Papa

465 37 0
                                    

Nadia pandang wajah Hashim buat kali terakhir. Dia sudah pun menerima isyarat daripada unit elit yang operasi sudah berjalan. Tugasannya selesai.

'Papa, Nad tak mahu lihat ramai anak bangsa terkorban kerana kerakusan papa membina empayar. Business is business but don't jeopardise moral and love. Maaf pa, selama ni Nad dah tipu papa. Nad dah tak boleh teruskan penipuan ni lagi papa.... Kekalahan Nad mencari keadilan atas kematian mama buatkan Nad terima tawaran mereka. Sekarang Nad nak tengok sehebat mana papa dan kuncu-kuncu papa berlawan dengan undang-undang dunia.' Bisik Nadia dalam hati.

Hubungan Nadia dengan Hashim terus renggang selepas kematian mamanya, Salina. Nadia terus dihantar bersekolah di kampung sebaik saja kes mahkamah selesai. Hashim hanya masukkan duit belanja untuk Salina meneruskan hidup sendirian di kampung. Dari situ Salina belajar hidup berdikari. Seusia 16 tahun dia sudah mampu menguruskan segala keperluan hidupnya sendiri. Dengan keputusan SPM yang cemerlang dan simpati guru juga orang kampung, Nadia mendapat biasiswa kerajaan melanjutkan pelajaran di luar negara. Sejak itu dia terputus hubungan dengan Hisham. Hinggalah tahun lepas dia terserempak dengan Hisyam di Jepun.

"Papa..."sapa Nadia lembut.

Hisyam yang sedang berbual dengan tetamunya menoleh. Dipeluk bahu Nadia dan dicium mesra dahi Nadia tanpa segan silu.

"Perkenalkan my daughter. Dr. Nadia. Dia kerja di Jepun," Hashim dengan bangganya memperkenalkan Nadia sebagai anak.

"I ingat Adria anak sulong you... rupanya you ada lagi anak dara yang cantik, Syam," puji lelaki yang berada di sebelah Hashim.

"Sorry bro... tak boleh nak kenalkan. Dia dah ada tunang. Is taken," gurau Hashim. Itu kenyataan yang diketahuinya ketika berjumpa dengan Nadia dulu. Nadia sudah bertunang dengan lelaki Jepun. Bukan calang lelaki pulak tu. Berpengaruh sebagai ahli politik muda yang berpengaruh di Jepun.

"Hi Dr. Nadia. I Dato Majid. This is my card," kata lelaki itu selamba. Senyum miang menjelekkan mata Nadia yang berlakon suci murni dari awal pagi tadi. Nadia sambut kad yang dihulurkan padanya. Bibirnya layang senyum manis.

'Eeee kalau tak ikutkan hati, memang aku dah hempuk hill ni kat kepala Dato miang ni. Depan-depan papa aku, dia masuk line. Papa pun gelak je... memang dasar hati hitam. Tak fikir langsung tentang keselamatan anak. Dia ingat aku tak kenal siapa Dato Majid ni.... Semua dalam poket akulah.... Eeeeee lagi lama aku kat sini, lagi sakit hati aku. Manalah skuad elit ni. Kata lima belas kosong kosong sampai... huh! Melayu. Melayu mudah lupa,' bebel Nadia dalam hati.

"Darling, I'm home," bisik suara garau dari corong alat pandang dengar buatkan Nadia tersenyum lebar. Kata kunci yang operasi mereka sudah sampai ke titik penamat.

"I miss you damn much. Wanna kiss your lips harder," balas Nadia sambil memandang kiri kanan. Terdengar suara terbatuk di corong alat pandang dengar. Diikuti suara dehaman mengusik.

Senyum nakal mengoda terukir di bibir Nadia. Rambut ikalnya saja disauk gaya menggoda. Saja dibuat gaya seksi sambil matanya mencari kelibat Hirma. Sepupu rapat yang dikambing hitamkan selama setahun untuk rapat dengan keluarga. Dia tahu itu salah. Tapi itu saja pilihan yang dia ada.

Janjinya, Hirma akan dibawa keluar dari keluarga besarnya yang terlibat dalam aktiviti tak bermoral. Dia sudah mendapatkan jalan keluar yang selamat buat Hirma tanpa pengetahuan gadis itu.

 ************

Notakaki penulis

************

Terima Kasih kerana mengikuti cerita ini. Jangan lupa LIKE dan komen untuk memberi SEMANGAT LASER pada puan penulis laju sambung kisah ini seterusnya.

************

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2017 Kay Delaila.

Cerita yang dipaparkan dalam akaun Wattpad @ KayDelaila adalah DRAF ASAL SAHAJA.

Anda DILARANG SAMA SEKALI meniru atau memplagiat idea cerita ini dalam APA JUGA BENTUK tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.

Kisah ini juga dapat dibaca di laman blog www.anganpenastories.blogspot.com 

CHECKMATE QueenKongWhere stories live. Discover now