GUNS AND ROSES By Hayley Dawn Harper
CHAPTER 4: MY FIRST DEATH TREAT
🔞🔞🔞Dengan perasaan penuh resah, Alanis membawa motosikalnya pergi dari situ dengan pantas. Dia menoleh dan mereka masuk semula ke dalam kereta dan mengejar Alanis. Alanis memecut dengan lebih laju dan di tengah kegelapan malam dia berusaha untuk balik ke rumahnya. Namun, kereta kereta yang dinaiki oleh lelaki lelaki yang mengejarnya semakin mendekat dan berbagi jalab untuk terus mengejar Alanis.
" shit!! What again this time.!" Bisik hati Alanis. Dia cuba membawa motosikal itu di tempat yang lebig terpencil dan tidak dapat dimasuki oleh kereta. Dengan wajah penuh resah, alanis membawa motosikal itu lebih pantas dan dia tidak menoleh lagi ke belakangnya. Semakin laju dia membawa motosikal itu semakin kuat jantungnya berdetak. Dia tidak pernah merasa resah dan sedikit takut dalam keadaa seperti itu.Alanis menoleh ke belakang dan Kereta kereta itu sudah tidak kelihatan. Dia membawa motosikal itu di sebuah kawasan hutan yang agak tersembunyi dan dia berselindung di sebalik sebuah pokok yang besar. Oleh kerana hari sudah terlalu gelap, dia hanya menggunakan telefon bimbitnya sebagai Torchlight. Dia duduk di akar pokok dan memeluk lututnya sambil berdiam diri. Dia cuba menghubungi Oshea namun kawasan terpencil itu tidak mempunyai sebarang network connection. Alanis membungkamkan wajahnya. Semuanya berlaku terlalu pantas hingga dia sendiri terkejut bagaimana dia boleh membawa motosikal dengan kelajuan seperti itu di dalam hidupnya.
"Arghh." Alanis menampar betisnya. Kawasan Hutan yang gelap itu dipenuhi dengan nyamuk. Dia bernasib baik kerana Hujan baru berhenti turun. Dia tidak akan kebasahan. Alanis hanya duduk diam dan sesekali memukul tangan dan kakinya kerana diganggu oleh gigitan nyamuk yang kini tertumpu kepada dirinya.Keadaan sunyi di dalam hutan dan dia sendirian membuat Alanis teringat semula keadaan dirinya ketika wanita itu menurunkannya di tepi jalan dan meninggalkannya seperti itu sahaja. Alanis berjalan sendirian mencari tempat berteduh dan dia hanya menjumpai pohon kayu yang boleh dijadikannya tempat untuk bersandar. Dia hanya kanak kanak kecil waktu itu. Malam itu juga dia digigit oleh nyamuk. Dan dia berada
Dalam seribu pertanyaan dan bersama harapan agar kereta itu berpatah balik dan menjemputnya semula. Namun, sepanjang malam dia menunggu sehingga dia tertidur keletihan. Alanis menutup matanya.
"Who am i acctually." Katanya. Akhirnya soalan yang kesekian lamanya yang selalu dielaknya untuk difikirkan bermain di fikirannya. Dia memandang kawasan hutan yang gelap. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan serangga yang tidak kelihatan. Alanis sedikitpun tidak takut. Dia hanya diam dan menunggu dengan lebih lama. Dia tidak mahu bergegas balik ke rumah kerana dia risau sekiranya lelaki lelaki itu masih mengejarnya.Tepat jam 5 subuh. Alanis bangun. Dia sendiri tidak sedar dia tertidur di Akar pokok itu. Seluruh badannya terasa lenguh dan sejuk. Alanis perlahan bangun dan memerhatikan kawasan hutan yang semakin terang dengan sedikit cahaya. Dia berjalan ke arah motosikal yang disembunyikannya di tepi semak jalan raya dan dia sempat menoleh kiri dan kanannya. Apabila sudah merasa yakin tiada sesiapa berada di kawasan itu, Alanis pantas menaiki motosikal itu dan meninggalkan tempat itu.
" Papa dan mama pasti sangat risau dengan saya." Bisik hati Alanis. Keadaan jalan raya ketika waktu subuh yang masih gelap itu diredahinya dengan lampu daripada motosikal itu. Alanis berjaya tiba di kawasan jalan besar dan dia perlu melaluinya untuk menuju ke simpang jalan besar menuju ke rumahnya. Alanis menoleh kiri dan kanannya. Hanya ada beberapa buah kereta yang lalu lalang dan mereka kelihatan seperti warga bandar itu juga. Alanis selalu melihat kereta yang lalu lalang itu. Dan dia memperlahankan sedikit kelajuan motosikalnya. Dia menoleh ke lengannya yang merah berbintik di gigit nyamuk semalaman. Alanis mengeluh kecil. Dan anak matanya menoleh di seberang jalan. Di hadapannya adalah kawasan sebuah kilang lama yang sudah lama ditinggalkan oleh pemiliknya. Sebuah kereta berwarna hitam kelihatan berhenti di situ. Anak mata alanis hanya memerhatikan 3 orang lelaki yang berdiri di tepi kereta itu dan mereka kini memandang ke arahnya. Alanis memerhatikan salah seorang daripada mereka sedang mengacukan pistol ke arahnya. Semakin motosikal itu menghampiri mereka semakin jelas kelihatan Pistol itu sememangnya di acukan kepada dirinya. Bang!!! Alanis tunduk. PAPPP!!! Bunyi tayar motosikal itu pecah. Alanis jatuh dari motosikal dan dia tergolek di atas jalan raya. Alanis pantas bangun. Dia pantas melarikan diri apabila ketiga tiga lelaki itu mula mengejarnya.
" Hey! Don't shoot her. We need her alive!" Kata salah satu daripada mereka. Alanis melarikan diri sekuat hati. Tanpa mempedulikan ikatan rambutanya yang sudah terlerai dan siku dan lututnya yang luka akibat terjatuh dari motosikal. Dia berlari dengan sekuat hati dan dia menoleh ke belakang. Mereka masih mengejarnya. Alanis berlari ke arah Kilang lama dan dia ingin bersembunyi di situ. Dia berlari ke dalam kilang itu dan menolak pintunya. Dia masuk dan mencari tempat untuk bersembunyi. Namun malang baginya, kawasan itu kelihatan bersih. Tiada apa apa tempat yang boleh menyembunyikan dirinya. Alanis menoleh apabila mendengar larian tapak kaki yang menghampiri tempat itu. Dia buntuh seketika. Dia boleh berlawan dengan mereka namun mereka mempunyai senjata Api. Alanis mencari sesuatu untuk dijadikan senjatanya. Dia menoleh kiri dan kanan. Berpusing 360 darjah mencari kayu atau apa apa benda tajam
Yang boleh dijadikan senjata untuknya. Papp!!! Pintu itu ditendang. Alanis menoleh. Dia menarik nafas sedalam dalamnya. Anak matanya memerhatikan botol botol kaca yang ada di tepi kakinya. Dia menoleh ke arah ketiga tiga lelaki yang merenungnya tajam bersama senyuman penuh menakutkan.
" Finally!! "Kata mereka. Alanis hanya merenung mereka tajam. Salah seorang daripada mereka memegang senjata api. Alanis tunduk. Dia mengambil botol kaca di tepi kakinya. Lelaki lelaki itu hanya memerhatikannya dan semakin mendekat.
" Should i shoot her now?!" Kata salah satu daripada mereka. Mengangkat pistol ke arah Alanis. Lelaki di hadapan menahannya.
"She is so damn pretty man.. we should having fun a little while." Katanya. Mereka bertiga tertawa.
"Come on.. pretty." Kata salah satu daripada mereka. Semakin mendekati Alanis. Alanis undur kebelakang. Semakin hampir dengan dinding kilang itu. Mereka juga semakin menghampirinya. Prankkkk!!! Alanis memecahkan Botol
Kaca di tangannnya di dinding kilang itu. Dia merenung mereka dengan tajam
Dan menghalakan botol kaca yang kini sudah tajam dan boleh mencederakan mereka atau membunuh mereka jika tersalah langkah.
" Touch me if you can?!!!" Jerit Alanis. Lelaki di paling hadapan menerpa ke arah alanis. Dushhh!! Alanis menendangnya dengan menggunakan High kick. Lelaki itu tersungkur jatuh.
" what the heck!! " mereka bertiga saling berpandangan.
"'She can freaking fight dude!" Kata lelaki yang memegang pistol. Lelaki di tengah tengah menyerang Alanis. Alanis melompat dan pishh!!! Dia melibas botol kaca itu di tubuhnya.
"Argghhhh!! Damn!!" Lelaki itu menahan sakit di kawasan paru parunya. Darah mengalir di tangannya. Lelaki yang memegang pistol menyimpan pistolnya. Dia berlari ke arah alanis dan mula menyerang alanis dengan beberapa tumbukan dan tendangan. Alanis menepis dan menolaknya. Mereka kini berdiri di hadapan alanis. Alanis tersenyum.
" arghhhh!!" Mereka bertiga menyerang Alanis. Alanis melompat dan membuat split hig kick dan dushhh!! Pap!! Dushhh! Ketiga tiga mereka menerima pukulan tendangan di bahu dan perut mereka. Alanis melompat lagi. Kali ini dia menumbuk dan menyerang mereka dengan tumbukan tanpa henti. Dia berpusing 360 darjah dan menghalakan setiap penumpuk nya di mana mana bahagian tubuh mereka yang boleh dicapainya.
Pang!! Pang!! Dushhh!! Alanis memukul mereka dengan botol kaca di tanganya.
"Arghhh!" Mereka semua jatuh di lantai. Masing masing menahan luka di bahagian lengan. Darah sudah mula mengalir. Alanis menendang salah satu daripada mereka. Dia memijak tangan lelaki yang memiliki pistol. Alanis menendang kepalanya. Lelaki itu terus tidak sedarkan diri. Alanis mengambil pistol di pocket seluar lelaki itu. Dia mengacu pistol itu ke arah mereka bertiga.
"Who sent you guys?!! Why did you guys want to kill me?!!" Jerit Alanis. Mereka yang masih menanhan sakit tidak menjawab pertanyaan Alanis. Alanis menendang mereka satu persatu. Dushh!! Dishhh!! Dia menghentak pistol itu di kepala mereka. Mereka tidak sedarkan diri kemudiannya. Alanis menyimpan pistol itu di pocket skirt uniform sekolahnya. Dia merenung mereka bertiga dan dia meninggalkan tempat itu.
YOU ARE READING
GUNS AND ROSES
ActionGUNS AND ROSES By Hayley Dawn Harper Genre: ACTION THRILLER FICTION ROMANCE Sinopsis ALANIS RIORDAN, Gadis yang hidup tanpa identiti sebenar. Ditemui ketika masih kecil dalam keadaan memilukan oleh pasangan suami isteri yang membesarkannya dengan pe...