Haa..kali ni aku nak cerita fasal Point of View atau singkatannya POV yang dalam bahasa Melayunya adalah Sudut Pandang. Apakah itu? POV ni adalah perspektif dari sudut mana sesuatu kisah itu diceritakan. Ada beberapa jenis POV yang selalu digunakan. Antaranya :
#1. 1st Person POV
Kisah tu diceritakan atau ditulis dari sudut pandang orang pertama. Selalunya menggunakan kata ganti diri 'aku', 'saya' atau 'kami'. Sebagai contoh:
Aku tutup pintu bilik underground dan naik ke ruang tamu. Aku tengok jam di dinding berhampiran tivi. Awal lagi, baru pukul sepuluh pagi. Terasa bosan pula. Apa aku nak buat ni?
Bila kau nak menulis guna sudut pandang orang pertama, cuba bayangkan diri sendiri (penulis) sebagai watak dalam cerita tu. Jadinya, segala yang watak pencerita tu tidak alami, tak nampak, tak dengar atau suara hati orang lain tak patut masuk dalam cerita. Kalau ada pun, itu mungkin tekaan watak pencerita itu saja.
Walaupun ia hanya sebuah cerita, kau masih perlu jadikan cerita tu masuk akal. Sebagai contoh, tak mungkin watak pencerita yang tak ada kat rumah watak sampingan boleh bercerita apa yang watak sampingan tu buat kan? Kecuali la dia ada kuasa mistik atau telepathy ke apa.
•Sudut pandang beberapa orang pertama
Kau boleh juga tukar-tukar sudut pandang ni antara beberapa watak yang ada. Cumanya kau perlu pandai atur supaya pembaca tak pening. Ingat beb, setiap watak ada karakter yang tersendiri. Cara bercerita pun sepatutnya akan jadi sedikit berlainan.
Lagi satu, bila kau nak guna beberapa watak untuk sudut pandang orang pertama ni, jangan ulang apa yang dah diceritakan. Nanti pembaca akan jadi bosan. Ceritakan pula dari apa yang watak sebelumnya tak nampak atau tak tahu.
Kelebihan 1st Person POV
•Penulis akan lebih senang untuk merangka perjalanan cerita dan menulis cerita. Sebabnya, dia dengan mudah dapat membayangkan segala apa yang watak pencerita tu buat, dengar, rasa, fikir oleh sebab dia bayangkan diri sebagai watak pencerita tu.
Masa menulis SINIS pun, aku seakan-akan masuk dalam cerita tu dan jadi Yun. Aku dapat faham dan rasa apa yang Yun buat, fikir, rancang dan sebagainya. Malah aku rasa puas lepas dapat seksa dan bunuh orang.
•Pembaca akan lebih senang faham dan senang relate. Pembaca akan jadi lebih senang untuk memahami dan mendalami cerita tu sebab dia dapat bayangkan diri dia sebagai salah satu watak dalam cerita.
Sebab itulah SINIS tu aku guna 1st person view. Sebab aku nak pembaca lebih dekat dengan watak Yun. Aku nak pembaca rasa apa yang dia rasa.
•Cerita akan nampak lebih natural. Kita semua hidup dan nampak dari sudut pandangan kita sendiri. Jadi kita akan lebih mudah untuk membayangkan situasi dalam cerita tu. Sama ada kepada penulis ataupun pembaca.
•Gaya tulisan boleh diubah kepada yang lebih santai dan tak terlalu formal atau skema.
Masih ada ke manusia zaman sekarang yang bertutur dengan bahasa baku? Mungkin ada, cuma jaranglah.Kelemahan 1st Person POV
•Penulis atau pembaca tak tahu apa yang watak lain buat (yang terlindung dari pandangan), fikir, rasa atau alami. Dalam erti kata lain, sudut pandangan tu jadi terhad lah. Macam kehidupan seharian kita juga. Kau tak tau apa yang kawan kau fikir pasal kau kan?•Penulis tak boleh nak sertakan babak di mana watak pencerita tu tak ada di lokasi. Kalau nak bercerita, watak pencerita tu kena ada kat tempat tu, atau watak lain kena bercerita dengan dia.
•Pembaca akan dapat meneka, watak utama mesti akan survive di akhir cerita. Jadi agak kurang la rasa saspen.
YOU ARE READING
Nak Menulis?
NonfiksiHimpunan tips penulisan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan (harapnya) juga membantu penulis-penulis baru atau sesiapa saja yang mahu memantapkan mutu penulisan. Gitcheww~ *Jamal sebagai maskot