Jadi penulis yang bijak di Wattpad - Komen Negatif

1.7K 211 120
                                    

Ada notification dari wattpad. Kau excited, terus buka. Oh, ada komen dekat salah satu cerita yang kau tulis.

Tapi rasa excited kau mati bila baca komen :

"Cerita ni macam makin hambar je. Makin lama makin tak best."

Lagi teruk kalau dapat komen yang macam gini :

"Dah la update lambat. Bila baca update baru ni cerita pulak entah pape. Watak Fira ni pun macam makin bodoh je. Author ni reti buat cerita ke tak? Boleh gi mampos."

Kau mula rasa nak marah. Jari dah siap sedia nak menaip komen balas. Dahi dah berkerut berkedut habis. Asap dah macam keluar dari telinga.

Ehh..jangan gitu. Relaks. Tenang. Ni aku bagi tips kat kau macam mana nak handle komen negatif.

#1. Senyum
Kau letak sekejap phone kat tepi. Jangan buat apa-apa lagi. Senyum. Redakan otot-otot muka kau yang tengah tegang tu.

Bila kau senyum, In Shaa Allah kau akan rasa lebih tenang. Aku kalau tengah marah pun aku cuba senyum. Tapi lepas tu aku tergelak. Tapi okeylah daripada aku mengamuk kan... Aku ni boleh tahan baran juga orangnya. Senyum ni boleh bawa aura positif juga sebenarnya.

#2. Fikir Positif
Iye, memang la akan rasa down, geram, serabut, rasa nak maki apa semua tu. Tipulah kalau takde rasa apa-apa bila dapat komen negatif kan? Kita bukan robot. Aku pun selalunya akan down bila dapat komen negatif.

Cuba kau relaks, tenangkan diri. Dan cuba fikir positif. Kau renung balik, betul tak apa yang dia cakap tu? Betul tak cerita kau makin hambar? Betul tak cerita kau macam tah pape? Atau cerita kau salah fakta?

Jadikan komen negatif tu sebagai satu teguran bagi diri sendiri, supaya kau sedar dan boleh perbaiki apa yang patut. Dengan itu kau boleh cuba untuk improve. Lepas ni jangan buat kesalahan yang sama.

Buanglah rasa perasan bagus, rasa pantang ditegur, ego dan segala macam yang tak elok tu. Kita kan manusia. Mana ada yang sempurna. Jangan pernah rasa diri kau dah cukup bagus, walau dah pernah terbitkan buku sekalipun.

Ada aku pernah dengar siapa tah kata, tak semua orang boleh terima kritikan dan komen negatif. Nope. Hidup ni bukan ada yang indah-indah saja. Sampai bila kau nak berada di takuk tu saja? Bukalah sikit pemikiran kau tu.

Kalau komen negatif di wattpad ni pun kau tak boleh nak handle, macam mana kau nak handle bila menempuh dunia luar nanti? Alam belajar, alam bekerja..lagi banyak ujiannya. Masuk U pun kadang dapat lecturer garang kena maki gak. Dah kerja, mungkin kau kena maki dengan boss bila buat salah. Jadi, dari sinilah kau perlu berlatih. Kuatkan diri!

Manusia ni memang sukakan pujian. Tapi bila sekali dapat kritikan atau komen negatif, mata kau akan celik, kalau kau pandai manfaatkan ia. Jadikan ia sebagai suatu yang kau boleh guna untuk melangkah lebih jauh.

#3. Jangan Bergaduh
Elakkan bertekak atau bergaduh atau guna any harsh words. Ini bila dapat komen negatif je, mula la nak balas dengan carutan. Ayam, kambing, guinea pig semua keluar. Perghhh!

Stay calm and cool. Tunjukkan yang kau ni seorang yang matang, sentiasa berlapang dada menerima teguran dan boleh berfikir secara rasional. Bezakan diri kau dengan dia. Kau guna perkataan yang baik, In Shaa Allah dia juga akan respek kau.

Sebaliknya kalau kau pun maki dia jugak, suruh dia berambos dan jangan baca dah cerita kau, kau ingat dia nak respek kau? Lagi dia sambung maki dan hentam kau lagi ada la. Silap-silap dia bawak geng. Itu yang tak nak tu. Gaduh besar karang.

Kau kena fikir jugak, yang bergaduh bermaki-makian antara kau dengan dia, bukan kau saja yang nampak. Followers kau pun boleh nampak dari newsfeed. Kau nak ke followers judge kau?

Iye, aku pun ada maki dalam cerita yang aku tulis. Tapi aku tak pernah maki pembaca aku. Aku mengalu-alukan segala komen sama ada positif atau negatif. Nak merapu dengan aku pun takde hal. Pembaca tu dah sudi baca cerita aku kot, takkan aku nak maki dia hanya kerana dia bagi komen negatif?

Kalau kau rajin dan kau dah tenang, cuba kau tanya balik kat dia, kenapa dia rasa cerita kau makin hambar? Part mana yang tak best tu? Kenapa dia rasa cerita tu macam tah pape? Kenapa dia rasa watak dalam cerita kau nampak bodoh? Tanya dia elok-elok. Guna perkataan yang baik.

#4. Jangan Layan Sangat
Kau dah guna perkataan yang baik, dah tanya dia elok-elok, tapi dia masih nak memaki? Guna perkataan tak elok apa semua?

Dah, kau jangan layan dia. Biarkan dia. Payah bercakap dengan tin kosong ni. Mana dia mau kalah. Kadang yang jenis suka memaki dan mengkritik tak tentu pasal ni, dia nakkan perhatian. Dia nak menyerlah. Tapi itulah, dia buat dengan cara yang salah. Cara dia tu lebih kurang macam artis yang suam-suam kuku tu la. Sekali ada kontroversi, barulah orang kenal. Dia punya cara lebih kurang macam tu la. Dia tak fikir, kalau benda yang sama jadi kat dia, orang maki-maki dia, kritik tak tentu hala, adakah dia suka? Dah kena kat dia tau pulak nak menggelupur. Pelik orang macam ni.

Ada satu pepatah Inggeris ni, 'the squeaky wheels get the oil'. Bermaksud yang dok kuat berbunyi ni la yang selalu dapat perhatian. Lebih kurang gitu la. Jadi, jangan bagi perhatian yang dia nak tu. Endahkan je dia.

Nak Menulis?Where stories live. Discover now