8. Berlakon

1.7K 239 72
                                    

Menulis memerlukan penulisnya berimaginasi supaya pembacanya juga dapat menghayati cerita yang sama, yang hidup dalam imaginasinya, apabila cerita itu dibaca. Tu dia, ayat berbelit. Hehehe...

Tapi berlakon ni memang antara yang banyak membantu aku masa menulis. Bukan berlakon sampai kena buat gaya ke apa, ni berlakon dalam minda saja dan kadang-kadang buat mimik muka. Kalau perlu, kau bayangkan setiap satu suara yang berlainan untuk setiap watak yang ada, supaya bila kau fikirkan dialog, ia akan nampak berbeza bagi setiap watak, sesuai dengan karakter watak tu. Inilah yang aku buat. Kalau kau rasa susah, aku sarankan kau catat setiap satu watak yang ada dan senaraikan karakter diorang awal-awal dekat dalam nota. Sebagai contoh :

-Althea
•suara serak-serak basah
•panas baran
•kasar tapi tak sombong
•suka menolong
•hormat orang tua

-Amina
•suara lembut dan perlahan
•pemalu, jarang bercakap
•suka mengelak dari tempat yang ramai orang
•tak suka pandang muka orang bila bercakap

Apabila kau dah senaraikan beberapa karakter untuk Althea dan Amina ni, kau akan dapat bezakan dialog dan perbuatan setiap seorang. Kalau dalam cerita tu Amina merajuk sebab diorang gaduh, Althea tak akan memujuk kawan dia tu, sebab dia tak pandai pujuk dan dia ego serta kasar. Dia akan guna cara lain selain memujuk. Contohnya dia akan belikan sesuatu, bagi dekat Amina untuk tebus kesalahan.

Untuk Amina pulak, kalau Amina pergi pasar beli ikan, dia akan menunduk bila berjalan. Bila dia nak bayar harga barang, dia tak pandang muka penjual. Macam tu lah lebih kurang.

Contoh dialog pulak macam ni :

Althea mula terasa bersalah. Kata-katanya tadi sudah melukakan hati Amina. Amina mula tarik muka. Masam mencuka.

"Amina, jangan la merajuk. Aku tak sengaja."

Amina masih berdiam diri. Althea sudah pening. Dia bukannya pandai memujuk orang. Adik dia yang umur 3 tahun itu pun dia biarkan saja kalau menangis, apatah lagi kalau Amina yang sudah dewasa ini.

'Petang nanti keluar kejap la kot. Beli aiskrim keladi yang dia suka tu. Itu je la yang selalunya berkesan pun.' Fikir Althea.

Contoh lain :

"Maaf, boleh abang tolong ambilkan kordial oren tu? Saya tak sampai nak ambil." Amina bersuara sambil matanya memandang ke arah baju pekerja kedai itu. Dia selalu mengelak dari memandang tepat ke wajah sesiapa yang dia tak kenal, terutama sekali lelaki.

Berlakon ni membuatkan kau dapat sepenuhnya melalui kehidupan dan sifat karakter kau. Selain itu, dengan berlakon ni kau akan dapat menghidupkan sesuatu suasana tu dengan lebih sempurna. Sebagai contoh, kau nak buat scene sedih. Mak kepada Althea sedang nazak. Kau kena letak diri kau dalam Althea, berlakon sekejap sebagai Althea supaya kau dapat feel sedih tu. Apa yang kau rasa kalau mak kau bila-bila masa saja akan pergi meninggalkan dunia ni? Rasa itulah yang kau akan masukkan dalam cerita.

Contoh lain, kau nak buat watak dalam cerita kau sedang marah. Kau bayangkan dan ingat balik apa yang pernah buat kau marah. Kau salurkan semua tu dalam menulis apa yang watak tu buat, mimik muka dia, rasa hati dia, apa yang dia cakap dan lain-lain yang berkaitan. Sebagai contoh :

Zaid menghenyakkan punggungnya ke katil. Makin panas pula hatinya apabila mengingatkan kata-kata yang baru saja keluar dari ulas bibir ayahnya tadi.

"Kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang. Kau pergi mampos je la senang. Tak rugi duit aku nak kena membela kau."

Nafas Zaid makin tidak teratur. "Arghhhh!" Zaid menumbuk dinding, serentak dengan suaranya yang juga menzahirkan amarahnya.

Kalau kau masih rasa susah, kau cuba jadi salah satu watak dalam cerita tu dan lakonkan dalam aktiviti seharian. Ya, aku pernah buat. Aku lakonkan satu watak ni yang karakternya seakan-akan Amina.

Aku pakai baju cantik-cantik dan ayu, aku pakai tudung berwarna lembut dan pergi kedai runcit beli barang. Selalunya aku pakai jeans dengan baju dan tudung hitam. Aku jalan pun menunduk je. Bila makcik-makcik tegur dalam perjalanan tu, aku senyum kulum (senyum malu-malu dan ayu). Bila di kedai pun aku tukar suara aku yang agak kasar ni kepada suara yang lembut. Lembut je aku minta abang kedai tu bagi ayam separuh, sambil pandang ke arah lain. Masa bayar tu pun aku menunduk je. Tak pandang muka abang kedai. Dengan cuba berlakon macam ni, kau boleh selami karakter watak-watak dalam cerita kau tu. Betul beb, aku tak tipu. Kau cubalah buat.

Kau juga akan nampak macam mana reaksi orang terhadap kau. Macam mana layanan orang, cara orang pandang kau, cara orang bercakap dengan kau dan lain-lain lagi. Detail yang itu pun berguna untuk kau masukkan dalam cerita. Tapi seeloknya buat dekat tempat yang orang tak berapa kenal kau la. Kalau tetiba kau ubah karakter masa lepak dengan kawan kau, maunya dia kata kau buang tebiat. Risau pulak dia karang.

Nak Menulis?Where stories live. Discover now