10. Idea Mahal

3.4K 257 146
                                    

Kau nak menulis cerita bergenre romance contohnya, tapi tak tau nak buat jalan cerita yang macam mana, cerita tentang apa. Fikir punya fikir punya fikir, kau skodeng cerita orang. Lepas tu kau pun mulalah mengarang ayat lebih kurang macam kat bawah ni.

Disebabkan tidak mahu membantah keputusan mamanya, Tengku Alisya dipaksa untuk berkahwin dengan Tengku Adrian, anak kepada Tengku Mukhriz kawan kepada papanya.

Kalau kau jenis lebih kurang macam aku, mesti kau dah roll eyes bila nampak perkataan 'Tengku', apatah lagi bila ternampak perkataan 'dipaksa untuk berkahwin' tu. Bapak punya klise tahap tenuk. Asyik-asyik kahwin paksa, asyik-asyik kahwin paksa. Kemon ahh..

Bila pembaca dah terlalu banyak baca cerita sebegini, apabila dia nampak saja sinopsis cerita tu yang seakan-akan kahwin paksa juga, selalunya dia tak nak baca dah. Selain tu, pembaca akan assume yang cerita kau ni sama je sebijik macam cerita-cerita yang kahwin paksa tu. Jadinya, dah tak seronok baca. Dah takde surprise, dah takde thrill.

Jadi, macam mana kau nak dapatkan idea yang mahal tu? Yang tersendiri, unik dan tak ada pada cerita-cerita lain? Yang akan membuatkan pembaca kau tergila-gila menunggu update?

Caranya adalah dengan menulis sesuatu yang hanya kau saja yang boleh menulis. Apa yang kau ada takde pada penulis lain. Macam mana tu? Ceritakan la sesuatu yang berbeza, yang antaranya kau lalui sendiri. Setiap manusia cenderung untuk menghadapi pengalaman yang berbeza. Mana ada semua orang dalam dunia ni kena kahwin paksa kan? Buat sesuatu yang logik, yang pembaca boleh relate, yang boleh timbulkan rasa ingin tahu. Sebagai contoh :

Bagi Junita, lelaki hanya mementingkan rupa. Dua puluh kali ditinggalkan lelaki, dia sudah tidak punya apa-apa lagi rasa kepada makhluk bernama lelaki. Sakitnya rasa itu hanya dia dan Allah saja yang tahu. Biarlah dia habiskan sisa hidupnya dengan kerja dan tiga ekor kucing yang dianggap seperti anak sendiri. Namun semuanya berubah apabila dia bertemu Nazli, seorang lelaki pendiam yang dikenali tanpa sengaja di kafe kucing. Mungkinkah akan ada rasa itu?

Kalau nak dibandingkan dengan cerita kahwin paksa, bagi aku cerita yang di atas ni lagi menarik. Suatu yang lain, bukan yang klise. Ingat senang ke dia nak percaya lelaki kalau dah 20 kali kena tinggal? Jadi pembaca akan tertanya-tanya, apa yang ada pada Nazli yang membuatkan Junita berubah rasa? Atau Junita memang tak berubah rasa pun lepas tu dia hidup sorang-sorang jugak? Haa..itu yang menimbulkan rasa curious tu. (Idea aku tu, kau jangan amik lak.)

Cara untuk kau dapatkan idea yang mahal ni salah satunya, kau senaraikan cerita atau pengalaman kau sendiri. Selain dari tu, kau juga boleh minta family, kawan atau sesapa yang kau kenal untuk bercerita pengalaman diorang. Tengah lepak-lepak, tengah santai tu kau borak-borak la. Kadang cerita sebenar ni lebih menarik, lebih realistik. Cerita cinta mak ayah kau dulu-dulu mesti lain dari kisah cinta tipikal novel kan? Cerita cinta kawan kau yang tak berapa handsome atau tak berapa cantik tapi dah kahwin, mesti lain daripada yang lain punya kan? Yang ada kelainan macam tu lah selalunya lebih menarik.

Kau lepak kat kedai makan sorang-sorang pun kadang boleh dapat idea juga. Curi-curi la dengar perbualan orang. Selain kau dapat dengar cerita orang, kau juga dapat lihat karakter dia, dengar suara dia dan skodeng juga kawan-kawan dia, yang kau boleh masukkan semuanya dalam cerita. Kan bermanfaat tu, daripada kau lepak menung je.

Kalau kau nak buat cerita romance campur fantasy pun apa salahnya. Atau ada dongeng sikit ke. Barulah ada kelainan. Contohnya cerita pasal seorang wanita yang bercinta dengan ikan duyung lelaki. Atau wanita yang bercinta dengan hantu yang sebelum ni selalu kacau dia malam-malam. Atau wanita yang bercinta dengan watak anime yang jadi nyata. Dan banyak lagilah idea yang kau boleh fikirkan.

Idea sebenarnya banyak je. Otak kita ni Allah buat boleh memikirkan banyak benda. Cuma kita je yang kadang-kadang malas. Kembangkan pemikiran kau tu. Berimaginasi dan beranganlah. Nak dapatkan cerita yang power, idea yang mahal ni memang ambil masa sikit, tapi hasilnya tu berbaloi.

Kalau kau nak buat cerita thriller pun contohnya, tak payah la buat pasal orang kaya pembunuh lepas tu pekerja dia tolong cucikan, buang mayat apa semua. Cerita macam tu pun dah banyak. Apatah lagi watak orang kaya ni dah terlalu lah banyak digunakan. Kau ingat ramai sangat ke orang kaya dalam Malaysia ni? Kau sendiri pun tak kaya sampai nak ada butler dengan 5 orang gaji dalam satu rumah. Bila dia kaya, tak susah untuk dia hapuskan bukti ke apa. Nak menculik pun boleh upah orang. Kalau tak kaya, pembunuh tu perlu jadi kreatif untuk mencekup, membunuh dan menghapuskan bukti. Itu yang menarik tu.

Sebagai contoh, aku amik salah satu cerita aku, SINIS. Aku tak buat watak dia kaya. Aku buat watak kebanyakan je. Dengan itu pembaca boleh relate dengan kehidupan diorang. Watak utama perempuan pulak tu. Pembunuh kan selalunya orang buat lelaki. Bila aku buat macam ni, orang akan sedar dan berhati-hati. Perempuan pun boleh jadi bahaya juga. Haa..jaga-jaga. Jangan terlalu mudah nak sakitkan hati orang. Dah kena seksa, kena takik baru kau tau erti penyesalan.

Di samping itu aku juga sangatlah suka kalau penulis meletakkan pengajaran dan nasihat dalam cerita diorang. Kau ni mesti la selalu dapat nasihat kan, sama ada dari family, dari kawan-kawan atau dari sesiapa saja, secara langsung dan tidak langsung. Kadang kau dapat pengajaran dari buku-buku yang kau baca atau dari apa yang kau belajar dan fikir. Masukkan la sekali. Selain cerita kau nampak menarik, akan ada juga pahalanya nanti. In Shaa Allah.

Sebagai contoh, aku ada selitkan pasal aurat lelaki dalam SINIS tu. Masa scene diorang lepas makan sup tulang Ajaa tu, kan Khalis ada angkat baju dia ke atas dan nampak pusat. Nak selitkan nasihat atau pengajaran ni, jangan nampak obvious sangat. Kau cerita santai-santai je. Benda santai ni lagi senang orang terima. Takde la diorang terasa macam kena judge. Gitu.

Elakkan untuk membaca karya orang lain yang sama genre dengan cerita kau, masa kau tengah buntu nak sambung jalan cerita. Hal ini boleh menyebabkan kau cenderung untuk meniru hasil kerja orang lain, sama ada secara sengaja atau tak sengaja. Kalau nak baca cerita orang, kau baca genre lain. Sebab tu lah aku lebih galakkan kau baca je banyak-banyak dulu, lepas tu baru mula buat cerita. Kalau buntu, pergi buat research. Atau kau pergi lepak, atau sembang dengan kawan. Aku banyak kawan internet je. Semua ni lagi berkesan berbanding baca karya orang. Bagi aku la. Mungkin berkesan untuk kau juga.

Nak Menulis?Where stories live. Discover now