi sedia mendengar. Sarjan berpengalaman dalam melatih pegawai khas ini memang punya mata yang cukup tajam dalam menilai kemampuan pegawai baru. Tak salah dia beri peluang mendengar apa yang dicadangkan.
"Serius?"
"Yup! Cuma dia masih dalam tugas undercover. Kalau nak cepat tu memang payahlah sikit."
"Hmmmm...kalau macam tu jangan cerita lah Jen. Aku punyalah sedia nak tahu butiran lengkap. Potong mood lah Jen," keluh Airel. Sarjan tersengih lebar.
"Kalau tuan sanggup beri peluang, petang ni dia ada sini Tuan. Itu yang aku cerita tu. Kat sini pun identiti dia orang tak tahu kecuali unit ni je.... anak ikan emas Tuan Halim tu," cerita Sarjan.
Lagi bersemangat Airel mendengar bila perkataan anak ikan emas terpacul di bibir Sarjan. Setahunya, bukan senang nak dapat gelaran anak ikan emas pada ketuanya yang cerewet tahap diva ini.
"Eh! Bukan aku ke anak emas Tuan Halim."
"Yang aku cakap ni tak duduk sini tuan. Ini anak ikan emas Kap Jepun ni. Dia station di Jepun," cerita Sarjan.
"Oooo...samurai rupanya. Tak apa. Nanti aku risik dengan tuan. Tuan ada dalam?" Aksi riak selamba dari Airel.
"Ada tuan."
Airel betulkan tali leher. Sempat semak penampilan diri daripada jumpa tuan besar kat dalam tu. Mata Airel cepat je dapat menangkap gambar ukuran pasport yang terkeluar dari fail atas meja Sarjan.
"Jen siapa ni?" Tanya Airel. Jari mencuit keluar gambar tu dari fail coklat depan Sarjan. Tersengih panjang.
"Anak ikan emas Tuan Halim."
Senyum di bibir Airel senget penuh makna. Langkah terus diatur masuk ke dalam bilik Tuan Halim. Misi semakin menarik tika ini.
'Ooooo anak ikan rupanya. Assalamualaikum good morning, hari ni sungguh happening! Adik Kingkong anak ikan rupanya. Meh kat abang ya dik.' Gelak hati Airel.
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
HumorKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...