Dah kau start menulis tu, kau gunakan la bahasa yang sesuai, mengikut jenis cerita yang kau buat. Seeloknya kau gunakan la tatabahasa yang betul. Aku ni kadang tatabahasa ke laut juga. Aku banyak menulis cara bebas. Ikut kemampuan dan keselesaan diri kau. Asalkan kau faham dan pembaca juga faham apa yang kau cuba nak sampaikan. Cerita cinta hendaklah ada unsur-unsur cintanya, cerita thriller mesti la kena buatkan ada rasa thrill tu bila baca, cerita horror kenalah ada rasa meremang dia, dan lain-lain yang sepatutnya. Sebab itulah mula-mula sekali aku suruh kau membaca. Supaya kau tau macam mana nak susun ayat nak bagi pembaca dapat rasa semua yang sepatutnya diorang rasa bila baca cerita kau. Kalau dah cerita horror tapi kau buat ayat macam :
Aku terasa sangat takut sehinggakan aku terasa seperti mahu membuang air kecil. Aku pun tidak tahu mengapa daku ke sini. Mungkin juga kerana rasa ingin tahuku.Apatah lagi apabila Husni mencabarku sejak semalam. Penyesalan mula terbit dalam diriku.
Dah macam cerita cinta. Geli ketiak pulak aku baca. Kalau kau banding dengan ayat di bawah ni, yang mana lagi sesuai?
Tak semena-mena tubuh aku mula menggeletar. Aku mula rasa nak terkencing. Aku pun tak tahu sebab apa aku ke sini. Mungkin juga kerana rasa ingin tahu.Apatah lagi apabila Husni terus-menerus mencabar aku sejak semalam. Aku mula rasa menyesal.
Selain tu, kau tak perlu bagitau pun watak tu sedang takut, sebaliknya kau guna perkataan lain yang menunjukkan watak tu sedang takut.
Selain dari tu, kau tulislah dalam ayat yang penuh. Aku geli ketiak jugalah kadang-kadang bila aku baca cerita-cerita yang menulis pakai singkatan ni. Banyak pulak tu aku jumpa. Aku bagi contoh dekat kau :
Aq rsa marah dgn mama. Mama x prnh mmbri ap2 yg aq mahukn.Asyk2 Hilman, asyk2 Hilman. Tu sja la yg mama thu.
Terjemahan:
Aku rasa marah dengan mama. Mama tak pernah memberi apa-apa yang aku mahukan. Asyik-asyik Hilman, asyik-asyik Hilman. Itu sajalah yang mama tahu.
MasyaAllah, macam bahasa alien pun ada. Ini kalau kau nak tulis mesej dekat kawan kau bolehlah nak buat singkatan macam ni. Kau nak orang baca cerita kau ke tak nak? Lepas tu bila orang buka takat bab pertama je, bab lain takda reader, mula la kau nak meroyan. Jangan malas. Bila kau malas, pembaca lagi malas nak baca cerita kau.
Lagi satu, jangan syok sendiri. Bila kau letak cerita dekat wattpad atau laman lain, secara tidak langsung kau berkongsi. Sebab itulah kena tulis elok-elok, kasi pembaca senang faham. Kalau tulis ikut kau je boleh faham, habis tu apa fungsinya kau letak kat wattpad?
Dah keluar kat recommendations sana dia pun jenguk cerita kau. Sekali dia baca, hampeh pulak. Langsung dia tak nak baca apa-apa cerita dah dari kau. Silap-silap, senyap-senyap je dia maki kau.
ANDA SEDANG MEMBACA
Nak Menulis?
Bukan FiksyenHimpunan tips penulisan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan (harapnya) juga membantu penulis-penulis baru atau sesiapa saja yang mahu memantapkan mutu penulisan. Gitcheww~ *Jamal sebagai maskot
