Untuk seketika Nadia memandang pada Airel yang selamba merenungnya menunggu jawapan. Bunyi cengkerik dan unggas malam buatkan suasana jadi tenang lagi damai.
"Sejujurnya bos. Saya ni, tak ada pun kuasa scan seperti yang semua orang fikir. Komeng tu, saya tahu sebab saya pernah selamatkan dia dulu. Benda tu semua saya ingat. Manakala Rock pulak, mudah sangat. Ilmu membaca penampilan manusia yang saya pelajari senang-senang je saya mengenal fizikal seseorang. Susuk tubuh lelaki dan perempuan sememangnya berbeza walaupun mata kasar manusia kita kata mereka itu sama."
Airel sengih. "Okey...lagi"
Nadia jadi tak selesa melihat sengih nakal Airel. Walaupun dia tak ada kuasa psikik macam Airel tapi dia mudah membaca bahasa tubuh. Dia tak suka apa yang dibacanya ketika ini.
"Bila masa saya nak cari pasal dengan bos," balas Nadia meluahkan rasa tak puas hati.
"Nadiaaaa. Kau lupa ke, aku boleh baca apa yang ada dalam fikiran kau ni,"jelas Airel sambil jari telunjuknya mengetuk dahi Nadia lembut.
Nadia tahan geram. Ditenungnya Airel tanpa rasa gentar. Tak suka membiarkan diri disentuh sesuka hati. Tingkah selamba Airel sama macam Kazuo melayannya buatkan hatinya resah. Tembuk itu yang harus ditinggikan. Mesti!
Macam manalah aku tak cari pasal je. Gaya awak tu yang dah macam Kozua, tunang olok-olok akulah. Hey, cumanya dia lelaki spesis sopan. Awak ni spesis harimau.' Bebel Nadia dalam hati.
"Really?" Soal Airel.
Berubah rona pipi Nadia. Geram melampau buatkan dia terlupa perihal psikik Airel. Nadia mengeluh. Untuk kesekian kalinya dia tersungkur buta-buta depan Airel. Dia terus bangun nak mengelak dari terus duduk depan Airel. Namun, ketangkasan Airel menarik tangannya buatkan Nadia terjatuh di riba Airel. Terus dikunci oleh Airel. "Tunang olok-olok awak tu pasti romantik kan. But, aku sebenarnya lebih romantik daripada lelaki spesis sopan. Cuma, hanya mereka yang layak saja dapat rasa layanan romantik aku," bisik Airel saja nak menduga Nadia.
"Oh! Really."
Provok Nadia dengan riak muka tak percaya. Airel gelak. Dipeluknya erat pinggang Nadia. Bau badan Nadia sangat menyenangkan hati. Diletak dagu pada bahu Nadia yang terdedah.
"Be ready to be my olok-olok wife tiga bulan dari dari sekarang Nad. Aku yakin, lepas tu kau akan paksa aku jadikan kau wife betul-betul saje nanti," bisik Airel cukup yakin. Nadia terus menoleh ke sisi. Pandangan mata bertaut. Terkasima!
"Tak mungkin!" bisik Nadia perlahan.
Makin lebar senyum di bibir Airel. Dia sudah berjaya kucar kacirkan tembok hati Nadia yang dikatakan kebal godaan oleh Tuan Halim Lanun.
Ahhh! Baru sikit dah retak.
"Yakin?" Airel berbisik lembut. Aura Komando desperate memang tak mampu disangkal kekuatannya. Ramai yang tersungkur sebelum ini.
Nadia gelak melepaskan rasa getar dalam hati. Tugas ini lebih mencabar sebenarnya berbanding bersama Kozua rupanya. Kozua sudah diketahui hatinya sudah dimiliki diawal penyamaran. Tapi Airel ni di awal pengenalan lagi sudah diketahui bujang trang tang tang hatinya. Oh! Parah.
"Bos! Bos! Nak yakin apanya. Kita ni kan ke nak mulakan misi penting. Dahlah bos, jangan nak mengusik saya lagi. Untuk pengetahuan bos, hati saya tak pernah terjajah dengan cinta. Memang saya seksi dan mudah mesra dengan semua orang tapi belum ada seorang lelaki mampu jajah hati saya. Termasuklah Kazuo. And excuse me boss. Cakap dengan bos ni buatkan saya rasa lapar karbohidrat dan protein."
Nadia menolak tangan yang melingkar di perutnya. Dadanya berombak laju. Langkah diatur laju keluar dari bilik.
Airel jatuhkan badannya di katil Nadia. Tangan bersilang di belakang kepala. Bibir tersenyum bahagia.
"Betul ke Adik Kingkong," ucap Airel sendirian.
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
HumorKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...