13.Flashback

2.2K 234 100
                                    

Kali ni aku nak bagi panduan macam mana nak tulis adegan flashback. Aku perhati-perhati, ramai juga penulis yang masih tak tau macam mana nak ceritakan pasal flashback ni. Aku selalu jumpa yang jenis macam ni...

Flashback

Hazrina menuangkan air di dalam cawan berwarna putih itu, kemudian menjemput tetamunya untuk minum. Sesekali matanya meliar memandang ke arah luar rumah, ke arah adiknya yang sedang seronok bermain dengan kereta kawalan jauh yang baru dibelinya semalam. Hazrina tersenyum. Dapat juga ditunaikan permintaan adiknya yang seorang itu.

BAMM!!

Bunyi berdentum kedengaran dari luar. Hazrina tersentak. Segera dia bangun dan menjenguk dari tingkap. Terus dia berlari keluar mendapatkan adiknya yang sudah berlumuran darah di kepala. Sekejap saja dia leka, adiknya sudah dilanggar kereta. Rasa bersalah kian menebal sewaktu adiknya semakin lemah dan mula memejamkan mata.

End Flashback

Tak cantik la buat macam ni. Bagi aku  dia macam mengganggu pembacaan. Rimas aku tengok. Mana ada penulis buku-buku dekat pasaran tu buat macam ni. Jadi, aku nak sampaikan apa yang aku dah belajar. Buang perkataan 'flashback' dan 'end flashback' tu. Huduh bebenor.

Sebelum kau nak menulis flashback, pastikan flashback tu akan menambah nilai dalam cerita kau. Maksudnya cerita kau akan jadi lebih bagus dan lebih mantap dengan adanya flashback tu. Kalau tak perlu, baik tak payah letak.

Selain dari tu, flashback ni hanya boleh digunakan bila tak ada cara lain untuk menjelaskan maklumat penting kepada pembaca. Meaning, kejadian tu memang dah jauh berlalu dan tak mungkin akan berulang. Tak mungkin berulang tu mungkin salah satu sebabnya, watak dalam masa lalu tu dah meninggal.

Okey, kat bawah ni antara cara menulis flashback.

#1. Mulakan dengan dialog.
Contohnya:

Hazrina duduk di kerusi menunggu di luar dewan bedah. Dia sudah tidak tahu mahu rasa apa. Yang dia pasti, sekarang dia menyesal kerana membiarkan adiknya itu bermain seorang diri di tepi jalan.

"Kak Rina..adik nak kereta tu." Dialog yang pernah dituturkan adiknya kembali bermain di layar fikiran.

"Lain kalilah, dik..akak nak guna duit ni. Nak beli ayam, nak beli ikan, daging."

"Tapi hari tu akak dah janji."

Hazrina berfikir sejenak. Nampaknya dia perlu batalkan niatnya untuk membeli daging. Sekali-sekala gembirakan hati adiknya tak salah kan?

#2. Gunakan satu trigger yang boleh membuatkan watak tu teringat.

Macam dalam kehidupan seharian kita pun, kadang bila kita duduk-duduk dan pandang gambar atau sesuatu barang pun boleh teringat pasal kenangan kan? Atau kita pergi ke satu tempat, mesti ada kenangannya ye dop? Macam tu jugaklah bila kau nak cerita yang watak tu sedang nak flashback. Contohnya :

Setelah seharian berpenat lelah di pejabat, Qasrina mengambil keputusan untuk singgah sebentar di Ruby Cafe. Sudah lama dia tidak ke situ.

'Masih sama macam dulu.' Detik hatinya sewaktu masuk ke dalam.

Seorang pelayan membawanya ke tempat duduk di sudut kanan kafe. Tempat yang sama waktu dia mula-mula ke kafe ini suatu masa yang lalu. Tak semena-mena, kenangan itu muncul semula. Kenangan sewaktu Fayyad membawanya ke sini dulu.

#3. Isyaratkan kepada pembaca yang kau sedang membawa mereka ke dalam flashback dan keluar dari flashback.

Kau kena pandai atur ayat sebelum flashback dengan waktu nak keluar dari flashback. Sebelum nak masuk dalam flashback, bagitau yang watak tu sedang teringat atau kenangan kembali terlayar di fikiran atau terkenang semula atau yang sama waktu dengannya.

Nak keluar dari flashback pun kena kasi tau. Karang pembaca ingat flashback tu tak habis-habis pulak. Kan ke payah tu. Gunakan sesuatu untuk membuatkan watak tu keluar dari flashback. Contohnya waktu dia tengah flashback tu ada barang terjatuh ke atau ada orang sergah ke atau dia terhiris jari ke..ikut kreativiti kau. Jangan malas berfikir. Flashback ni boleh jadikan cerita kau menarik dan lebih senang difahami sebenarnya, kalau kau pandai atur.

Nah aku kasi contoh petikan dari SINIS :

Senja itu Ajaa menolong aku dari sediakan bahan, sukat tepung, putar gula dan mentega, sampailah tolong meletak adunan kek ke dalam ketuhar. Sempat lagi kami main calit-calit tepung tadi. Aku rasa seronok sangat. Tak pernah aku rasa seronok macam ni. Lagipun aku mana pernah masak bersama sesiapa. Aku masak seorang saja sejak darjah empat, sejak aku pandai memasak.

     
Tak semena-mena aku teringat pula satu peristiwa dengan mak aku. Satu peristiwa di mana kepala aku habis diselaputi dengan bubur kacang hijau. Mak aku curah seperiuk kecil bubur kacang hijau ke atas kepala aku hanya sebab aku masak bubur tak sedap. Iyalah, waktu tu aku baru darjah tiga. Baru mula belajar memasak. Teruk aku kena marah, siap kena pukul dengan penyapu lidi. Aku lap dan mop lantai sambil mengalirkan air mata. Aku tak boleh menangis kuat-kuat, mak aku tak suka. Nanti lagi teruk aku kena kalau nangis kuat-kuat.

 
"Haa..berangan apa tu?" Ajaa mencucuk pipi aku dengan jarinya.

Nampak tak kat situ yang watak tu teringat peristiwa dengan mak dia, yang juga pernah berlaku di dapur. So dapur tu kira trigger la. Dan perkataan 'teringat' tu menunjukkan yang dia nak flashback. Lepas tu watak tu keluar dari flashback bila Ajaa tu cucuk pipi dia. Dia tersedar la masa tu dan kembali pada masa sekarang. Gitu.

Macam tu la serba-sedikit cara nak ceritakan pasal flashback dalam cerita. Kalau ada kemusykilan ke tak faham ke apa, kau tanya je la. Selagi boleh jawab aku jawab. Jangan malu-malu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nak Menulis?Where stories live. Discover now