"Tuan, tuan tahu orang macam mana layak dalam skuad Harimau Kumbangkan?" Tanya Airel setelah Jane dan John keluar dari pejabat Tuan Halim Lanun.
Airel pamer reaksi tak puas hati pada Tuan Halim. Terbuang masanya begitu saja dengan berjumpa dengan pegawai yang mengejar pujian dan status macam Jane dan John tu. Sedangkan Skuad Harimau Kumbang bukan tempat mengejar pernghormatan dunia. Misi Skuad adalah keselamatan negara dan keharmonian masyarakat.
"Itu cadangan dari pihak atasan bila aku buka mulut untuk tambah ahli baru dalam Skuad Harimau Kumbang. Jangan risau Rel. Aku sebenarnya dah jumpa calon yang sesuai. Cuma dia nak selesaikan tugasan yang akan ditamatkan anytime now. Dah lama aku intai dia ni. InsyaAllah, jika dia muncul petang ni, makna tugasan dia dah selesai. Cuma...." bicara Tuan Halim terhenti.
"Apa tuan?"
"Dia ni 'she' kau okey ke dengan perempuan yang sebenarnya perempuan ni? Tapi ni jenis special sikit laaa," kata Tuan Halim.
Airel gelak. Tali leher dilonggarkan sikit. Tiba-tiba jantung dia bergerak tak sekata pulak bila dengar perkataan 'she' dari Tuan Halim Lanun. Memang ketuanya ini tahu sangat dia tak nak berurusan dengan pegawai bergelar 'she' yang terlebih sifat keperempuanan. Menyusah dan merimaskan!
"Tuan jangan buat lupa pada Rohani aka Rock yang memang terkenal dengan lasak dan ketangkasannya guna senjata. Sniper hebat dalam Harimau Kumbang tu," kata Airel. Dia cukup sayang dan menjaga ahli skuadnya. Padanya mereka adalah keluarga terapatnya.
"Aku tahu Rock tu. Cuma Rock tu memang berpewatakan macam lelaki. Penampilannya pun dah macam lelaki. Tapi yang aku cadangkan ni 'she'. Walau bagaimana pun dia menjalani latihan lasak di kem latihan. Dia tetap terkenal sebagai perempuan yang hot. Sebab itu, dia dipinjamkan oleh Unit Khas Unesco sebaik saja tamat latihan untuk satu operasi sulit." Tuan Halim membuka identiti calon yang dinantikan.
Airel diam mendengar. Sesuatu yang tak pernah dijangka muncul ditelinganya. Baru diketahui ada pegawai khas wanita yang berkebolehan sehebat pegawai lelaki. Lebih buatkan dia rasa teruja, pegawai khas itu adalah berbangsa Melayu. Siapa bilang gadis Melayu yang terkenal dengan sifat lemah-lembut dan sopan santun itu tak mampu gegar dunia.
"Nampak gayanya aku kena tunggu sini sampai petanglah tuan,"kata Airel dengan nada bosan. Dia cukup tak suka datang ke Unit Khas ni. Semuanya formal. Penat jadi mat smart yang asyik tergantung tali leher ke sana ke mari. Dah macam terjerut tali gantung je rasanya.
"Ya, kau harus tunggu. Aku yakin dia datang. Dia memang dah cakap dia rindu aku sangat. Dah lama kami tak jumpa," cerita Tuan Halim Lanun. Senyum tak lekang di bibir.
Kening Airel terjungkit sebelah. Lain macam saja nada suara Tuan Halim Lanun. Tak takut ke dengan singa betina kat rumah tu. Dia tahu sangat tahap keberanian isteri Tuan Halin Lanun ni. Macam lirik lagu, jangan kejut singa yang sedang tidur. Bahaya.
"Hah! Kamu jangan nak menyimpang ya Rel. She tu anak ikan emas aku sama macam kau jugak. Aku yang ambil dia dan latih dia untuk masuk dalam skuad khas ini. Dan apa yang aku boleh ceritakan, she born to be professional spy. Aku nak tarik dia balik Malaysia segera. Ada informasi yang sampai kata CIA tengah lobi dia ke sana," terang Tuan Halim.
"Well! Kalau CIA sendiri dah offer dia, memang dia sangat berkelayakan lah kan. Kita tengok nanti, bagaimana dia," kata Airel.
Senyum di hati tak dapat disorok sebenarnya. Tak sabar nak tunggu petang. Dalam kepala dah set perkataan, aku akan checkmate adik kingkong ni.
************
Notakaki penulis
************
Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.
************
HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.
Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.
Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.
Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com
YOU ARE READING
CHECKMATE QueenKong
HumorKisah menceritakan Airel Khalid, Ketua Skuad Harimau Kumbang sedang mencari ahli skuad baru untuk satu operasi khas. Sikap selamba dan charming Airel buatkan ramai pegawai khas yang berminat nak menjadi ahli Skuad elit yang satu ini. Namun sikap, c...