▶006

83 9 0
                                    

“KAU pekak ke, bodoh?! Aku suruh alihkan lampu dari phone bangang kau tu, kan?!” tengkingnya. Aku tersentak.

Fine.”

Tangan aku jatuhkan dari wajahnya yang bengis. Sikit-sikit nak angin. Entah apa masalah mamat ni pun aku tak tahu.

“Kejap, tadi kau kata kau nak tidur? Kenapa kau nak tidur dekat sini pulak?” aku menyoal pelik. Dah mereng ke apa Muin ni? Tidur dekat stor? Errrr. Wicked.

“Suka hati akulah!”

Sikit-sikit nak membentak. Menyampah aku. Mata aku julingkan ke atas. Tiba-tiba rasa menyesal pula risau pasal dia tadi. Kalau inilah apa yang aku dapat selepas hati aku galau fikirkan dia, baik aku balik aje rumah dan.. Tidur!

“Balik rumahlah kalau nak tidur pun,” suara aku lembutkan. Jelas aku sedang memujuknya untuk dia balik. Orang yang panas baran ni, kena dibalas dengan kelembutan. Lama-lama dia cool lah.

“Aku tak ada rumah.”

Tak berkelip mataku memandangnya dalam gelap. Dia masih dalam posisi yang sama dengan mata yang terpejam rapat.

“Kau tak ada rumah? Penipu besar,” balasku. Tapi dua perkataan di hujung bicaraku, suaraku hendak tak nak sahaja keluar. Sebab apa? Sebab aku takut dia mengamuk. Diakan baran bak kata semua orang dekat sini.

Aku menguap besar. Ngantuk giler! Dan sekarang aku nak balik. Tak kuasa aku nak melayan mamat ni. Dia nak tidur dalam stor ke, atas jalan ke, apa kaitannya dengan aku? Betul tak?

Dia tidak membalas kata-kataku. Sebaliknya aku terdengar dengkuran halus. Like seriously?! Dia boleh tidur dekat tempat yang berhabuk, gelap dan panas macam ni? Gila! Mamat ni memang betul-betul tak betul.

Aku memusingkan tubuh ke belakang. Tombol pintu bilik stor ini aku pulas tapi tersekat. Berkali-kali aku cuba tetapi masih sama. Ro.. Rosak ke? Sebab tu ke tadi ada kotak yang menghalang pintu ni daripada tertutup?

Ya Allah, takkanlah aku terkunci dalam ni kut?! Dengan.. Muin pulak tu. Aku mula gelabah. Berpuluh kali aku cuba memulas tombol pintu. Namun, kehampaan yang aku dapat. Aku tolak pula pintu ini dengan kedua-dua belah tangan. Tidak cukup dengan itu, aku hempas, aku tendang.

Tapi..

Ianya tetap tidak terbuka.

Air mata sudah berkumpul di pelupuk mata. Mak.. Aku mula tersebik-sebik. Aku toleh ke belakang. Muin masih tidur dengan nyenyaknya. Langsung tidak sedar aku yang sedang susah hati ini.

Pantas aku hidupkan telefon. Aku kena hubungi sesiapa untuk datang ke kedai sekarang juga! Aku cari nombor telefon Faiz kemudian pantas aku mendailnya. Skrin telefon aku lekapkan pada telinga sambil sebelah tangan lagi mengipas-ngipas mukaku yang berpeluh. So hot!

Hello.” Suara Faiz menyapa telinga. Syukurlah dia tidak tidur lagi.

“Faiz, boleh tolong saya tak? Urgent,” pintaku. Sekejapan mataku mengerling mamat yang sedang syahid tidak ingat dunia itu.

“Tolong apa Yatt? Untuk awak, apa pun saya boleh buat.” Dia gelak. Aku menggigit bibir bawah. Kalau tidak kerana terpaksa, memang no waylah aku nak tagih bantuan dia. Terdesak okey!

“Boleh tak awak da.. Hello? Hello?!” tiba-tiba talian terputus. Aku menjerit namanya tapi langsung tiada sahutan. Aku memandang skrin telefon yang gelap. Laaa.. Bateri kong ke? Allahu! Lagi satu masalah mai. Eottoke?

“Arghhh! Masa nilah kau nak mampus. Kenapalah kau suka menyusahkan aku wahai telefon pintar?” monologku sendiri. Telefon di tangan ku ketuk ke dahi perlahan. Serabut! Siapa aku nak mintak tolong ni? Takkan nak terkurung dalam ni sampai pagi besok? Tak naklah. Lagi-lagi kena berdua dengan.. Mamat tak waras ni.

BAD BOYWhere stories live. Discover now