Suasana di ruang makan yang riuh rendah dek gurau senda terhenti melihat kelibat Nadia yang bert-shirt tanpa lengan. Pangkal siku sebelah kiri berbalut bandage putih buatkan semua mata terhala ke situ. Nadia tak hiraukan perhatian semua. Dia leka berbual di telefon bimbit yang dikepit bahu.
"No, Hirma. Don't! Aku dah belikan kau tiket. Kawan aku dah tunggu kau kat sana. Tak boleh ke, kau ikut saja apa yang aku suruh kau buat.... Arhhh! Jangan jadi bodoh Hirma. Pedulikan malaun tu. Dia tak kisahkan kau pun sebelum ni.... No! Hirma! Hirma! Damn you Hirma! Stupid!!" Marah Nadia. Berkecai telefon bimbit yang dicampak ke dinding. Pintu dapur ditumbuknya melepaskan rasa.
Terkasima semua memandang reaksi spontan Nadia.
"Kau kenapa?" Tegur Airel yang sedang mencicip kopi panas.
Baru tersedar Nadia keberadaannya. Wajahnya bertopeng tenang serta-merta.
"Sorry. Family matters," ringkas penerangan Nadia.
Nadia tarik kerusi kosong di sebelah Rock. Masing-masing meneruskan suapan kembali. Nadia ambil seketul ayam panggang bersama kentang lenyek diisi dalam pinggannya. Sup cendawan bersama roti di isi dalam mangkuk kecil dan di tarik ke sisi. Western food memang terbiasa buatnya.
"Siku kau kenapa Nad?" Soal Rock prihatin.
"Dalam kebun tu ada orang pasang perangkap. Mujur buluh runcing tu kena sipi je," cerita Nadia yang fokus pada hidangan.
Semua terhenti makan mendengar cerita Nadia. Pandangan terarah tepat pada Nadia.
"Kau pergi arah mana semalam?" Soal Botak cukup serius.
"West."
Mata Botak terarah pada Airel. Kemudian dia terus tolak kerusi dan berlari keluar. Airel campakkan napkin atas meja dan menurut sama.
"Berapa banyak perangkap yang kau jumpa Nad?" Soal Luke dengan nada serius.
"Tiga. Mujur aku memang ada habit selit pisau kat stoking. Tak lalu aku nak tempoh semua dalam keadaan terdesak macam semalam. Kenapa kau orang tak cakap kena berdepan dengan rintangan macam tu," kata Nadia yang ralit makan. Memang bengang berganda dirasanya hari ini. Lepas satu-satu yang dihadapnya.
"Kita orang tak cerita sebab memang tak akan ada perangkap samar macam yang kau ceritakan tu, Nad. Kawasan kebun sawit tu memang clean untuk sesi latihan Skuad Harimau Kumbang. Melainkan," penjelasan Komeng yang tergantung.
Terhenti suapan Nadia. Kepala diangkat memandang satu persatu teman sepasukan. Dan berakhir pada Komeng. Lama dipandang Komeng minta penjelasan.
"Don't say..." tergantung bicara Nadia.
"CCTV Meng!" suruh Jack.
Semua bergegas bangun. Jack dan Luke berlari mencapai pistol dan alat pandang dengar kemudian memberi isyarat pada Komeng. Rock sudah menghilang sedari tadi. Nadia membontut Komeng ke bilik khas bersama komputer riba dan tablet khasnya.
"Tempat ni tiada siapa tahu Nad. Aku dah pasang alat keselamatan tercanggih. Tiada siapa mampu masuk dalam kawasan ni tanpa pengetahuan aku mahupun Airel," ucap Komeng perlahan.
"Apa maksud kau?" Nadia ingin tahu selengkapnya.
"Kawasan ini milik Airel sendiri. Airel tak mahu orang tahu siapa ahli Skuad Harimau Kumbang melainkan unit khas Tuan Halim Lanun saja yang tahu identity kita semua. Sumber risikan canggih pun tak mampu tembus kawasan The House ini tanpa izin Airel dan aku. Kami pasang pepijat keselamatan di merata tempat. Waze yang menunjuk arah The House ni pun hanya dibuka pada kau sorang saja semalam. Lepas kau selamat sampai, aku kunci. Pekerja kat sini pun sangat setia dan patuh pada Airel. Mereka keluar masuk melalui jalan khas hanya Airel dan mereka saja yang tahu. Airel tu perahsia Nad. Sangat perahsia."
"Teknologi tak sentiasa kebal Meng. Kau tahu akan itu kan," keluh Nadia perlahan.
Komputer riba sudah dibuka dan diletak atas meja. Tablet khas yang dibawanya ditaip kod rahsia. Tak sampai lima minit dia sudah memaparkan skrin peta kawasan The House yang diletakkan pepijat aktif.
"Look here," suruh Nadia. Komeng pandang Nadia tak percaya. Muka diraut resah.
"How?" Soal Komeng.
"Orang yang berjaya masuk adalah mereka yang bukan calang-calang Meng," kata Nadia. Tablet disuakan pada Komeng.
Berubah air muka Komeng. Dipandangnya Nadia tajam. Kemudian terus dihantar maklumat khas pada Airel, Botak, Jack dan Luke yang berada di kebun sawit.
"Celaka kau bitch!" terluahbahasa kasar di bibir Komeng.
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
HumorKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...