Haa..dah baca dah buat research apa semua, cer kau try test menulis. Hari-hari kau tulis. Tulis dan tulis. Kau jangan bagi alasan takde masa. Kalau dah busy sangat tu kau tulis untuk beberapa minit pun jadi la. Asalkan rasa nak menulis tu sentiasa ada. Kalau kau nak tinggal pun jangan tinggal lama-lama, paling lama pun seminggu. Kalau kau tinggal lama-lama nanti kau jadi makin malas. "Alaa..esoklah..." Lepas tu esok lagi, esok lagi dan lagi esok. Lama-lama jadi bersawang.
Kalau kau dah tinggal seminggu dan kau lupa jalan cerita, jangan malas nak baca balik. Ada juga aku tengok cerita yang kat bahagian awal dia best je. Yang nak sampai ke ending pulak buat slack. Dia dah merepek kebenda entah. Spoil woo. Ada juga yang recommend untuk catatkan jalan cerita dekat dalam buku nota. Cara ni pun bagus juga. Kau boleh teruskan saja menulis takat mana kau berhenti berdasarkan nota kau dekat dalam buku tu.
Tapi aku tak tulis dalam buku nota pun. Kalau aku tulis pun nanti aku tak ikut. Bagi aku kalau ada laptop dan masa, itu sudah cukup untuk aku menaip beberapa ketika sampai la aku rasa nak berehat dan berfikir jalan cerita yang seterusnya. Aku lagi suka bagi idea aku mengalir seiring dengan tangan aku yang bergerak, menzahirkan apa yang aku fikirkan. Bagi aku lagi sedap macam tu. Masing-masing ada cara sendiri. Kau buat la macam mana yang kau rasa selesa.
Kau juga kena rajin untuk baca dan semak balik apa yang kau dah tulis. Dah merepek segala macam mestilah ada kesalahan kan? Aku selalunya akan baca balik 3 hingga 4 kali sebelum aku update cerita dekat wattpad. Bila kau baca balik tu akan jumpalah segala typo, kesalahan bahasa, kesalahan istilah, tertinggal perkataan dan macam-macam lagilah kesalahan yang seorang manusia akan buat masa menulis. Kita bukan perfect. Jangan sesekali rasa diri kau bagus. Betulkan kesalahan yang ada tu. Bagi aku, aku paling pantang dengan typo. Gatal kepala woo kalau baca cerita yang banyak typo.
Cerita yang tak banyak kesalahan ni smooth bila pembaca kau nak baca, takde lah tersangkut-sangkut. Sangkut-sangkut ni boleh mengganggu pemahaman dan imaginasi dia. Bila smooth, lancar macam air sungai barulah pembaca suka.
Walaupun cerita kau tak ramai orang baca, kau teruskan saja menulis. Jangan putus asa. Lama-lama kau akan improve, In Shaa Allah. Kalau kau tengok karya aku pun yang awal-awal tu kadang macam haram juga. Sejak aku menulis SINIS barulah pembaca aku meningkat. Nak sampai ke atas, kau kena daki anak tangga yang di bawah dulu. Jangan cepat berpuas hati. Kau kena usaha lebih lagi. Aku dulu pun mula-mula wujud dekat wattpad ni mana ada sapa kenal. Aku tetap menulis juga, sebab aku suka.
Bila kau dah banyak kali menulis ni, kau akan mula nampak gaya bahasa kau sendiri. Setiap orang lain. Macam aku, aku jenis bebas dan ringkas. Kau carilah identiti kau. Good luck!

ANDA SEDANG MEMBACA
Nak Menulis?
Non-FictionHimpunan tips penulisan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan (harapnya) juga membantu penulis-penulis baru atau sesiapa saja yang mahu memantapkan mutu penulisan. Gitcheww~ *Jamal sebagai maskot