The Team

506 43 3
                                    

Rock atau nama sebenar Rohani pandang pada Komeng. Airel sejak balik dari Pusat latihan tadi tak habis mengemas bilik tamu di hujung biliknya. Pembantu rumah pun sudah dikerah untuk membersihkan bilik tu sebelum Airel sampai lagi tadi.

"Kau rasa, geng baru kita ni bagaimana?" Soal Rock dengan mata masih menjeling tak puas hati pada Airel yang berada di bilik tamu.

"Aku rasa itu simptom lepas gian kena belasah dengan Tuan Halim kot. Ni mesti ada yang tak kena masa kat pusat tadi," jelas Komeng dengan klonklusi selambanya.

"Hoi! Aku tanya pasal geng baru kita laaa," marah Rock. Tangannya cepat saja menepuk peha Komeng yang sebelahnya saja.

"Sakitlah! Pasal geng tu, kau tak payah risaulah. Ini bukan kali pertama Rel tu pergi pusat untuk interview calon baru. Masalahnya semua calon yang berkelayakkan tu tak layak masuk sini. Aku pun tak fahamlah...Tapi desas-desus kata Airel ni memang cerewet nak pilih ahli skuad. Sebab tulah sampai sekarang kita berenam je yang kena kerah itu ini." cerita Komeng.

Rock rapatkan duduknya hingga bahu tersentuh bahu. Komeng dah pandang atas bawah. Inilah jadinya kalau berkawan rapat dengan perempuan yang kecelaruan identiti macam Rock ni. Tak kisah batas pergaulan mereka.

"Kali ni aku rasa kita akan dapat geng baru.... Meng, cubalah kau usha-usha dengan Sarjan tu. Mana tahu ada sumber maklumat yang pasti ke," suruh Rock cukup lembut.

Komeng capai HP atas meja. Belum pun sempat dail. HP bertukar tangan. Komeng pandang ke sisi. Airel tersenyum dengan HP di tangan.

"Tak payah nak call Sarjan. Esok orangnya masuk. Aku rasa kau mesti suka gila dengan geng baru kita," jelas Airel tersenyum senang.

Rock dah gelak. Komeng duduk tegak. Komputer riba yang berada di pangkunya diletakkan atas meja. Komeng skeptikal sikit. Dapat je sepatah perkataan nama, dia boleh dapatkan maklumat penuh tentang nama itu. Komeng bersila atas bangku.

"Siapa?" Soal Komeng

"Ala, kawan lama kau masa zaman kat U dulu. Aku dengar dia pernah hack security system U kau tak sampai seminit. Gara-gara keputusan peperiksaan," jelas Airel.

Bulat mata Komeng. Kepala di geleng tak percaya. Kaki terus diturunkan jejak lantai. Pandang pada Airel. Airel senyum dan angguk.

"Kau tak cakap nama dia, Kingkong kan?" Soal Komeng nakkan kepastian.

"Ha'ah. Betullah tu. Esok Kingkong secara rasminya jadi ahli baru Skuad Harimau Kumbang. Apa macam?"

Komeng tutup muka dengan kedua tapak tangannya. Kepala digeleng tak percaya. Sungguh tak percaya dengan maklumat yang terbentang depan mata. Mustahil tahap tak mungkin sama sekali.

"Bila masa Kingkong masuk pusat latihan jadi pegawai khas ni? Setahu aku lepas graduate dia terus hilang. Budak genius yang gila. Sampai sekarang aku takt ahu nama penuh dia. Cukup lah nama samaran kangkong tu. Aku tak ambil kisah pun sebab memang padan pun nama dengan perangai dia," cerita Komeng.

"Apa pelik benar namanya Rel?" Soal Rock yang berkerut dahi mendengar cerita Komeng.

"Kau akan terkejut bila jumpa dia, Meng. Dia diambil dan dilatih oleh Tuan Halim Lanun di Jerman secara sulit masa belajar lagi. Lepas habis belajar dia dipinjamkan terus ke Unesco untuk operasi khas. Ni baru balik. Dan satu lagi yang kau orang perlu tahu, dia sangat terlatih. Sniper 5 meters pun kiok. Hack system? Jika tak sampai 1 minit boleh hack system universiti maksudnya lagi hebat dari Komeng. Dan she's sexy," sengih Airel.

Rock memandang Komeng. Kemudian mereka terus meledakkan tawa lucu. Kalau dah keluar bunga Komando gatal tu memang seksi laa namanya. Memang dah faham sangat kod bahasa Komando Airel ni.

"So?" Soal Rock saja nak menyakat.

Airel gelak dan berlalu sambil bersiul naik ke atas rumah. Pasrah sajalah kena usik bila terlepas cakap. Ini bahananya jika hati secara diam menguasai bibir. Ada rahsia kenegaraan hati yang terbocor.

"Aku cukup berbulu kalau si Rel tu keluar gaya komando gatal. Dah macam komando desprate je aku tengok," kutuk Komeng. Meledak gelak Rock.

"Aku dengar kau kutuk aku Meng," jerit Airel dari dapur.

Rock rapat dengan Komeng. Berbisik tak nak bagi Airel dengar.

"Cantik ke si Kingkong tu yang sampai si Rel tu keluar gaya komando gatal," bisik Rock.

Komeng pegang dagu sambil berfikir. Kemudian dia pandang Rock atas bawah.

"Lawalah sikit dari kau." Terus satu penumbuk lekat di peha Komeng.

"Woi! Sakitlah. Yalah! Yalah!! Aku cerita. Zaman belajar dulu aku tak pernah tengok pun muka si Kingkong ni macam mana. Sebab dia ni memang serabai. Pakaian dia kalau tak jean biru lusuh yang koyak kat betis tu mesti seluar pendek takad betis. Baju pulak t-shirt gedebus sampai nampak coli. Sampai aku pernah terfikir nak bagi dia duit beli baju. Macam tu punya daif dia dulu. Sekarang aku tak tahulah," cerita Komeng.

"Badan solid laa ni," tanya Rock lagi.

Komeng geleng.

"Kurus kering macam tiang lampu. Tak payahlah kau nak tanya aku macam-macam. Aku nak standby untuk esok. Si KingKong ni unpredictable sikit. Dia ada satu tabiat buruk yang suka scan orang sampai kau rasa nak terkencing kena renung dengan dia," sambung Komeng lagi.

Airel yang berdiri di pintu dapur senyum saja sambil mencuri dengar kupasan cerita Komeng tentang Nadia.

"Tiba-tiba aku nak belajar jadi kucing parsi bila KingKong masuk sini,"bisik Airel.


************

Notakaki penulis

************

Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.

************

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.

Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.

Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.

Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com

�+�9�0

CHECKMATE QueenKongWhere stories live. Discover now