#3. 3rd Person POV
Sudut pandang orang ketiga ni sangat sesuai digunakan oleh penulis baru. Aku pun banyak guna sudut pandang yang ni masa mula-mula menulis dulu. Sebagai contoh, karya pertama aku kat wattpad ni yang bertajuk Indahkah Hidup? Dan karya seterusnya, Cintaku Sepanjang Namamu. Ada lagi satu cerita, tapi aku dah unpublish sebab stuck teruk.Lebih mudah menulis guna POV yang ni sebab penulis jadi orang ketiga, yang tau semua benda. Jadinya, tak ada sebarang limitation dalam bercerita. Penulis akan dapat bercerita apa saja yang dilakukan, didengar, dirasa dan dialami semua watak dalam cerita. Mudah untuk penulis bergerak dari pandangan satu watak ke watak yang lain tanpa mengelirukan pembaca.
Contoh:
Zaini memandang ke bawah, menjatuhkan pandangan pada kasutnya. Tapi otaknya mestilah bukan berfikir pasal kasut. Masalah dengan Pakcik Aziz dah selesai, timbul masalah cinta dengan L pula. Kenapalah si L ni boleh suka dia? Serius dia rasa pelik. Apa saja yang ada pada dia?
Contoh lain:
Tepat pukul 7.26 malam, Najib bersiap-siap di biliknya. Dia menyarungkan baju melayu birunya yang lengkap dengan sampin dan tanjak berserta keris tersemat di pinggang. Dia perlu berpakaian kemas untuk melaksanakan tugas pertamanya. Nampaknya malam ini akan ada darah yang tumpah. Akan ada perut yang dibelah. Dan akan ada yang terkorban akibat diseksa.
Emm..maksud Najib, dia nak siang kambing.
Kelebihan 3rd Person POV
•Penulis seakan memiliki akses penuh untuk tahu segala pemikiran serta perasaan karakter, membolehkan penulis bercerita dengan lebih jelas dan terperinci, tanpa terbatas pada satu-satu karakter saja. Penulis juga boleh bercerita apa yang tak diketahui oleh watak utama.•Tak semestinya watak utama akan survive di akhir cerita. Jadinya, akan menimbulkan saspen dan tanda tanya.
Kelemahan 3rd Person POV
•Penulis seakan menceritakan dari jauh, menyebabkan pembaca kadang-kadang susah untuk attach dengan watak dan cerita.•Cerita akan nampak kurang real, berbanding menggunakan 1st person POV.
•Mungkin menyebabkan cerita jadi agak kaku dan membosankan.
![](https://img.wattpad.com/cover/111733054-288-k513081.jpg)
YOU ARE READING
Nak Menulis?
NonfiksiHimpunan tips penulisan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan (harapnya) juga membantu penulis-penulis baru atau sesiapa saja yang mahu memantapkan mutu penulisan. Gitcheww~ *Jamal sebagai maskot