Test Limit

590 39 3
                                    

Nadia ralit mengadap PC dalam bilik. Memang sumber inspirasi duduk dalam bilik dengan pintu tingkap terbuka membiarkan angin malam masuk. Bunyi cengkerik yang kelmarinnya merimaskan kini sudah macam radio yang sayup kedengaran disebalik alunan lagu yang berkumandang dari earphone tersumbat di telinga.

Aku tak memang tak dapat lari dari terus mengorek cerita Queen Papa ni rupanya. Aku harap kali ni aku tak akan terlepas pandang walau sebesar zarah pun maklumat yang aku dapat. Oh! Queen Papa. Kau jangan nak berlagak mendongak ke langit sangat ya. Sedangkan Kluang Hitam yang prestagi itu pun lumpuh hasil risikan maklumat aku. Inikan pula serpihannya. Aku yakin, kali ini kita akan berdepan muka. Azam Nadia jelas terpasak dalam mindanya.

Nadia menekup muka untuk mengambil semangat kekuatan yang tak pernah menipis. Tiba-tiba terasa kerusi ditarik kebelakang. Mujurlah ianya beroda dapatlah beralun lembut. Pantas kepala menoleh ke belakang. Airel bersama semangkuk salad hirisan ayam duduk di birai katil. Nadia mengadap dan terkunci kaku di depan Airel. Berubah air muka Nadia serta merta. Mata dipejam mengambil nafas mengawal diri yang terlebih malu tadi.

"Awak dah cukup kurus. Tak payah nak diet. Jika awak malu disebabkan hal tadi. Aku dah tak hiraukan pun. Aku bangga je kalau ada gadis yang try nak usha aku. Nak pulak gadis sejelita engkau. Borang permohonan nak duduk kat hati aku open je... sama ada kau sanggup je tidak je laaa," ucap Airel selamba.

Berkerut dahi Nadia melihat bibir Airel terkumat-kamit. Tangan diangkat ke tepi berbahasa isyarat tak faham. Nadia mengeluarkan benda kecil yang tersumbat di kedua belah telinganya sedari tadi. Airel berdecit geram. Tak perasan keberadaan benda kecil itu di telinga Nadia. Penat susun pick up line.

"Tak payah nak diet. Makan!"

Lagi berkerut dahi Nadia. Jari ditunjuk pada mangkuk salad yang disuakan padanya. Oh! Tidak!

"Ha'ah!" balas Airel.

"Saya bukan kingkonglah yang makan sayur ni semua. Bila pulak saya kata saya ni diet,"jawab Nadia. Sayur dengan hidupnya macam langit dengan bumi. No way!

Geram pulak dia, bila Airel suka suki buat konklusi tanpa bertanya dulu padanya. Sudahlah latihan fizikal lasak. Itu belum lagi latihan minda yang perlu dilatih untuk berfikir sepantas mungkin. Semua tu memerlukan tenaga yang banyak. Sayur je tak cukup!

Airel garu kepala. Mencari ayat yang sesuai. Silap dia juga. Serkap jarang sebab geram dengan Nadia yang tak turun makan malam bersama. Disuruh Komeng atau Rock panggil. Mereka kata tak berani tengok muka marah Nadia tadi. Dah sama macam Kingkong. Nak tak nak dia terpaksalah sediakan salad ni dan bawa naik atas. Kepantangannya skip waktu makan.

"Tak makan salad?" Soal Airel macam menyoal budak kecil. Nadia geleng.

"Bukan tak makan salad. Saya memang tak suka makan sayur. Tak suka," ucap Nadia cukup jelas. Airel sengih nakal.

"Di sini kau kena belajar su-ka. Su-ka makan sayur," usik Airel. Suka melihat gaya Nadia yang main lepas je. Tak ada tapis ayu gedik-gedik walaupun hakikatnya Nadia memang spesis seksi. Sesuatu yang telah disedari Airel sejak pertama kali dia bertemu muka dengan Nadia.

"Sebab?" Soal Nadia inginkan kefahaman mutual.

"Kita akan masuk hutan tampa bekalan makanan selama seminggu. Di sana nanti apa yang ada dalam hutan kita bedal. Pucuk paku ke, pucuk rebung ke, pucuk apa yang boleh dimakan kita makan je. So siapkan diri awak,"jelas Airel.

Itu hakikat sebenar kehidupan Skuad Harimau Kumbang. Mereka tiada masalah walau dimana pun mereka berada. Semua terlatih. Nadia telan liur. Baru berangan skuad elit ini buat operasi korporat je. Sebab penampilan anggotanya memang hot macam model. Memang boleh digolongkan sebagai sepsis yang boleh mencairkan mata memandang. Rock itu pun sebenarnya cantik tapi ditutup dek penampilan diri yang lebih pada lelaki.

Dalam keterpaksaan menggunung. Nadia ambil mangkuk di tangan Airel. Dimakan dengan reaksi terpaksa. Berkerut dahi Nadia menahan rasa tak enak mengunyah sayur depan Airel yang memerhati dari tadi. Airel peluk tubuh memandang pada Nadia hingga buatkan Nadia tak senang nak mengunyah.

"Kenapa?" Soal Nadia dengan kening yang bercantum. Pelik!

"Kau scan aku apa yang kau nampak?"

Terbatuk Nadia diajukan soalan itu secara tiba-tiba. Airel memandang dengan gaya nakal menduga sambil tersenyum nipis.

Matilah kau KingKong. Matilah kau. Takkanlah kau nak cakap, errr Abang Airel semua tu poyo. Saya tak boleh baca sebenarnya. Sudahlah tadi aku kata aku syok tengok badan dia. Sixpack dia yang macam roti bun gebu. Ahhh! Matilah kau Kingkong. Siapa suruh kau cari pasal dengan dia ni. Bebel kecut hati Nadia.

"Apa yang awak nak tahu?" Soal Nadia berhelah menyembunyikan rasa hati.

Airel buat muka bersahaja. Layankan saja gaya selamba Nadia. Walhal, dah nak berterabur tawa mendengar keluhan kecut Nadia.

"Dimana cacatnya tubuh aku di mata kau hingga kau. Yeah selalu nak cari pasal dengan aku," kata Airel tepat pada Nadia.

Glurp!!!!

Terkebil-kebil Nadia mencari jawapan. Inilah pertama kali dia berdepan dengan seorang yang bergitu direct berkata. Yang paling malang sekali, dia tak boleh tipu atau sembunyikan hal sebenar dari pengetahuan Airel. Semuanya kuasa psikik yang dimiliki Airel.

Fikir KingKong. Fikir! Takkan kau nak senang-senang je mengaku kalah. Dia bukan siapa-siapa. Dan kau pulak Kingkong yang tak kurang hebatnya. Gunakan kehebatan kau. Jadi diri kau sendiri. Jujur dan tulus itulah Nadia Hashim. Nasihat akal Nadia pada hatinya sendiri. Self motivation!


CHECKMATE QueenKongWhere stories live. Discover now