AKU perhatikan sahaja sikapnya sejak hari pertama aku bekerja di sini. Pelik. Memang pelik. Tak bercakap. Langsung tak bergaul dengan pekerja yang lain. Tak macam aku. Sehari kerja, sudah kenal banyak orang. Kak Ha yang sporting, Khayrin yang pemalu, Sofea yang kaki sembang, Faiz yang loyar buruk dan ramai lagi. Semuanya menerima aku dengan lapang dada kecuali mamat seorang ni.
Muin.
Pernah jugalah aku risik pasal mamat yang tak pernah menanggalkan beanie kelabu asap itu kepada Kak Ha. Kata Kak Ha..
"Dia memang gitu. Tapi dia rajin. Sebab tu akak sayang nak buang."
Rajin? Memang aku akuinya. Walaupun lelaki itu tempatnya di bahagian stor, kadang-kadang aku nampak kelibat dia angkut kotak sana, sini. Aku pernah cuba menyapanya, tapi dipalaunya aku.
"Hai." Tangan aku lambai ke arahnya yang baru hendak menuju ke tingkat atas bersama sebuah kotak. Mesti nak restock pakaian yang dah mula habis dibeli pelanggan.
Muin pandang aku sekilas kemudian dengan muka selambanya itu, dia mendaki laju anak tangga. Aku ketap gigi berang. Kalau ya pun, tak mahu layan sebab busy, sedekahlah satu senyuman. Mahangkuk betul!
Tengah hari itu sengaja aku beli nasi berlauk dua bungkus. Satu untuk aku dan satu lagi untuk mamat tu. Taktik sebenarnya untuk rapat dengan dia. Entah kenapa muka bekunya itu seperti menyembunyikan 1001 keperitan. Aku mahu selidik. Mahu tahu.
Laju kakiku menapak ke tingkat atas bangunan. Melilau mataku mencari susuk tubuh tinggi lampai Muin. Namun hanya kelihatan Khayrin sahaja di situ sedang melipat baju kanak-kanak. Aku berjalan menghampirinya.
"Rin, kau nampak Muin?" tanyaku. Khayrin memandangku.
"Muin?" soalnya semula.
Aku membalas dengan menganggukkan kepala.
"Tu ada dekat luar tu. Port dialah macam biasa," jawab Khayrin sambil memuncungkan mulutnya ke arah beranda bangunan. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya seraya mengatur langkah ke arah pintu lutsinar di tingkat dua itu. Kutolak perlahan sebelum menapak keluar. Figura Muin kucari.
Dia.. Lelaki yang aku cari sedang duduk bersandar pada dinding dengan mata yang merenung langit yang sedikit mendung. Lututnya dibengkokkan separas dada. Lama aku merenungnya. Jujur aku kata dia mempunyai raut wajah yang sedap mata memandang dan gayanya ada ala-ala bad boy.
Aku mengumpul kekuatan untuk mendekatinya. Masih segar di ingatan tentang peringatan Faiz hari itu semasa kami berborak dan Muin menjadi subjek utama.
"Awak jangan rapat sangat dengan Muin tu. Dia tak suka orang sibuk hal dia. Dia tu boleh tahan baran jugak. Silap hari bulan, awak dimaki kaw-kaw depan costumer. Better jauhkan diri. Prevention is better than cure, right?"
Amaran yang berbaur hasutan itu pantas aku usir dari dalam benak. Aku setkan minda. Semua orang kalau kena dengan gayanya, mesti senang nak ngam. Kalau kita tak cari pasal, tak adanya orang nak maki tiba-tiba. Betul tak?
"Nah!" Aku menghulurkan bekas nasi berlauk di hadapan mukanya. Lamunannya terganggu. Bola matanya memandang bekas makanan itu sebelum menatap wajahku seketika. Aku jadinya segan apabila direnung begitu. Cukup lima saat berlalu dia kembali memakukan pandangan ke arah hadapannya semula. Aku dihalimunankan olehnya.
Errr..
"Ambillah. Lenguh tangan saya pegang dari tadi ni!" tukasku. Dalam tak sedar, aku mendesaknya.
"Kau siapa?" Jelas terselit nada jengkel dalam percakapannya.
Aku termengap. Lama.
Dia tanya aku siapa? Soalan apakah itu?
ANDA SEDANG MEMBACA
BAD BOY
Romance[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...
