Hah..buku maya yang ini pun aku tak nak skema. Aku pakai ayat ringkas je la. Baru la terasa mesra dengan mengkome..tak gitu? Apa-apa saja lah.
Tujuan aku buat buku maya bertajuk Nak Menulis? ni untuk mengingatkan diri aku sendiri (yelah, Melayu kan mudah lupa) dan harapan aku supaya dapat membantu sesiapa saja yang baru berjinak-jinak dalam penulisan atau yang nak memperbaiki mutu penulisan.
Bacalah kalau rajin. Aku himpunkan semua tips yang aku dapat dari pelbagai sumber dan aku olah supaya senang nak faham. Sebelum tu aku nak minta maaf awal-awal jikalau bahasa aku kasar. Maklumlah, aku dibesarkan macam gitu. Mak aku pun dulu boleh tahan brutal juga, anak dia pula apatah lagi. Ehehe...
*aku baru letak screenshot ni pada 31 Julai 2017. Niatkan di hati yang kau baca tulisan aku di sini untuk improve diri kau dalam penulisan. Jangan cepat sangat nak sentap. Sentap-sentap sangat pun boleh bawa kau ke mana?
*gambar pada cover dilukis sendiri suatu masa dulu, semasa aku bermain Photoshop pada suatu hari. Lukisan ni bertajuk Ayam Seksi. Nampak ke tak mata ayam yang nampak menggoda tu? Aku pun tak tau lah apa aku fikir masa melukis benda ni.
*Alamak gambor ayam tak leh upload pulak..besar sangat gamaknya, 238kb. Nanti tengah malam la aku upload balik. Internet siang ni biasa la..macam sakai sikit.
YOU ARE READING
Nak Menulis?
Não FicçãoHimpunan tips penulisan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan (harapnya) juga membantu penulis-penulis baru atau sesiapa saja yang mahu memantapkan mutu penulisan. Gitcheww~ *Jamal sebagai maskot