Psikik

517 36 4
                                    

Nadia mengadap komputer riba setelah selesai taklimat Airel tentang tugasannya dalam misi terbaru. Perkataan "QUEEN PAPA" sudah lama berada dalam mindanya. Boleh dikatakan itu kumpulan serpihan daripada kumpulan Kluang Hitam yang telah dilumpuhkan baru-baru ini. Queen Papa merupakan kumpulan kongsi gelap yang sangat aktif dalam kegiatan pemerdagangan wanita ke negara luar.

Sebenarnya dia tahu serba sedikit tentang operasi Queen Papa ketika menyelesaikan misi Kluang Hitam dulu. Dia ingin halakan siasatannya pada Queen Papa tapi ditegah oleh Kazuo sebab itu bukan tujuan asal mereka. Misi utama mereka adalah melumpuhkan pengedaran dadah di Asia. Namun, dalam diam segala maklumat yang dijumpai dulu diketepikan dalam sistem keselamatan yang tersorok dalam 'wall sulit'.

"Awak ada nak kongsi apa-apa ke? Aku rasa macam ada yang tak kena," soal Airel yang menarik kerusi di sebelah Nadia.

Airel dapat membaca perubahan riaksi Nadia sejak dari sesi taklimat ringkasnya tadi. Lepas itu, Nadia menghilang duduk mengasingkan diri di dapur mengadap komputer.

Nadia yang tekun membaca dan leka berfikir terus berpaling. Geram ditarik masuk ke dalam kolam tadi pun tak selesai lagi. Berani Airel duduk di sebelahnya. Nasib, Rock pantas menarik pinggangnya dari terus membelasah Airel tadi. Biadap!

"Awak ada nak maklumkan apa-apa lagi ke pada saya?" Soal Nadia cukup tegas. Entah mengapa, dia cukup geram dengan bos barunya ini. Mungkin sebab pertemuan pertama mereka yang meninggalkan kesan negatif pada pembentukan imej di minda Nadia.

Nadia menjeling.

'Abang Ai-rel yang dah macam komando desprate. Suka-suka hati dia je nak pegang-pegang aku. Ingat aku murah ke. Aku tak marah settlekan hal kat Komuter tu lagi ditambah pulak hal dalam kolam. Eeee... mujurlah kau ni bos aku... kalau tak memang aku kerat kerat panggang bagi kingkong makan,' bebel hati Nadia.

Airel mendekatkan kerusinya hingga berlaga dengan kerusi Nadia. Saja di dekatkan muka pada cuping telinga Nadia.

"Jika dalam sekelip mata awak boleh scan Komeng, Rock dan tahu apa yang tersembunyi di badan mereka. Aku lebih dari itu. Aku boleh baca pemikiran orang. Macam sekarang ni, kau tengah maki aku kan. Kau tak boleh terima aku sebagai bos kau kan... puncanya sebab aku tarik tangan kau dan tulis nombor telefon aku tanpa kau jangka. Well Adik Kingkong, belum pernah seorang gadis pun dapat perhatian istimewa macam yang kau dapat sekarang. Jadi jangan perasan bagus boleh tak. Fokus!" suara Airel yang dari lembut terus tegas.

Nadia terlopong! Wajah muka Airel tiba-tiba bertukar merah. Kemudian dia terus bangun meninggalkan Nadia terpinga-pinga memandangnya tak lepas.

Komeng yang menatang muk dengan mulut mengigit roti berdiri depan Nadia. Nadia sambut muk yang dihulur Komeng. Baru Komeng nak tanya, dengar bunyi dentum kuat dari arah bilik Airel. Terus mereka menoleh ke tingkat atas.

"Bukan Airel sembang dengan kau ke tadi?" Soal Komeng pelik. Airel jarang mengamuk. Dia memang terkenal sebagai cool dan senyum saja. Walaupun hakikatnya dia seorang yang sangat cerewet.

"Ha'ah! Meng, betul ke bos tu boleh baca fikiran orang?" Soal Nadia teragak-agak. Berdiri bulu romanya untuk mengetahui realiti itu.

"Yup! Kalau kau tengok dalam movie tu dia panggil apa psikik kan. Haa, Airel ada kebolehan macam tu. Tak siapa yang tahu, melainkan Skuad Harimau Kumbang dan Tuan Halim Lanunn. Tuan Halim kata itu adalah mukjizat pada anak yang degil dan nakal macam Airel," cerita Komeng selamba.

"Ooo my god! Ooo my god! Habislah saya..."Nadia dah hantuk kepalanya pada meja. Berkerut dahi Komeng.

"Kenapa?"

"Meng... ahhhh malunya saya. Malunya saya. Saya ingat dia main-main," luah Nadia. Kesal pulak berfikir tak sopan masa marahkan reaksi Airel tadi.

"Main-main apa? Eh! Kingkong cuba terus terang. Kau, aku bukan orang lain lagi dah kat sini. Masuk je Skuad Harimau Kumbang ni dah sedarah sedaging. Dah! Cerita," suruh Komeng.

Nadia mengeluh. Pandang kiri kanan dan menarik kepala Komeng. Dia berbisik perlahan di telinga Komeng. Hingga membulat besar mata Komeng. Pipi Nadia merona merah.

"Kau cakap macam tu dalam hati kau?" Soal Komeng inginkan kepastian. Nadia angguk. Komeng telan liur. Pandang ke arah bilik Airel semula.

"Itu yang dia naik atas, hempas pintu," sambung Komeng.

Nadia angguk. Komeng duduk cukup cermat di sofa tak jauh dari Nadia. Bantal kecil disebelah diambil dan dipeluknya. Tak sampai sesaat meledak suara gelak Komeng sambil memukul bantal. Muka Nadia yang baru nak hilang rona malu terus bertambah merah. Pasti semua ahli akan berkumpul dan tanya sebab apa.

"I hate you, Meng," kata Nadia geram. Terus diaangkatnya komputer terus berlari anak ke bilik.

"Aku tak tahulah macam mana lepas ni. Habislah kau kena bahan gersang Nad. Airel tu nampak je cool, kalau dia dah pasang niat jadi komando desprate mengelupur jugak kau nanti," kata Komeng yang masih bersisa tawanya.

************

Notakaki penulis

************

Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.

************

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.

Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.

Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.

Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com 

CHECKMATE QueenKongWhere stories live. Discover now