CHAPTER 1: Ode To My Family

5.6K 191 6
                                    

GUNS AND ROSES By Hayley Dawn Harper
CHAPTER 1: ODE TO MY FAMILY
🔞🔞🔞
( words explicit)

Dengan wajah masih separuh mengantuk, Alanis Riordan bangun dari tempat tidurnya dan memakai bajunya. Dia selalunya tidur dengan memakai baju singlet tipis dan seluar pendek sahaja. Rambutnya yang panjang dibiarkan terurai dan tidak terurus. Dia mengusap wajahnya berkali kali dan keluar dari bilik tidurnya. Dia masuk ke ruang dapur dan membuka peti sejuk. Mencari sekotak susu dan membukanya lalu meneguknya begitu sahaja. Dia memerhatikan jam di dinding ruang dapur. Tepat Jam 6 pagi. Sebentar lagi dia harus keluar dan pergi ke sekolah.

Setelah bersiap memakai baju sekolahnya, Alanis Riordan mengambil Beg sekolahnya dan keluar dari bilik tidurnya. Dia tersenyum melihat Ibunya, Puan Dolores yang sudah bersiap untuk keluar untuk membuka kedai Bunga Milik dia dan suaminya Encik Riordan.
"Selamat pagi Alanis." Sapa ibunya.
" Selamat pagi Ibu." Jawab Alanis. Dia bergegas keluar dari Pintu utama rumah dan mengambil basikalnya di hadapan Rumah dan dia segera menaiki basikalnya dan mengayuh dengan pantas menuju ke sekolahnya.

ALANIS RIORDAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ALANIS RIORDAN

Sekolah Alanis berdekatan sahaja dengan kawasan perumahannya. Selain dirinya, banyak anak anak petani lain yang menggunakan basikal menuju ke sekolah mereka. Alanis kini di Tahun terakhir sebagai pelajar sekolah Tinggi SERIZAWA HIGH SCHOOL. Dalam masa beberapa minggu lagi dia akan menduduki peperiksaan terakhir dan bakal menghabiskan zaman persekolahannya. Alanis tidak bercadang untuk menyambung persekolahannya ke Tahap lebih tinggi kerana dia ingin membantu kedua ibu bapanya yang telah membesarkan dirinya.

********Flashback 10 years Before********

Seorang wanita berpakaian Formal dengan terburu buru menarik tangan seorang kanak kanak perempuan dalam usia 7 tahun keluar dari bilik itu. Meskipun kanak kanak itu masih dalam keadaan memgantuk, dia mengangkat kanak kanak itu tanpa berfikir panjang lagi. Kanak kanak itu hanya memerhatikan wajah wanita itu dan dia memerhatikan seorang lelaki yang sedang memandu kereta yang membawa mereka meninggalkan tempat itu. Kanak kanak itu menoleh ke luar cermin kereta. Dia memerhatikan bangunan pencakar langit yang mereja tinggalkan itu semakin menjauh ke belakang.
" where are we going?" Tanya Kanak kanak itu. Wanita itu hanya mengeleng. Ada seorang kanak kanak lelaki di belakang tempat duduk kereta. Dia hanya memerhatikan Kanak kanak perempuan itu tanpa berkedip.

Pintu kereta dibuka. Wanita itu turun dan menerhatikan kiri dan kanannya. Kereta itu berhenti di suatu kawasan yang agak terpencil jauh perjalanan daripada tempat yang mereka tinggalkan tadi. Wanita itu membawa Alanis turun dan memakaikannya jacket. Keadaan malam semakin gelap gelita dan kawasan itu hanya diterangi oleh lampu neon jalan yang berubah malap dan terang dengan sedirinya. Kanak kanak perempuan itu hanya memerhatikan wanita itu memakaikannya jacket dan merenung ke arahnya.
" Remember.. if anyone find you.. don't tell them your real name and where are you come from. Someday, we will come back for you. We will find you again." Kata wanita itu. Kanak kanak itu hanya diam. Wanita itu memeluknya dan masuk semula ke dalam kereta. Kanak kanak itu masih bingung dengan keadaan itu. Wanita itu mengesat air matanya. Kanak kanak lelaki di dalam kereta itu hanya merenung kanak kanak perempuan itu.
" mommy.. what will happen to her if we leave her at this place.. ?" Tanya kanak kanak lelaki itu.
" im sorry But we don't have a choice." Kata wanita itu. Dia menoleh kanak kanak perempuan itu buat kali terakhir dan Tabbb!! Pintu kereta ditutup rapat.

GUNS AND ROSESWhere stories live. Discover now