"Rel, kau tak cakap pada Nad ke dalam grup ni memang dah ada seorang 'SHE' yang mengaku 'SHIM'," tanya Luke. Airel gelak bersungguh. Serius kelakar sangat riak wajah Adik Kingkong tika ini.
"Aku tak sempat. Aku tak tahu pulak dia ada mata scanner macam tu."
Mereka berdua berlari atas treadmill. Larian yang tadi sudah terencat disebabkan jeritan Nadia. Yang lain turut sama menyambung senaman yang diwajibkan dua jam sehari. Stamina kena sentiasa fit, sebab Airel suka buat latihan yang mengejut. Jika nak dilakukan tengah malam. Tengah malamlah mereka berlari meredah ladang kelapa sawit ni hingga ke bukit sebelah sana.
"Aku jadi seram sejuk nak berdiri depan Nad. Nanti habis rahsia aku dia tahu. Sudahlah dengan kau, aku tak boleh sorokkan apapun. Tambah lagi sorang yang punya kuasa macam hawau tu," lepas Luke.
"Aku teruja nak tahu apa yang dia tahu. Something in challenge. Aku tak pernah jumpa orang yang boleh x-ray tanpa pakai apa-apa alat ni. Entah-entah dia ada pakai contact lens yang boleh scan ke? Mana tahu. Kita terlepas pandang dunia teknologi yang semakin canggih ni ke," kata Airel yang dapat baca sesuatu tentang Nadia.
"Betul jugakan. Kalau dia ada kelebihan istimewa pasti kau dulu dah dapat tahu. Betul tak?" Akui Luke. Sesuatu tentang Airel yang hanya Skuad Harimau Kumbang saja yang tahu. Airel ada kuasa yang mampu membaca pemikiran orang. Kuasa yang dulunya buatkan Airel macam orang gila sebab tak mampu pikul keistimewaan itu. Sekarang kekurangan itulah yang menjadikan seorang Airel yang sangat digeruni.
Airel senyum. Teruskan larian.
"Tapikan Rel, aku nak ucap terima kasih," senyum Luke yang menoleh belakang memandang pada Nadia yang sedang mengajuh basikal dengan Komeng. Banyak yang mereka berdua tu sembangkan, sejarah silam diimbas kembali.
"Terima kasih sebab apa?" Soal Airel buat tak faham apa yang terpamer di fikiran Luke.
"Menyediakan 'SHE' selain 'SHIM'," gelak Luke.
Gelak Airel. Yang lain semua dah memandang pada mereka berdua. Airel buat tak faham saja pandangan mata mereka yang nak tahu apa yang ditertawakannya. Luke selamba berlari tanpa menoleh kiri kanan.
"Nad, serius ke kau boleh scan badan orang?" Soal Komeng yang inginkan kepastian.
Nadia kemam bibir. Dia tak pernah ada kebolehan nak scan orang. Semua itu adalah hasil daripada latihan mengimbas yang dipelajarinya untuk memperkasakan lagi sesi lakonannya bersama Kazuo dulu. Ilmu membaca personality dan bentuk badan manusia.
Cuma dalam kes Komeng, dia punya ingatan yang cukup sempurna. Komeng pernah pengsan dibelasah oleh sekumpulan samseng masa di universiti dulu. Nadia bersama dua lagi kawannya ternampak samseng campak Komeng dalam kolam tasik. Mereka yang menyelamatkan Komeng. Komeng cedera agak teruklah juga. Mereka terpaksa tanggalkan baju dan seluar Komeng yang basah sementara menunggu ambulan sampai. Itu yang Nadia boleh nampak tanda lahir dan tahi lalat di tubuh Komeng.
"Tak. Saya tak boleh baca," jelas Nadia terus terang. Komeng beri pandangan pelik pada Nadia.
"Habis tu macam mana kau tahu perihal diri aku?" Soal Komeng tak percaya.
"Ingat tak, kes kau kena belasah dengan samseng dulu. Sayalah yang tolong keluarkan kau dari tasik. Simon dan Wilson takut nak terjun dalam tasik terbiar tu malam-malam. Bila dah tarik kau ke tebing. Wilson kata badan kau kena dikeringkan. Jadi mereka bukakan semua pakaian kau. Yang tinggal hanya seluar kecik kau tu je... masa tu lah saya nampak," cerita Nadia.
"Simon tak cerita pasal kau pun," kata Komeng tak mahu percaya.
"Saya yang tak bagi. Tahu kau akan malu bila saya tahu kau kena belasah. Kau kan ke Asian Hero. Selalu nak jadi pelindung bagi girls student kan. Lagipun, kaukan ke, tak suka saya. KingKong serabai," cerita Nadia.
Gelaran itulah yang buatkan Nadia dikenali masa zaman belajar dulu. Budak nerd yang terkejar kelas sebab gatal pergi ambil double major. Hingga tak sempat nak bermasyarakat macam student lain.
"Serabai itu sejenis fesyen yang kau pakai setiap hari kannnn... dan Kingkong tu kan ke nama kucing parsi kau yang garang nak mampus tu. Aku sampai sekarang tak akan pernah maafkan kingkong kau tu. Kasut kesayangan aku koyak dikerjakannya. Woooo... frust wey. Sentimental value aku yang musnah dek kingkong," luah Komeng penuh emosi.
"Saya okey je Meng. Lagipun nama Kingkong tu cukup komersial dan nickname yang menyenangkan tugas saya. Fesyen serabai ya? I love it. Bebas dan that's me. Free and easy," tegas Nadia.
"Tapi bagaimana seorang serabai boleh jadi macam miss universe yang tak pernah tidur ni," tanya Komeng buatkan Nadia tersenyum senang.
"Lepas terima je surat perlantikan sebagai pegawai khas... saya kena masuk kelas grooming selama 3 bulan. Undercover as veterina yang seksi dan professional. Kemudian partner saya tu handsome gila. So kenalah belajar cantik. Rupanya, seronok juga jadi orang cantik... Orang kata apa ya, bila kita buat sesuatu perkara baru tu berturut-turut selama 44 hari... perkara itu akan jadi tabiat. Dan now, jadilah macam ni. Saya boleh lari pantas walaupun memakai hill 5'... being train to do that," cerita Nadia.
Komeng mulai faham sekarang. Undercover spy macam Nadia ni sangat terlatih sebenarnya. Tugas mereka tersangat sulit dan berbahaya. Dia memang tak munculkan diri. Malah bukan semua dalam pasukan kenal siapa dia, melainkan pegawai khas yang terlibat saja.
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
HumorKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...