Seksi

544 36 4
                                    

"Ooooo... then bagaimana pulak kau baca Rock?"

"Mmmm... untuk belajar kenal tinggi dan berat itu bila kita dah terlatih sebagai undercover kita akan mahir bab tu. Bab perempuan tu. Semalam saya dah terbaca infor tentang Rock. Tadi tu, saja buat gempak," jelas Nadia menutup bibir dengan tangan mengelakkan dari tawanya terburai.

"Ce-la-ka lu," luah Komeng.

Geram dipermainkan oleh Nadia buta-buta saja. Pandai betul Nadia berlakon macam tak tahu hingga buatkan mereka semua ketawa macam nak pecah perut tengok muka bengang Rock.

"Meng, saya ni grade 1 undercover. Jika saya boleh jadi tunang orang ternama dan hebat di Jepun sana selama 2 tahun tanpa satu pun syak akan siapa saya, maknanya I'm too qualified to become the great actor," bicara Nadia berbisik.

"Huh! Aku yakin lepas ni mesti 4 superhero tu akan mengesel kat kau macam Kingkong kau tu. Suh scan hati mereka pulak. Hati-hati. Ayat mereka memang selalu buatkan gadis spesis gedik macam kau ni cair. Untuk pengetahuan kau, Jack dan Botak tu family man, Anak dua kalau tak silap. Luke pulak duda. Airel tu je yang masih single. Aku pulak dah kena cop. Habis operasi ni aku nak kahwin. Rock tu janda. Dia jadi macam tu, lepas diceraikan. But kat sini kami macam adik beradik. Kami semua ni anggota asal Skuad Harimau Kumbang sejak ditubuhkan 3 tahun lalu."

Nadia terus jentik hidung Komeng. Dia tak suka dicop ikut pengkelasan secara rambang begitu. Dia mudah cair? Jauh panggang dari api.

"Apa hal?" Marah Komeng. Kepantangannya orang jentik hidung mancungnya. Aset kekacakan yang sangat dibanggakan tu. Don't play play.

"It's rude. Kau tak kenal saya tak apa. Tapi jangan membuat pengkelasan rambang sebab gaya penampilan saya. Kau ingat saya ni mudah cair???? Sorry mister, not that fast," sinis dan tegas balasan kata Nadia.

Nadia terus berhenti mengayuh basikal. Peluh dah menitik hingga habis lencung satu badan. Rimas! Nak tahu bagaimana aura seorang adik Kingkong. Jom buat ekperimen ringkas.

"Eh nak kemana tu?" Soal Komeng terkejut. Macam puting beliung, sekejap ganas sekejap hilang tanpa isyarat.

Nadia toleh. Sengih jahat.

"Swimming."

Nadia tahu nanti semua akan bersidai di atas treadmill buat-buat berlari sebab ianya setentang mengadap kolam. Nadia terus melompat terjun masuk kolam. Timbul saja dipermukaan air dia memandang ke gym. Betul seperti yang dikata, semua berbaris berlari atas treadmill. Cuma tak cukup sorang. Baru nak mencari dimana sorang lagi pergi. Tiba-tiba dia tertarik masuk ke dasar kolam.

"Ikan emas memang selalu macam ni ya," sakastik kata Airel yang timbul di permukaan air bersama Nadia.

"Dua jam completed. Tak ada pulak tertulis pada mana-mana kawasan sekitar kolam renang ni yang ianya prohibited dari digunakan. Salah ke?" Balas Nadia.

"Tak salah. Cuma nak bagitahu, kat sini hanya ada seorang saja She, seorang SHIM dan lima orang HIM. Agak-agaknya apa yang terjadi ya. Ke awak rela je melayan HIM semua ni," provok Airel. Memerah wajah Nadia. Aura membunuhnya semakin ketara dipamer.

"You!!!!"

"What? Salah ke apa yang aku cakap?"

Nadia sudah merapati Airel dengan aura membunuh. Airel buat tak hirau. Saja diprovok kemarahan Nadia dengan senyum sinisnya. Rock ditarik oleh Komeng berlari ke kolam renang. Komeng menyuruh Rock menarik Nadia menjauh dari Airel segera. Kalau dibiarkan, mahu terjadikan perang saudara yang tak sudah.

"Rock lepaskan saya!" marah Nadia.

"No! Nad, Rel tu bos kita. Memang cara dia macam tu. Sebagai ahli baru, memang kau selalu kena test macam ni. Cool babe! Cool," pujuk Rock.

"Cool! Kau suruh saya cool, Rock. Kau tahu tak ini sexsual harrasman."

Airel senyum sinis sebelum kembali menyelam ke dasar kolam. Nak sejukkan kerajaan hatinya yang tak tentu arah tiba-tiba sebenarnya.


CHECKMATE QueenKongWhere stories live. Discover now