▶017

577 5 0
                                    

KELOPAK mataku terasa amat berat untuk dibuka. Suara orang sedang bercakap tentangku(I guess a doctor maybe) menerpa cuping telinga. Aku cuba mendengar perbualan mereka tetapi suara mereka hanya sayup-sayup kedengaran. Perlahan. Mungkin kerana aku belum 'sedar' sepenuhnya.

Tidak lama kemudian, keadaan jadi senyap semula. Aku masih lagi mencuba untuk mencelikkan mata tetapi seperti ada daya yang menghalang aku berbuat demikian.

"Yatt," sebut seseorang.

Aku mengamati suara itu.

"Bila kau nak sedar? Aku rindu nak dengar suara kau, bergaduh dengan kau," sambung suara itu lagi. Aku terpempan seketika. Muin rindu aku?

"Cepatlah bangun. Kau dah janji nak tolong aku atasi masalah aku, kan? Sekarang, aku nak tuntut janji kau tu," rayunya. Aku terharu mendengarnya. Aku teringin membalasnya tetapi aku tak mampu. Oh, Muin..

"Please wake up, my woman in black," ujarnya lagi sebelum menyepi lama. Kali ini, aku terkejut lebih lama. My.. My woman in black? Apa maksud kata-kata dia tu?

Muin! Jangan pergi! Jangan tinggalkan aku! batinku menjerit sekuat hati.

Aku tersedar ketika langit sudah jingga. Mataku yang sudah kembali celik memandang syiling hospital. Dadaku turun naik dengan laju. Badanku juga berpeluh habis. Tadi tu mimpi atau realiti?

Mataku melingas mencari figura lelaki itu. Sayangnya, bilik ini kosong. Jadi, aku bermimpi?

"Yatt? Hang dah sedar?" soal Kak Ha yang baru sahaja masuk ke dalam wad persendirian aku ini. Aku menunggu juga kut-kut ada bayangan Muin di belakangnya tetapi tiada. Kak Ha hanya sendiri. Sedikit-sebanyak aku berasa hampa.

Aku senyum nipis. Aku bangun dan menyandarkan tubuhku pada kepala katil dengan bantuannya. Aku lihat diri aku sendiri. Berpakaian pesakit. Kak Ha duduk di kerusi di tepi katilku. Di tangannya ada sebungkus makanan. Diletaknya bungkusan itu di atas meja.

"Berapa lama dah saya dekat sini?" tanyaku sambil mata memandang tampang risau Kak Ha.

Kak Ha menaikkan empat jari kanannya. Terus mata aku membuntang besar.

"Empat.. Empat hari?!"

Dia mengangguk sekali. Wajahnya nampak jelas penat. Mestilah dia letih menunggu aku sedar. Setia menemani aku di sini. Baiknya kakak aku seorang ni.

"Habis family day kita macam mana?" soalku lagi. Tiba-tiba rasa nak salahkan diri sendiri. Tentu-tentunya hari keluarga kami tergendala disebabkan aku. Kenapalah aku keluar seorang-seorang malam tu? Hesy. Dah, dah. Nak salahkan takdir pun dah tak guna.

"Cancellah," jawab Kak Ha. Aku mengeluh. Agak dah..

"Sorry, kak. Pasal Yatt, semuanya hancur. Plan kita pun mesti tak jadi, kan?" Serius aku serba salah sekarang ni.

Kak Ha menghadiahkan seuntai senyum manis. Tanganku dicapai seraya diusap.

"Tak ada apalah. Semua orang risaukan hang tau dok? Kecoh satu Port Dickson pasal hang," galak dia bercerita.

"Biar betul kak?" Macam tipu je.. Yang ni aku sambung dalam hati je mampu. Hahaha.

Kak Ha ketawa besar. Kay, dia membongak rupa-rupanya.

"Akak sembang ajelah, Yatt. Hang ni, ambik serius sangat," katanya sambil menepuk-nepuk kekura tanganku. Aku menjeling dia tajam. Geram ni geram.

"Akak, Muin ada datang jenguk Yatt tak?" Setelah sekian lama aku memendam, aku luahkan juga. Tak kisahlah apa yang Kak Ha bakal fikirkan selepas mendengar soalan aku tu. Yang penting, aku nak tahu. Sangat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 30, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAD BOYWhere stories live. Discover now