7. Cari idea

2.4K 275 114
                                    

Sedang kau menulis, tiba-tiba kau rasa tersekat, rasa buntu, rasa tak tau nak sambung tulis apa lagi dalam cerita. Don't worry. Benda ni memang akan selalu terjadi.

Jadi, macam mana nak dapatkan inspirasi untuk menulis tu? Kat sini aku senaraikan beberapa cadangan yang kau boleh buat.

#1. Keluar dari rumah.
Jangan duduk depan laptop atau phone atau buku tu saja. Kau kena keluar. Keluarlah ke mana-mana pun. Berjalan-jalan di luar kawasan rumah pun boleh, supaya kau dapat memerhati apa yang ada dekat luar tu. Burung yang hinggap di dahan, bunyi daun bila ditiup angin, kumbang yang sedang menghisap madu bunga, jiran yang sedang berkebun, kau perhatikan saja semua tu. Mungkin ada di antaranya yang kau boleh guna dalam cerita. Sebagai contoh :

Aku rasa bengang dengan abang. Apa-apa yang aku luahkan semuanya salah di mata dia. Aku keluar dari rumah, sarungkan selipar dan berjalan ke pangkin bawah pokok mangga.

Aku duduk saja di pangkin ini, membuang pandang ke ruangan sekeliling. Tidak lama selepas itu aku berbaring beralaskan lengan. Aku dapat dengar bunyi daun-daun yang bergemersik apabila ditiup angin. Sedikit-sedikit, hati aku terasa tenang. Burung-burung yang berterbangan di langit aku pandang, kebanyakannya berwarna putih. Seputih awan yang berkepul-kepul di langit. Mungkin itu burung bangau. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan aku mula terasa mengantuk. Entah bila, aku terlelap.

Simple aje kan? Tapi bila kau tulis macam gitu dia nampak realistik. Pembaca dapat bayangkan semua tu. Kadang benda yang berlaku di sekeliling kita pun menarik juga untuk diceritakan.

Kalau macam aku, kadang aku luangkan masa untuk lepak kat mamak atau pergi beli barang kat kedai runcit. Bila lepak kat mamak, aku akan bawa laptop, buat kerja sambil pinjam wifi. Tapi aku bukan setakat buat kerja saja, aku curi-curi dengar perbualan orang. Kau dengar saja, bukannya salah pun. Banyak juga yang aku dapat, terutama sekali dalam penggunaan dialog dan pembinaan karakter. Setiap orang cara dan lenggok dia bercakap tu ada perbezaan. Suara pun ada beza. Kalau kau curi-curi pandang pun kau boleh nampak rupa dan gaya manusia ni ada kepelbagaian dia. Contoh :

"Lama pakcik tak nampak kau, Man. Kau tak keluar rumah ke?" Aku terdengar satu suara garau dari sebelah kanan. Aku menoleh. Pakcik Daud rupanya. Masih seperti biasa, suka pakai baju corak petak-petak.

"Takde lah pakcik, saya sekarang ni dah kerja. Itu yang jarang datang sini tu." Aku terus saja memilih bawang.

"Oh, baguslah macam tu. Daripada duduk rumah tak buat apa-apa, kerja sementara tunggu keputusan pun ada juga hasilnya. Beli bawang banyak-banyak ni nak buat apa?"

"Mak suruh beli. Katanya nak masak untuk sedekahkan dekat surau waktu berbuka nanti." Aku senyum, pandang ke wajah pakcik Daud. Aku boleh nampak matanya yang redup itu.

Apa yang aku guna dalam pemerhatian adalah karakter orang tua tu yang suka pakai baju corak petak-petak, bersuara garau dan bermata redup, mata macam nampak sedih tu. Pakcik ni memang aku selalu nampak dia lepak kat mamak.

Kalau kau ada modal lebih dan ada transport, kau pergi la jauh sikit. Bercuti atau bersiar-siar. Pun elok juga.

#2. Google
Ni aku banyak guna. Bukan kena search benda spesifik pun, kau random search je. Bacalah pasal apa-apa pun. Nanti mesti akan timbul idea punya.

Atau kalau kau nak baca pasal sesuatu yang spesifik, yang berkaitan pasal cerita kau, itu pun boleh juga. Sebagai contoh, kau sedang menulis cerita seram. Kau search lah pasal tales and folklore hantu-hantu mengikut negara dan tempat, rupa hantu-hantu, maklumat pasal hantu dan lain-lain yang berkaitan. Bolehlah kau bayangkan rupa hantu atau masukkan sikit-sikit maklumat tentang hantu ni dalam cerita kau.

Aku tak tau kenapa tapi aku sangat suka tengok gambar hantu-hantu Jepun. Entahlah, gambar hantu dia macam berseni sikit. Itu yang aku suka tu. Kadang ada yang buat aku tergelak. Dapat la release stress sikit.

#3. Tengok movie/drama/anime dan lain-lain.
Kadang-kadang apa yang ada dalam movie pun menarik juga untuk dimasukkan dalam cerita. Sebagai contoh, dialog dalam cerita P. Ramlee.

"Adi, kau cuba tengok ni. Yang huruf ni panggil apa entah, aku lupa la." Adi membawa buku bahasa Jepun ke aku dan menunjuk salah satu huruf menggunakan jari telunjuknya.

"Haa..aku tau ni. Ini jim mata buta!" Aku meniru salah satu dialog Ajis dalam filem P. Ramlee sambil tersengih.

"Kepala hotak kau la. Aku tanya betul-betul kau main-main pulak. Adeh..."

Kadang-kadang aku tengok anime. Masa menulis Cintaku Sepanjang Namamu tu aku tengok Arakawa Under The Bridge untuk dapatkan inspirasi, sebab anime ni banyak scene yang tak terjangka. Memang best dan buat aku tergelak, memang lawak. Dengan karakternya yang pelik-pelik tu, lain daripada yang lain.

Nak Menulis?Where stories live. Discover now