Nadia pandang kecik besar kecik besar saja lelaki berbadan sasa yang segak berdiri depannya. Singgulan lengan Hirma yang memintanya cool langsung tak diendahkannya.
'Dia ingat aku takut tengok badan besar dia tu. Kurus kurus aku pun, tulang aku ni besi. Sebut je nak lawan guna apa.... judo, teakwando, hokaido, silat, kungfu, motai, gusti...sebut je laaa,' bicara hati Nadia.
"Nad, nad jangan buat hal Nad... matahari pun belum nampak ni. Sarapan pun belum,"bisik Hirma lembut disebelah Nadia. Risau betul Hirma bila tengok mata Nadia kecil besar kecil besar macam tu. Bukan boleh pakai sangat kepala anak taukeh gym bina semangat ni. Semangatnya memang mengalahkan kingkong jika paginya terganggu macam ni.
"Buat hal apanya, aku tegur elok elok je,"balas Nadia dengan suara yang dikawal intonasi geramnya. Menjadi kepantangannya jika peraturan yang jelas dilanggar sesuka hati. Tak nampak ke terpampang besar 'GERABAK WANITA'
Langsung tak dihiraukan Airel yang memandangnya sedari tadi. Bukannya jauhpun mereka. Jarak dua tapak je jauhnya.
"Hai, I Airel.... you can call me Abang Airel. And you are... " kata Airel perkenalkan diri.
Nadia pandang Hirma disebelahnya dengan kening terangkat sebelah. Hirma dah tarik lengan Nadia yang dah terpampang jelas aura garangnya. Gerak rahang Nadia macam dah tak sabar nak baham mangsa. Oh, ini isyarat bahaya. Mahu komuter ni berhenti tiba-tiba ni.
"Oooo hai Abang Airel, you can call me Adik Kingkong,"ucap Nadia selamba sinis. Hirma yang berada di sebelah Nadia sudah tersedak terkejut. Kan dah cakap.
Airel diam tak berkuit. Seketikar bibirnya tersenyum lebar. Tangan terus bersilang memeluk tubuh. Encik hati dah berdetik macam pengera bomba.
'Kingkong ayu macam ni, dinasor pun sanggup jadi kucing parsi,' balas suara nakal di hati Airel.
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastorie.blogspot.com
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
فكاهةKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...