Setiap dari mengkome yang baca ni mesti ada genre kegemaran kan? Sama ada kau suka baca cerita romance, mystery, thriller, humor, horror, fanfiction, science fiction, fantasy dan macam-macam lagi genre yang ada. Tapi bila kau suka genre humor contohnya, adakah sebaiknya kau menulis dalam genre humor saja?
Tak. Sebenarnya lagi elok kau menulis dalam pelbagai genre. Kau cuba saja menulis macam-macam genre. Kadang apa yang kau minat tu bukan kekuatan kau dalam menulis. Dengan cuba menulis pelbagai genre, kau dapat explore kebanyakan genre sebelum memilih untuk menumpukan kepada satu-satu genre. Dengan ini kau akan nampak kekuatan kau dekat mana.
Sebab itulah aku menulis dalam banyak genre. Aku kan agak baru lagi dalam penulisan, jadi aku nak bereksperimen, nak tengok kekuatan aku dekat mana.
Bila dah jumpa genre yang kau terer menulis, mesti kau nak menulis genre ituuu saja kan? Seeloknya jangan begitu. Sekali-sekala kau kena tukar genre supaya diri kau tak jadi terlalu klise. Karang asyik menulis cerita horror je, cerita-cerita kau nampak sama je. Takde kelainan. Menulis dalam pelbagai genre ni boleh buatkan kau jadi lebih kreatif. Cerita horror kau boleh masukkan sikit unsur humor dan cerita thriller kau campur sikit unsur romance. Kalau cerita horror tu asyik serius je manjang, boring juga.
Sebagai contoh, kalau kau baca SINIS, kau boleh nampak yang aku ada masukkan unsur sweet dan romance sikit dalam tu. Kebanyakannya antara Khalis dengan Yun.
Selain dari tu, apabila kau menulis dalam genre berlainan ni kau akan dapat cabar diri kau untuk jadi lebih berkemahiran dalam penulisan. Nak menulis dalam pelbagai genre ni memerlukan kebolehan yang kadangkala berlainan dalam menyusun ayat, supaya nampak sesuai dengan kehendak genre tu. Menulis cerita romance tak sama macam nak menulis cerita horror kan?
Jadinya, bila kau menulis dalam pelbagai genre ni, buatkan kau kena mencabar diri dan keluar dari zon selesa (kebolehan dan kekuatan yang sedia ada). Kau akan belajar sesuatu yang baru, menggilap bakat baru, bereksperimen dan mencuba untuk menghasilkan cerita dalam genre lain yang kau tak pernah buat.
Kat bawah ni aku senaraikan antara genre yang ada :
Horror - cerita yang boleh buatkan kau rasa meremang, mendatangkan ketakutan pada karakter dan pembaca. Adanya unsur makhluk halus dan yang berkaitan.
Humor - cerita yang penuh dengan suasana ceria, seronok dan menghiburkan. Selalunya akan buat pembaca ketawa. Kalau tak ketawa maksudnya hambar la tu.
Thriller - cerita yang banyak unsur suspense dan kejutan, yang akan membuatkan pembaca rasa resah, rasa tak senang, rasa ngeri, rasa loya tekak (kalau pembunuhan tu ngeri sangat) dan segala rasa yang berkaitan.
Non-fiction - cerita yang tidak direka. Berdasarkan fakta.
Fanfiction - cerita yang ditulis oleh peminat. Memaparkan karakter yang penulis minat sebagai watak dalam cerita. Sama ada pelakon, penyanyi atau watak-watak dari buku yang popular, contohnya Harry Potter.
Fantasy - cerita yang tidak ada dalam dunia realiti. Selalunya berdasarkan imaginasi penulis. Kadang ada juga yang memaparkan haiwan mitos dan segala yang berkaitan.
Historical fiction - cerita yang ada karakter dari zaman lampau. Ada juga yang menggunakan karakter dan latar masa lampau sekaligus.
Science fiction - Selalunya melibatkan latar masa hadapan. Sesuatu yang diimaginasikan sebagai suatu potensi yang akan berlaku pada masa hadapan.
Romance - Menumpukan pada perhubungan cinta dan emosi antara dua manusia.
Mystery - Selalunya melibatkan penyelesaian sesuatu jenayah dan membongkar rahsia berkaitan jenayah tu.
General fiction - Selalunya bersifat umum, tak tertumpu pada satu-satu genre.
Chicklit - cerita yang memfokuskan kepada watak perempuan/wanita. Fiksyen yang memaparkan isu-isu berkaitan dengan perempuan, daripada hal-hal kehidupan, kisah percintaan (diceritakan dari sudut perempuan tu), hal persahabatan antara perempuan dan segala yang berkaitan.
Jadi, bila tengok senarai genre ni, cuba kau check betul tidak kau kelaskan cerita kau ikut genre mana.
Kat wattpad sekarang ni aku nampak berterabur dah. Yang romance ada kat general fiction, yang horror ada kat thriller, yang mystery ada kat horror. Yang fanfiction lagi lah, kat semua genre ada menyempit.Harapnya yang tersalah letak tu kau betulkan la ye. Berbulu mata aku menengoknya. Bukan itu saja, aku dan ramai lagi rasa penat bila susah nak cari cerita sedap berdasarkan genre yang betul. Kalau cerita kau sedap jangan risau, mesti ada je yang akan baca. Tak payah kejar ranking. Letaklah dekat genre yang betul. Jadilah penulis yang bijak. Anda mampu mengubahnya.
YOU ARE READING
Nak Menulis?
Non-FictionHimpunan tips penulisan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan (harapnya) juga membantu penulis-penulis baru atau sesiapa saja yang mahu memantapkan mutu penulisan. Gitcheww~ *Jamal sebagai maskot