Komuter berhenti di Stesen Sungai Buloh. Airel senyum manis pada Nadia. Sempat ditarik tangan dan dibuka tapak tangan Nadia. Cepat je Airel menulis nombor telefonnya di situ tanpa Nadia dapat bertindak.
'Sorry lah ya Adik Kingkong.... gaya berdiri pun abang dah tahu setinggi mana ilmu di dadamu. Tapi tak terlawan ilmu di dada abang ni.... nak pulak kalau dengan spesis garang macam ni. Memang mainan abang ni, dik ooii,' sengih Airel.
Melihat riak wajah tenang Nadia bertukar marah. Hirma di sebelah dia pun dah terpinga-pinga terkejut. Pantas dipegangnya lengan Nadia. Keadaan yang penuh penumpang buatkan gerak balas Nadia terbatas.
"Lepaslah!" Tinggi suara Nadia marah pada Airel.
Airel tak membalas melainkan isyarat tangan suruh Nadia call sebaik saja selesai meninggalkan nombornya di tapak tangan Nadia. Bibirnya tak lekang dengan senyum manis sama seperti tadi. Dada Nadia berombak menahan marah. Kalau tak kerana lengannya dipegang kuat oleh Hirma dah lama biru sebelah mata Airel.
"Eeee.... tiba-tiba aku rasa kalau sarapan kepala orang ni sedap," ucap Nadia penuh geram.
Hirma sapu belakang badan Nadia. Siap dituip tiup supaya tak berangin si Kingkong ni sampai petang. Adria yang duduk di bangku tak jauh dari Nadia terus bangun dan berdiri di sebelah si kakak tirinya ini.
"Kepala macam Abang Airel tadi tu sedap, Nad. Itu baru kepala. Kalau dapat dada ke, lengan yang sasa tu ke.... oooo hmmmm tak makan lain pun tak apa," celah Adria yang dari tadi pasang telinga. Hirma cepat pukul lengan Adria, suruh senyap.
Dua beradik ni memang tak boleh dekat sebenarnya. Dari dulu sampailah sekarang. Itu yang Hirma selalu jadi orang tengah dalam setiap perjumpaan mereka. Kerana sebab itu jugalah, Nadia bawa diri tinggalkan tanah air.
Nadia terus menjeling tajam pada Adria. Si adik tiri ni memang suka sakitkan hatinya. Saja nak duga kesabarannya yang sememangnya dah tahap zero untuknya. Tapi mengenangkan keberadaannya di tanah air disebabkan tugas, ditahankan juga rasa marah dan sakit hati. Nadia tengok tapak tangan. Nombor yang tertera tu dirakam kemas dalam kepala.
'Abang Airel ya, tunggu ya bang. Tunggu Adik Kingkong jumpa abang. Eeee tak sabar betul aku nak jumpa mamat ni,' kata hati Nadia. Terbakar geram dengan fiil lelaki yang selamba badak je langgar susila sosial Nadia.
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
HumorKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...