Ohh sebelum terlupa, aku nak ingatkan satu benda.
Bila kau dah jadi penulis di Wattpad ni atau di mana-mana media yang lain, sebolehnya kau jadilah seorang penulis yang humble. Kau sebagai penulis, jangan rasa diri kau pada level yang lebih atas ke apa. Jangan kau ingat pembaca kau sebagai fans kau ke apa. Geli pulak tiak aku.
Bagi aku penulis dengan pembaca ni sama saja level nya, juga saling memerlukan. Penulis memerlukan pembaca untuk membaca cerita dia, pembaca memerlukan penulis menulis cerita dan meng-update. Tak gitu?
Yang nak kejar populariti dan anggap diri sebagai wattfamous ke apa kejadah tah tu diorang panggil, bawaklah bertaubat. Geli benar ketiak aku. Siap buat fanclub la apa. Tah..aku tak boleh nak hadam.
Lek-lek dah la..tenang beb tenang...
Bagi aku, pembaca adalah kawan + tetamu. Bukan fans.
ANDA SEDANG MEMBACA
Nak Menulis?
غير روائيHimpunan tips penulisan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan (harapnya) juga membantu penulis-penulis baru atau sesiapa saja yang mahu memantapkan mutu penulisan. Gitcheww~ *Jamal sebagai maskot
