GUNS AND ROSES By Hayley Dawn Harper
CHAPTER 5: The NECKLACE YOU LEFT
🔞🔞Oshea juga tersenyum kepada Alanis. Puan Dolores membiarkan mereka berdua di situ dan membawa keretanya pergi. Oshea memaut bahu Alanis dan membawanya naik ke dalam keretanya.
" Don't go out alone when I'm not here anymore.. if holiday come. I will come and see you so don't worry so much." Kata Oshea. Alanis hanya diam dan memerhatikan pemandangan di luar cermin kereta yang berlari ke belakang." Saya ingin melawat Ladang bunga ros hari ini.. sebelum pergi ke rumah kamu, kita ke ladang ros ayah kamu dahulu. Okay?" Kata Oshea.
" Okay." Jawab alanis.
Mereka tiba di ladang Bunga Ros dan berjalan bersama ke arah pondok kecil milik ayah Alanis. Mereka duduk di situ dan hanya memerhatikan pemandangan luas kawasan ladang Bunga di hadapan mereka.
" It's not that i don' t have any feeling towards you Alan.. " kata Oshea tiba tiba. Dia merenung Alanis. Alanis tidak membalas renungan oshea. Anak matanya hanya tertumpu kepada Ladang bunga ros dihadapannya.
" One day.. i will be a good man for you.. but not now.. until Then.. will you wait for me?" Kata Oshea. Alanis akhirnya menoleh kepadanya. Mereka berdua saling berpandangan. Oshea menarik kepala alanis dan mengucup Dahinya.
" I love you.. i always do! And i know i will miss you so much later on. Keep this for me. I will come back and get it from you later. It's my promise for you. I will come back for you!" Kata Oshea. Dia menanggalkan rantai di lehernya dan memakaikannya dileher alanis. Alanis hanya memerhatikan buah rantai itu. Sebuah loket dalam bentuk Alphabet O. Oshea memeluk alanis.
" Don't ever take it off.. one day i will take it off myself!" Kata Oshea. Alanis hanya mengangguk. Dia mendongak dan memaut pipi oshea. Oshea tersenyum. Dia mengucup Alanis dan mereka berdua saling berbalas senyuman. Mereka berdua duduk di situ sehingga matahari mula terbenam dan akhirnya mereka meninggalkan tempat itu setelah malam hampir melanda bumi.Tiba sahaja di hadapan rumah Alanis, Encik Riordan hanya memerhatikan oshea dan dia tersenyum kepada mereka berdua.
" Let's go inside.. The dinner is ready." Kata Encik Riordan kepada mereka berdua. Alanis menarik tangan Oshea masuk ke dalam Ruang dapur dan membawanya duduk di dining Table. Puan dolores hanya tersenyum memerhatikan mereka berdua nampak gembira menikmati makan malam bersama. Encik Riordan hanya merenung Oshea dan seterusnya kepada Alanis yang tidak berhenti mengukirkan senyumannya.
" Tahniah Oshea.. akhirnya kamu akan masuk ke Universiti Hercules.. " kata Encik Riordan. Oshea hanya mengangguk.
" 3 tahun adalah masa yang panjang.. Alanis akan sendirian di sini .. dia tidak mempunyai kawan selain kamu." Kata Puan dolores.
" saya sudah memujuk Dia supaya pergi ke universiti bersama saya tapi dia tidak mahu mengubah keputusannya." Kata oshea. Alanis hanya diam.
" saya tidak ingin meninggalkan tempat ini. Saya tidak kisah sekiranya saya tidak mempunyai kawan.. saya ada mama dan papa." Kata alanis. Oshea hanya diam dan merenung ke arah alanis.Alanis hanya memerhatikan Oshea berjalan ke arah keretanya dan dia membuat muka sedih. Selepas ini mereka akan mengambil masa yang lama untuk berjumpa semula. Oshea menoleh ke arah alanis. Melihat wajah alanis yang sudah berubah sedih membuatnya rasa bersalah meninggalkan Dia sendirian selepas ini. Alanis melambai ke arah Oshea.oshea berjalan semula ke arah alanis dan dia memeluk Alanis erat.
" wait for me okay." Kata oshea.
"I will." Kata alanis. Oshea mengucup dahi Alanis dan dia berlalu dari situ. Alanis hanya memerhatikan kereta Oshea berlalu dari perkarangan rumah dan dia mengeluh kecil. Dia mengorak langkah masuk ke dalam rumahnya dan sempat menoleh ke arah sebuah kereta yang berhenti di hadapan rumah. Anak mata alanis menerhatikan kereta itu dengan renungan tajam. Kereta yang sama seperti kereta yang pernah mengejarnya tempoh hari. Alanis menutup pintu dan masuk ke dalam biliknya. Dia membuka langsir dan memerhatikan kereta itu dari jendela biliknya. Kereta dan orang di dalamnya itu sedang memerhatikan kawasan rumah itu. Alanis berasa tidak sedap hati. Dia berjalan mundar mandir di biliknya dan akhirnya dia merebahkan diri di atas katil sambil memegang rantai pemberian Oshea kepadanya.
YOU ARE READING
GUNS AND ROSES
ActionGUNS AND ROSES By Hayley Dawn Harper Genre: ACTION THRILLER FICTION ROMANCE Sinopsis ALANIS RIORDAN, Gadis yang hidup tanpa identiti sebenar. Ditemui ketika masih kecil dalam keadaan memilukan oleh pasangan suami isteri yang membesarkannya dengan pe...