Dialog merupakan antara yang terpenting dalam sesuatu cerita. Dialog yang kau buat sepatutnya dapat jadikan cerita kau lebih menarik dan pembaca dapat kenal karakter-karakter dalam cerita secara tidak langsung. Jangan la semua watak pun cara bercakap sama je. Macam pelik pulak semua orang dalam cerita kau karakter dia sama.
Selain tu elakkan menggunakan perkataan 'kata dia', 'kata Amin', 'kata Sakinah'. Pembaca pun bosan bila kau pakai perkataan 'kata' tu saja setiap kali lepas dialog. Kalau sekali-sekala tak apa. Kau gantikan la dengan perkataan yang sama erti, contohnya 'bersuara', 'bertutur', 'bercakap'. Atau kau masukkan perbuatan watak tu selepas dialog, supaya pembaca tau yang bercakap tu watak ini dan itu. Tak ada la pembaca fening bila dialog berderet-deret tapi tak tau siapa yang bercakap. Aku bagi contoh :
"Aku rasa macam nak makan chicken chop lah." Kata Amin.
"Kalau kau nak makan chicken chop yang sedap, dekat Aini's Café lah." Kata Sakinah.
"Jom lah. Aku pun dah lapar sangat ni." Kata Amin.
"Jom, jom." Kata Sakinah.
Walaweiii bosan giler aku baca dialog yang macam ni. Banyak kali juga la aku jumpa. Lagi satu aku paling kerap jumpa yang jenis macam ni :
Arriyana : Semalam awak kata nak bawa saya pergi makan rojak buah.
Najib: Alamak! *tepuk dahi* Saya lupa. Saya minta maaf tau.
Arriyana : Awak ni selalu je lupa. Nak merajuk la. *mulut muncung*
Najib : Alah..jangan la merajuk.
Apakah iniiiiii?? Semak kepala hotak betul bila aku jumpa dialog yang macam gini. Macam manalah boleh wujud dialog yang macam ini entah. Mungkin sebab dia ikut format dialog macam dalam karangan sekolah kot. Kau fikir logik, selama kau baca buku dekat pusat sumber atau buku yang kau beli, ada ke penulis yang buat dialog macam gini?
Aku ada nampaklah komen yang menegur, cakap dialog macam ni tak berapa sesuai untuk cerita. Memanglah tak salah, tapi TAK SESUAI. Dah tu pulak, penulis dia melenting. "Cerita aku, ikut suka aku la nak buat macam mana pun. Sibuk je. Tak suka tak payah baca." Lebih kurang macam gitu la penulis dia balas komen. Sekali lagi aku nak nasihatkan, jangan sesekali rasa diri kau bagus sampai langsung tak boleh terima teguran orang. Dia tegur tu sebab dia nak kau jadi lebih baik dalam penulisan. Kalau cerita kau dah perfect sampai tahap terjual ke serata dunia tu kot la kau nak melenting bagai bila orang tegur. Ini teguran membina pun nak melenting. Pebendeee tah. Lagi satu yang jenis macam ni :
"Sedaplah nasi kerabu Mak Konah ni. Dah dua bungkus aku makan."
"Itulah kau, kan aku dah cakap. Sekali makan nasi kerabu Mak Konah mesti kau nak lagi."
"Dia meniaga tak esok?"
"Selalunya dia niaga je hari-hari. Kenapa wei?"
"Esok kau beli lagi untuk aku wei. Aku nak tiga bungkus."
"Beres!" Fizi mengangkat ibu jari.
Kalau yang macam ni, dari tadi Fizi saja yang bercakap ke macam mana tu? Haa..tak ke pembaca confuse nanti?
Yang kat bawah ni antara contoh dialog yang kau boleh buat rujukan :
"Kalau sorang pun tak nak mengaku, aku rodok benda ni masuk dekat anu korang. Nak ke?" Aku tunjuk pisau di tangan.
"Kau gila ke Yun?!" Mata aku terus terarah pada Syafiqa yang baru saja mengeluarkan suara.
"Nak tau aku gila ke tak kau senyap la. Tunggu aku rodok benda ni."
"Aku..aku yang..ter..terberak. Aku tak tahan.." Farah bersuara perlahan. Dia menunduk.
"Kau makan apa berak bau macam apa lagi? Jenuh la nak bagi hilang bau. Tak guna betul!"
Kau nampak tak kepelbagaian dekat situ? 'Mata aku terus terarah pada Syafiqa yang baru saja mengeluarkan suara.' Kat situ pembaca nampak yang dialog "Kau gila ke Yun?!" tu baru saja diucapkan oleh Syafiqa. Selain tu ayat 'Farah bersuara perlahan. Dia menunduk.' Juga menunjukkan yang Farah baru saja bercakap, diikuti dengan pergerakan badan dia yang sesuai dengan dialog. Dah terberak, mesti la menunduk sebab malu. Takkan la takde rasa malu lepas dah terberak. Nak tak nak, memang bila kau nak menulis ni kau kena pandai lakonkan semua watak yang ada dalam cerita kau. Sedaya-upaya lah kau jadikan watak kau tu hidup.
Contoh lain :
Omar bangun, menuju ke tempat tergantungnya kunci. Dia mencapai kunci keretanya. "Aku nak keluar."
"Awak, tolonglah jangan buat macam ni. Penat saya masak nasi ayam ni semua. Awak langsung tak sentuh. Kenapa awak buat saya macam ni?" Fathia bersuara dalam nada sebak.
"Kau diamlah perempuan! Aku kahwin dengan kau bukannya atas kehendak aku!" Habis saja berkata-kata, Omar terus melangkah keluar dari rumah sewa itu. Langsung tidak kisah akan Fathia yang mula mengalirkan air mata.
Kat atas ni kau boleh nampak gabungan dialog bersama perbuatan. Boleh nampak flow ceritanya tu kan?
*Apa pasal banyak dialog berkaitan makanan ni?
YOU ARE READING
Nak Menulis?
Non-FictionHimpunan tips penulisan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan (harapnya) juga membantu penulis-penulis baru atau sesiapa saja yang mahu memantapkan mutu penulisan. Gitcheww~ *Jamal sebagai maskot