2. Research

3.1K 409 140
                                    

Sebelum kau nak menulis, aku sarankan kau buat research dulu. Kau fikirkan dalam otak kau nak buat cerita apa, genre apa, berdasarkan apa and so on. Fikir, fikir, fikir. Lepas tu kau cuba agak-agak apa yang berkaitan dengan cerita yang kau dah rangka dalam kepala otak kau tu. Kau search lah apa yang berkaitan tu.

Sebagai contoh, sepanjang aku menulis SINIS aku memang banyak buat research. Iya, SINIS tu nampak je macam aku tulis bodo-bodo dan santai nak mampos. Tapi lama jugalah aku buat research untuk apa-apa benda yang aku tak tau. Fasal perasaan dan rasa nak membunuh tu memanglah dah ada dalam diri aku, sebab itulah aku luahkan tu. Aku nak elak kemurungan dan elak dari buat benda tak baik. Maklumlah, bila kau sorang-sorang ni macam-macam setan dok berbisik. Aku ni pun boleh tahan macam setan juga.

Benda yang aku tak tau tu antaranya macam APA RASA DAGING MANUSIA, APA WARNA DAGING MANUSIA, CARA-CARA PELUPUSAN MAYAT, CARA SEKSAAN dan banyak lagi. Aku juga baca kisah-kisah sebenar fasal pembunuh-pembunuh bersiri. Kat Google je aku cari. Paling aku suka baca banyak kali adalah fasal Ted Bundy. Tapi aku nasihatkan korang buat research ni dalam bahasa Inggeris lah. Maklumlah, maklumat dalam bahasa Inggeris ni kan lagi senang nak dapat dan lagi meluas. Selain tu kau dapat elakkan plagiarism apabila kau baca, kau hadam dan kau terjemahkan apa yang kau faham tu.

Tak rugi pun kalau kau habiskan masa untuk research ni. Sebab apa? Sebab dengan buat research kau dapat hasilkan cerita yang realistik, yang membuatkan cerita kau hidup (nampak real) dan berkemungkinan besar pembaca dapat menghayati dan masuk dalam cerita kau dengan lebih mudah. Selain tu nampak la kau ni bijak. Takde la hentam keromo je. Dan yang lagi best, kau dapat tambah pengetahuan.

Nak Menulis?Where stories live. Discover now