"Tahniah Nad. Uncle bangga dengan Nad. Usaha selama dua tahun berhasil juga," puji Tuan Halim.
Nadia duduk penuh sopan di kerusi berdepan dengan Tuan Halim. Bersama lelaki inilah dia kenal erti hidup. Makna kasih sayang dan apa itu maksud tanggungjawab. Budi lelaki ni tak terbalas dengan wang ringgit.
"Bukan dua tahun uncle tapi tujuh tahun... mujurlah team tu sabar dengan kerenah Nad yang cepat hilang sabar. Walaupun kami ni berbeza agama, bangsa dan negara tapi kami punya matlamat yang sama. Dah penat Nad duduk di rantau orang ni uncle. Sampai nak makan sambal belacan pun tak tahu. Itu belum suruh masak lagi tu... memang belasah roti kering laa gayanya," jenaka Nadia.
Hakikat yang tak dapat disangkal. Tujuh tahun lebih meninggalkan tanah air untuk menimba ilmu kemudian diberi latihan khusus di luar negara sebelum ditugaskan di Jepun. Memang boleh lupa macam mana nak tumbuk sambal belacan dan bagaimana sedapnya buah durian D24 kegemarannya.
Tuan Halim senyum senang. Dia puji dan kagum dengan semangat dan sikap Nadia. Dia tak pernah merungut pada kepayahan. Seorang gadis yang tak akan menoleh ke belakang bila dah buat keputusan. Jika gadis lain memang dah putus asa lama dah. Dia tidak. Lebih membuatkan dia seorang yang istimewa bila dia mampu asingkan rasa sayang dan tanggungjawab. Berlawan dengan bapa kandung sendiri di medan perang bukanlah satu tugas yang mudah. Tapi dia mampu.
"Serius ke tak nak balik dengan Unesco atau terima tawaran CIA? Uncle dengar kehidupan Nad kat Osaka mewah. You're veterina by profession. Kerja risikan ni bahaya dan punya risiko besar. Tugas Nad dah selesai. Ni peluang Nad untuk hidup normal macam orang lain," pujuk Tuan Halim. Dia masih memberi peluang pada Nadia tentukan haluan hidupnya. Apa yang diusahakan oleh Nadia selama ini sudah tercapai.
Nadia betulkan duduknya. Penampilan yang sofisikated dan seksi dah memang sinonim untuknya. Kain belah depan yang jatuh kainnya dibetulkan posisinya. Sempat matanya menjeling pandang pada Tuan Halim yang geleng kepala melihat reaksinya. Dah biasa.
"Uncle, Nad ni dilahirkan sebagai genius. Lulus cemerlang dalam dua bidang... satu sebagai veterina satu lagi IT. Bila dah menjalani latihan jati diri. Nad rasa kerja sebagai pegawai khas lebih mencabar. Nad gunakan kedua-dua ilmu yang Nad dah belajar. People don't know who am I except vet. Bercakap dengan haiwan tu pengubat stress daripada tipu muslihat manusia, uncle. I need that," cerita Nadia. Tuan Halim gelak.
"So muktamatlah ni ya. Duduk Malaysia. Habis tu, tunang Nad tu terus tunang ke atau putus lepas habis kes?"
Nadia termalu-malu. Gila nak tolak lamaran lelaki sehebat Kazuo. Tapi malangnya Kazuo sudah ada kekasih hati. Lelaki setia tu. Untung kekasih dia. Mereka dah ikat kata sefahaman sewaktu menerima tugas bersama.
"It's on job duty je uncle... kerja siap, selesailah segala tugasan. Termasuklah tugasan berlakon tu," sengih Nadia.
"Mmmm bagus... boleh uncle carikan calon tunang yang baru. Atau mungkin calon suami. Aunty kau pun mesti suka dengan calon ni," usik Tuan Halim.
Berubah air muka Nadia. Tegak badannya berdepan dengan Tuan Halim. Tak terlintas dihatinya untuk mengikat perhubungan dengan mana-mana lelaki. Apa yang terjadi pada mamanya, Salina memberi impak yang begitu besar pada Nadia. Perkataan cinta dan suami langsung tak mahu didekati sampai ke hari ini.
"Uncle jangan buat main. Nad belum fikir pasal pasangan hidup lagi ni. Jap, jap, jap. Hari tu Nad ada dengar tentang offer uncle tu. Boleh Nad tahu detail. Masih kosong ke dah berisi?" Soal Nadia.
Memang dia tolak semua tawaran kerja untuknya setelah selesai tugasan di Unesco itu. Dia sangat teruja nak tahu hint tugas yang diperkatakan oleh Tuan Halim Lanun semasa pertemuan tak sengajanya di Filipina tiga bulan lepas.
"Well..." bicara Tuan Halim terhenti.
Ketukan dan kuakkan pintu buatkan dia terus beri isyarat pada Airel duduk di kerusi kosong sebelah Nadia.
Nadia pusing badan memandang ke sebelah. Automatik matanya mengecil. Nak pulak bila melihat senyum di bibir Airel semakin lebar.
"Airel, kenalkan Nadia Hashim aka Kingkong yang diceritakan Jane tadi. Nah... ini orangnya," ujur Tuan Halim cukup bangga memperkenalkan Nadia pada Airel. Dia yakin, Nadia adalah gandingan yang cukup sesuai dengan Airel.
Nadia terus hulurkan salam perkenalan yang cukup professional. Airel sambut salam Nadia dengan hati berkepak gembira.
"Hai Abang Airel kita jumpa lagi. Nombor telefon abang kat tapak tangan saya dah hilang tapi dalam fikiran saya masih jelas," ucap Nadia cukup selamba. Airel sengih nakal.
"Berapa?"
"011-111111111 yang lagi satu 022-222222222. Am I correct?"
Berkerut dahi Tuan Halim. Macam dah pernah jumpa je mereka berdua ni. Bila?
"Cuba dail betul ke tak?" duga Airel lagi.
Nadia gelak lucu hingga terpamer lesung pipit sebelah yang mampu merobohkan iman seorang lelaki. Terpanar Airel seketika.
"Saya tak dail nombor lelaki yang saya tak kenal sesuka hati. And that's rude,"suara Nadia cukup tegas.
Airel pandang pada Tuan Halim. Dia kenyit mata dan senyum lebar.
"Tuan, saya nak yang ni," kata Airel terus-terang.
Nadia terpinga dengar kata Airel. Tak ada penjelasan dan penerangan apa-apa, Airel sudah buat keputusan mengejut. Pelik!
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
HumorKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...