BILA Kak Ha gerakkan aku untuk bangun pagi itu, aku memberitahunya yang aku tidak sedap badan. Punyalah risau Kak Ha sampai dia ketuk pintu bilik macam nak kasi pecah. Puas aku yakinkannya yang aku okey dan dia tidak perlu bimbang tentang aku. Aku langsung tidak membenarkan dia menjengah masuk ke dalam kamar. Dia pun berlalu ke tempat kerja tanpa aku pagi itu.
Sebenarnya..
Aku tipu je pasal aku tak sihat tu. Terpaksa kay. Sesungguhnya aku langsung tidak punya niat untuk berbohong pada Kak Ha. Aku buat semua ni supaya dia tidak syak yang bukan-bukan kalau aku kata yang benar.
Hakikatnya, aku mengambil cuti pada hari ini untuk pergi ke sekolah yang pernah disebut oleh Kak Ha tempoh hari. Aku mahu berjumpa guru Pendidikan Khas di sana untuk mendapat maklumat lebih terperinci tentang kanak-kanak disleksia dan kaedah pembelajaran mereka.
Aku sampai di SMK Sungai Manggis ketika jarum jam sudah menginjak ke angka 10. Aku berjumpa dengan pengawal terlebih dahulu untuk memaklumkan tujuan aku ke sekolah ini. Pengawal itu meminta aku pergi ke pejabat sekolah terlebih dahulu untuk berjumpa dengan Pengetua.
Betul-betul di sebelah pondok pengawal, terdapat sebuah bangunan berbentuk bulat. Ohhh.. Inilah bangunan yang Kak Ha cerita hari tu. Memang patut digelar Sekolah Bulat!
Kebetulan, waktu itu ialah masa rehat bagi pelajar. Menurut pengawal tadi, pejabat terletak di tingkat satu, blok Bougainvillea. Tapi dekat mana pulak blok tu?
“Dik, boleh tolong akak tak?” aku menegur seorang pelajar perempuan berbaju biru. Pengawaslah ni kut.. Di samping pelajar itu, ada dua orang lagi kawannya yang beruniform putih.
“Ya kak?” jawab pelajar yang bertag nama Filza itu.
“Pejabat dekat mana ya?” soalku. Wajah ketiga-tiga murid perempuan itu aku tenung silih berganti. Mataku dapat menangkap nama dua orang lagi kawannya; Alieya dan Amira.
“Ohh, akak jalan terus je sampai foyer tu. Akak nampak tak blok tu? Naik tangga sampai tingkat satu, then belok kiri. Situlah pejabatnya,” balas Filza. Aku mengerut dahi.
“Dik escort akak boleh tak?” Sesungguhnya aku memang fail mengingat arah tempat.
Tiga murid perempuan itu mengangguk laju. Mereka berjalan mendahuluiku. Tidak sampai lima minit, kami sudah tiba di hadapan sebuah pintu yang tertampal papan tanda PEJABAT padanya.“Terima kasih ya, dik.” Senyuman paling manis aku lemparkan.
“Sama-sama kak,” kata mereka serentak.
Tanpa membuang masa lagi, aku terus masuk ke dalam pejabat. Aku berjumpa dengan Pengetua sekolah ini iaitu Puan Maimunah untuk menceritakan tujuan aku ke sini. Segalanya pasal Muin aku kisahkan. Tiada satu pun kenyataan yang aku dustakan. Ternyata Puan Maimunah turut bersimpati akan nasib lelaki itu. Jadi, dengan baik hatinya dia membenarkan aku berjumpa dengan guru Pendidikan Khas di sini.
“Cikgu, ni ada orang nak jumpa. Nak soal selidik pasal disleksia. Cikgu tak sibuk, kan?” tanya wanita itu kepada seorang guru di blok Kenanga iaitu bangunan khas untuk pelajar Pendidikan Khas.
“Sekarang, saya tengah free. Boleh, cikgu,” sahut wanita yang jelas terpancar aura keibuan pada wajahnya. Mesti lemah-lembut ni, telahku.
Selepas Puan Maimunah berlalu meninggalkan aku di situ, cikgu tadi menjemput aku untuk masuk ke dalam. Aku dibawa ke pejabatnya.
“Sila duduk Puan..?”
“Cik. Cik Zehra. Panggil Zehra ajelah. Tak perlu formal sangat Cikgu..,” ayatku tergantung di situ.
“Tusiah. Cikgu Tusiah,” jawabnya. Aku mengangguk kecil.
“Jadi, apa yang saya boleh bantu Zehra?” dia bertanya cukup lembut. Aku menarik keluar buku tiga limaku bersama sebatang pen dari dalam beg tangan sebelum aku mula menyoalnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
BAD BOY
Romance[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...