The House

493 36 2
                                    

Nadia terkasima sebaik saja Ranger merah delimanya memasuki pintu masuk The House. Mulutnya terus diam dari merungut marah bila pandu arah waze membawa kereta kesayangannya melalui jalan tanah merah meredah ladang kelapa sawit dan kawasan terbelengkalai. Dalam fikirannya sudah terbayang bangsal pengumpulan buah kelapa sawit diubah suai menjadi tempat tinggalnya selama beberapa bulan menjalani latihan kesesuaian bersama Skuad Harimau Kumbang ini.

"Aku tak salah tempat ke?" Soal Nadia sambil memeriksa semula telefon pintarnya. Pandu arah Waze dilihat kembali kordinat yang diberi oleh Airel semalam.

"Tak! Awak dah sampai di tempat yang betul tepat pada masanya," kata Airel sebaik saja Nadia keluar dari kereta.

"Oooo.." pendek balasan Nadia.

Pintu kereta terus ditutup. Dia membuka pintu belakang untuk mengeluarkan beg tarik bersama beberapa beg yang diperlukan sepanjang berada di sini. 1 beg penuh dengan kasut. 1 beg penjagaan kulit dan kecantikan. 1 beg pakaian dan 1 lagi beg berisi gajet yang diperlukan untuk menjalankan tugasnya dengan pantas.

Terbeliak mata Airel. Tak pernah melihat anggota pegawai khas seperti mereka membawa bagasi sebegini banyak untuk satu tugasan rasmi. Terpaksa Airel turun membantu Nadia membawa beg masuk ke dalam The House.

"Cukup!" Sinis pertanyaan pendek Airel.

"Wanita akan tetap wanita walaupun dah biasa dengan tugas lasak,"jawab Nadia. Faham dengan maksud perkataan yang baru ditujukan padanya. Airel gelak.

"Then, aku kena belajar faham kehidupan wanita dalam pasukan lepas ni. And you should remember and understand that, aku bukan seorang yang sabar dengan sifat tembel, terhegeh-hengeh dan lemah gemalai dalam tugas. 1 saat pun aku kira," ucap Airel cukup selamba.

Nadia tahan geram. Dia cukup tak suka bila berdepan dengan orang yang buat statement tangkap muat macam tu. Memanglah dia berpakaian perempuan tulen. Seksi memang penampilan rasminya. Tapi sepanjang tugasnya, tak pernah lagi isu penampilannya menjadi sebab dia dipandang rendah. Nonsense!

"Saya akan pastikan awak tak berdepan dengan sebarang masalah masa dan kelewatan. Saya yakin awak dah baca fail peribadi saya," balas Nadia cukup tegas. Hari pertama, sabarnya masih meninggi.

"Anggap saja itu Friendly Reminder dari aku," kata Airel. Senyum tak lekang dari bibirnya.

Nadia mengikut arahan Airel untuk terus ke biliknya. Setiap seorang punyai bilik tidur khas. Itu yang diceritakan oleh Airel ketika membawa Nadia melintasi ruang tamu The House. Nadia asyik melihat persekitaran The House yang jauh dari apa yang dibayangkan. Buka saja pintu bilik. Rahang Nadia jatuh. Tak sangka.

"Ini bilik awak. Kunci bilik ada di belakang pintu sekali dengan 1 salinan kunci rumah. Awak ada masa sejam untuk kemas barang dan turun ke gym di sebelah swimming pool di belakang sana," arahan Airel.

"Ya." pendek balas Nadia.

Mental image nya perlu diperkemaskan semula. Bayangan bangsal yang diubahsuai tak sesuai langsung dengan apa yang didiami sekarang ini tak tepat langsung. Hotel 4 bintang pun tak mampu nak lawan keselesaan yang disediakan oleh Skuad Harimau Kumbang ini. Airel senyum melihat reaksi terkejut Nadia. Tahu apa yang berlegar di fikiran Nadia ketika ini.

'Itulah lain kali jangan nak ikutkan sangat marah awak tu sampai orang kelentong pun awak terima je bulat-bulat. This is good lesson learn for you,' bisik hati Airel.

Nadia berpaling memandang pada Airel yang masih berdiri di pintu bilik sambil berpeluk tubuh.

"Then, saya perlu minta maaf pasal semalam,"ucap Nadia dengan penuh rendah diri. Dia tahu semalam dia keterlaluan memberi statement melulu pada Airel. Dek kerana rasa tercabar ego dengan provokasi Airel dia terus setuju menjadi ahli Skuad Harimau Kubang tanpa mengenali siapa dan apa tujuan sebenar Skuad Harimau Kumbang ditubuhkan.

CHECKMATE QueenKongWhere stories live. Discover now