5. Describe

2.6K 331 189
                                        

Kau kena ingat, bila pembaca ni membaca, dia cuma dapat membayangkan apa yang kau cerita berdasarkan imaginasi dia saja. Sebab itulah kau kena describe satu-persatu scene penting dalam cerita kau. Supaya pembaca kau dapat ikut flow cerita. Dan pembaca juga dapat membayangkan situasi tu, dapat merasa apa yang watak tu rasa. Selain tu kau juga dapat elakkan penggunaan ayat yang klise. Aku bagi contoh dekat kau :

Senah Ronggeng terasa letih dan penat. Tiba-tiba Senah Ronggeng terjelepuk di atas jalan.

 Kalau tulis macam gini, pembaca tu tau Senah Ronggeng tu penat, tapi dia tak tau Senah Ronggeng tu penat yang tahap macam mana. Penat macam lepas sidai kain ke, penat macam lepas kena kejar anjing ke, penat macam lepas angkut guni ke, pembaca tak dapat rasa. Tetiba terjelepuk je. Kalaulah pada awalnya dia membayangkan Senah Ronggeng tu penat tahap lepas sidai kain je, tetiba terjelepuk pulak. Dia pun mula lah rasa pelik. Lepas tu pemahaman dia pun jadi kurang.

Senah Ronggeng terasa lemah di lutut. Kakinya sudah terasa seperti agar-agar merah yang dihidangkan masa kenduri tadi. Beberapa kali melangkah, dia terjelepuk di atas jalan.

Kalau kau tulis macam gini, pembaca nampaklah yang Senah Ronggeng ni dah memang betul-betul letih sampai rasa lemah lutut, kaki rasa macam agar-agar. Kaki rasa macam agar-agar ni juga menunjukkan metafora, ini antara yang membuatkan cerita kau nampak menarik. Pembaca dapat lah rasa dan membayangkan kepenatan Senah Ronggeng ni memang pada tahap yang maksima.

Senah Ronggeng terasa berat untuk berjalan. Namun digagahkan juga kakinya untuk melangkah.

 Yang ini kau boleh rasa la yang Senah Ronggeng ni penat, tapi pada tahap sederhana. Dia boleh jalan lagi tu.

 Aku bagi contoh lain untuk menunjukkan penggunaan deria pulak. Yang ini ramai jugalah yang terlepas pandang, termasuk aku. Contoh :

Aku baru saja menjejakkan kaki di sini. Aku dapat lihat dalam rumah ini gelap. Suasana di rumah tinggal ini begitu sunyi dan menyeramkan.

Kalau boleh elakkan tulis perkataan-perkataan seperti 'sunyi', 'menyeramkan' dan 'menakutkan'. Iya, pembaca tau watak tu nampak rumah tu gelap, suasana sunyi dan seram. Tapi dia tak dapat nak rasa sangat tahap keseraman tempat tu. Seram sikit ke seram banyak ke macam mana. Kau describe satu-persatu. Supaya pembaca kau dapat gambaran yang jelas, supaya dia dapat rasa sendiri.

Aku baru saja menjejakkan kaki di sini. Aku mencuri pandang melalui pintu rumah itu yang sudah terkopak. Aku tidak nampak apa-apa melainkan gelap hitam saja. Tidak terdengar apa-apa suara langsung, melainkan hanya bunyi-bunyi serangga yang menemani suasana yang suram dan kelam di rumah tinggal ini.

Kau nampak tak perbezaan dia? Kau tak payah guna perkataan 'seram' pun. Bila pembaca baca ayat ni, serta-merta minda dia dapat membayangkan suasana dekat rumah tinggal tu. Penggunaan unsur auditori 'bunyi-bunyi serangga' tu pun akan buatkan pembaca kau segera membayangkan bunyi cengkerik atau apa-apa serangga. Ni membolehkan pembaca dapat masuk dan rasa apa yang ada dalam cerita kau. Lepas tu pembaca kau pun mula lah rasa seram.

 Contoh lain dekat bawah ni, aku nak ajar kau jadi pembunuh pulak. Eh, tak..jadi pembunuh dalam cerita je. Supaya pembaca rasa gerun dan dapat rasa penyeksaan tu. Hehehe...

Aku pegang pisau dengan kemas dan aku tikam dia bertubi-tubi. Dia menjerit dan meronta. Aku rasa puas.

Bila pembaca kau baca ayat ni, mesti dia kata "Hmm..lame..tak takut pun." Thrill apa pun tarak. Yillek. Tapi kalau dia baca ayat yang dekat bawah ni.

Aku pandang wajah dia yang sudah berpeluh. Mungkin sebab dia sudah kecut perut. Aku senyum sinis. Aku keluarkan pisau yang aku selit pada poket belakang seluar. Aku lalukan pisau pada kulit perut dia yang terdedah. Dia pandang ke arah letaknya pisau pada badan dia,kemudian pandang tepat ke mata aku, dengan nafas yang semakin tercungap-cungap. Dengan pantas aku angkat pisau tinggi ke udara, aku tikam dia bertubi-tubi. Di perut, di dada dan di mana-mana saja bahagian badan. Dia menjerit dan meronta tanpa henti, nyaring bunyinya. Aku rasa puas.

Bila kau describe satu-persatu macam gini, pembaca kau dapat rasa dua benda. Satu, rasa bila dia letak diri dia dalam pembunuh. Dua, rasa bila dia letak diri dia dalam mangsa. The key is, don't be lazy. Describe satu-satu dan kau kena letak diri kau dalam situasi cerita kau. Selain tu apa yang penting dalam cerita bunuh-bunuh ni, kau perlu bunuh mangsa tu pelan-pelan. Barulah rasa thrill tu wujud. Lepas tu kau pun puas. Ke aku je yang rasa puas setiap kali bunuh mangsa? Hehehe...

Lagi satu aku nak tunjuk ayat yang aku selalu jumpa dalam cerita. Setiap kali baca ayat ni aku rasa penat. Tolong la describe elok-elok.

Kebanyakan mata tertumpu pada Diyana. Wajah Diyana yang cantik dan comel itu benar-benar menarik perhatian.

Halamak lu.. Yelah, tau la Diyana tu cantik dan comel. Tapi pembaca kau dapat ke membayangkan si Diyana ni cantik dan comel pada tahap yang macam mana?

Kebanyakan mata tertumpu pada Diyana. Alis matanya yang lentik, kulitnya yang cerah, hidungnya yang mancung, bibirnya yang kecil dan merah itu benar-benar menarik perhatian.

Nampak tak kat sini yang kau tak perlu pun letak perkataan 'cantik' dan 'comel' tu? Kau describe saja pun pembaca dah dapat tahu si Diyana ni cantik dan membayangkan macam mana rupa Diyana.

Ni contoh untuk cerita seram pulak :

Aku terkejut apabila melihat wajah lembaga yang sangat menakutkan itu.

 Feel takut tu yillek. Sangat menakutkan tu yang macam mana?

Jantung aku terasa mahu pecah sebaik saja terpandang rupa makhluk itu. Matanya terkeluar sebelah dan terbuai-buai, kulit pipinya terkopek menampakkan isi yang membusuk, lidahnya berwarna hitam dan bercabang dua.

 Kau tak payah bagitau pun watak tu terkejut. Berdasarkan keadaan jantung dia (apa yang watak rasa) tu pun pembaca dah dapat tau yang watak tu terkejut. Dan bila kau describe macam mana rupa lembaga tu, pembaca kau dapatlah bayangkan. Lepas tu dia pun mulalah rasa tak nak tidur sorang-sorang. Mulalah dia menyempit dekat katil kawan. 

Nak Menulis?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang