11. Point of View

1.2K 171 13
                                        

#2. 2nd Person POV
Sudut pandang orang kedua ni selalunya digunakan dalam buku-buku non-fiction. Contoh yang paling dekat, buku maya Nak Menulis? ni la. Aku banyak guna perkataan 'kau', seolah-olah aku sedang berhadapan dan bercakap dengan kau yang sedang membaca ni.

Contoh lain, dalam biografi tokoh-tokoh pun selalunya guna sudut pandang jenis ni, menggunakan perkataan 'beliau'.

Selain tu, kalau sekali-sekala kau nak campurkan sekali gaya penceritaan sudut pandang orang kedua ni dalam cerita yang kau tulis melalui sudut pandang orang pertama, boleh saja. Contohnya :

Bagi aku kalau aku tak tidur tak apalah kalau tak mandi. Bukan apa, aku ni tidur kadang-kadang air liur pun meleleh. Hehe... Macamlah kau tidur tak pernah meleleh air liur kan?

Nampak kan? Ayat 'Macamlah kau tidur tak pernah meleleh air liur kan?' seperti penulis mahu berinteraksi dengan pembaca. Pembaca pun akan automatically berfikir dan menjawab dalam hati.

Kelebihan 2nd Person POV

Pembaca akan terasa lebih dekat dengan cerita atau penulis, apabila penulis seakan-akan berinteraksi dengan pembaca.

•Lebih mudah menarik perhatian pembaca apabila kena dengan caranya, disebabkan adanya aura yang semacam mengajak pembaca untuk sama-sama masuk atau terlibat dalam cerita tu.

Kekurangan 2nd Person POV
Tak berapa sesuai untuk digunakan sepenuhnya dalam cerita fiction, jalan penceritaan akan jadi terbatas.

Sudut pandang orang kedua ni susah untuk diguna. Boleh menyebabkan cerita jadi tak best kalau penulis tak pandai untuk menarik perhatian pembaca. Terus jadi macam hambar dan bosan.

Nak Menulis?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang