AKHIRNYA hari ini pun tiba. Family day warga #TeamWork! Yeeeehaaaaa!
Akulah yang paling gembira sebab inilah kali pertama aku mengikuti hari keluarga apabila sudah bergelar staf tetap. Kak Ha menumpang keretaku ke Port Dickson. Kami bertolak seawal pagi kerana takut sampai lambat. Hari keluarga ini diadakan selama dua hari satu malam aje. Kedai kami manalah boleh tutup lama-lama.
Di dalam kereta, radio aku pasang untuk mengelakkan kebosanan. Sambil memandu, mulutku turut menyanyi mengikut lagu yang dipasang oleh deejay. Sesekali Kak Ha menyelit sana. Jariku mengetuk-ngetuk stereng kereta. Lagi senang lalu jalan dalam. Kurang sesaknya.
Melalui sepanjang jalan di Tanjung Sepat, kami sama-sama berpaling ke sebelah kanan. Laut terbentang luas di situ dan dapat dilihat dengan jelas.
“Jadi ke kak nanti nak buat surprise tu?” soalku. Dia yang sedang ralit menscroll tweet followingnya aku kerling. Sebenarnya sampai sekarang aku tak tahu apa bestnya Twitter tu. Tweet, retweet. Apa tu hanat?
“Jadilah kut. Awatnya?” tanya dia balik.
Aku memberhentikan kereta ketika lampu isyarat bertukar merah. Kali ini, aku memperoleh peluang untuk memandang wajah Kak Ha sepenuhnya. Amboi orang tua ni. Syok benar main tweet-retweet.
“Kek dah beli ke?”
“Dah. Hang tak usah risaulah. Taulah Rin dengan Faiz handle,” jawab Kak Ha acuh tak acuh. Aku mendengus. Kalau sebelum ni, dia ralit tercongok depan TV melayan Aaron Yan kesukaan dia tu, la ni.. Handphone jadi keutamaan. Yelah, dalam kereta ni mana ada televisyen! Ceit.
“Yatt bukan apa kak. Takut plan je beriya, last-last habuk pun tarak.”
Aku menekan pedal minyak. Kereta kembali menderu jalan pagi itu.
“Hang percaya je dekat budak dua ekoq tu. Taulah depa buat kerja. Dah, jangan kacau Kak Ha. Nak main Twitter pun payah lagu ni,” marah Kak Ha. Aku memberikan jelingan tajam. Beringat sikit Kak Ha yang Kak Ha tu tengah dalam kereta Yatt. Bila-bila masa je Yatt boleh tendang keluar. Antara nak dengan tak nak je ni.
“Hotel tempat kita menginap tu mak cik sedara Faiz punya, kan?”
“Kata dia lagu tulah. Best jugak hotel mak sedara dia tu. Ada swimming pool. Dekat dengan pantai. Senang cerita, serba-serbi cukuplah!” galak Kak Ha bercerita. Aku terangguk-angguk.
“Akak pernah menginap dekat sanalah kiranya ni?” Mataku sekejap-sekejap memandang skrin telefon yang sedang terpasang aplikasi Google Maps dan jalan raya di hadapan. Lancar aje aliran trafik jalan dalam ni. Tak ada pun tersekat-sekat, tersendat-sendat.
“Hang pikiaq akak reka cerita ka semua tu? Sebab akak pernah tinggai situlah, akak berani cerita!” balas Kak Ha bengang. Aku tergelak.
“Amboi, maroh,” sakatku.
Selepas hampir satu jam setengah memandu kereta..
“In 300 metres, turn right,” arah ‘wanita’ di dalam Google Maps. Aku patuh. Belok sahaja ke kanan, terpampang pintu gerbang masuk ke dalam perkarangan Ruby Hotel, Port Dickson.
“Dah sampai.. Ehh, apahal kereta ni?”
Aku pantas menekan brek. Kebetulan ada sebuah kereta dipandu keluar dari perkarangan hotel. Kereta berwarna putih itu yang seperti sengaja mahu merempuh hadapan keretaku kami pandang. Jantungku berdegup kencang. Nasib baik aku sempat tekan brek. Dan nasib baik kereta kami tak bercium!
YOU ARE READING
BAD BOY
Romance[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...