“NAMA siapa ya tadi?” soal wanita yang bertag nama FATIHA di dada kirinya kepadaku.
Aku senyum manis.
“Zehra Hayati, kak. Panggil Yatt aje,” sahutku mesra. Pertama kali memohon kerja sememangnya beginilah perwatakanku. Baik, sopan dan mendengar kata. Barulah majikan nak ambil sebagai pekerja.
Bola mataku meliar memandang segenap ruang Pusat Pakaian Hoora-Hooray ini. Boleh tahan ramai juga yang datang hujung minggu ini. Lumayanlah kut kalau kerja dekat sini. Alaa, cari pengalaman aje dulu. Gaji itu tak penting sangat. Pengalaman bekerja itu yang orang akan tanya dulu bila aku nak mohon kerja dekat tempat lain.
“Panggil akak Kak Ha. Ambil accouting dengan business management. Lulusan Oxford lagi tu, awat mohon kerja dekat sini?” tanya Kak Ha penuh dengan nada musykil. Dahinya turut berlapis-lapis.
Aku sudah memikirkan jawapannya lama dah. Sejak aku mengambil keputusan untuk berhijrah ke sini. Ke pekan kecil, Banting.
“Cari pengalaman Kak Ha,” terangku ringkas. Dia terangguk-angguk. Masih ralit menelaah resume aku. Dada aku berdebar sakan juga ni sebab inilah kali pertama aku mohon kerja selepas habis belajar lebih empat tahun di London.
Mintak-mintaklah dapat..
Amin!
“Baiklah, Yatt, kan tadi?”
Aku angguk sekali.
“Esok dah boleh start kerja.”
Mataku terkelip-kelip. Betul ke apa yang telinga aku dengar barusan tadi?
“Betul ke kak?” tanyaku terlampau excited. Kak Ha sengih seraya menggerakkan kepalanya atas dan bawah. Ya Allah, syukur alhamdulillah, Ya Allah. Percubaan pertama aku Kau permudahkan.
Dek terlalu gembira, aku terpeluk tubuh montok Kak Ha. Dia tak marah. Malah, galak gelakkan aku. Fail resume aku kembali bertukar tangan. Aku cium-cium fail itu. Kak Ha hanya mampu menggeleng melihat tingkahku. Gembira oiii!
“Bolehkan jadi cashier?” Kak Ha berjalan ke arah kaunter. Aku mengekorinya laju.
“Saya tak kesah Kak Ha. Janji ada kerja nak dibuat,” jujurku dari lubuk hati. Bila lagi aku nak kerja susah, kan? Sampai bila juga aku nak duduk di bawah naungan atok?
“Akak suka semangat hang. Ni dah ada tempat tinggal ka belum?” dia bertanya cukup prihatin.
Aku menggeleng laju.
Ehhh..
Dia mana nampak! Tengah hadap machine cashier.
“Belum lagi kak. Sekarang ni pun saya stay dekat Gold Coast Morib tu hahh,” jawabku. Susah jugak kalau main terjah aje ke sini. Dahlah aku tak ada teman pun dekat sini. Nak cari rumah sewa pun leceh jugak. Mungkin terpaksalah aku stay dekat Gold Coast Morib tu buat beberapa hari sementara cari rumah untuk menyewa.
“Ya ka? Apa kata hang tinggal aje dengan akak? Akak pun tinggal sorang aje,” cadang Kak Ha. Mata aku mula bersinar bahagia mendengar kata-katanya.
“Sungguh ka Kak Ha?”
Hahh.. Kau..
Tak memasal slang utara Kak Ha yang pekat-likat tu berjangkit dekat aku.
“Sungguhlah! Lepas ni tak usahlah hang bayaq mahal-mahal duduk dekat tempat berhantu tu,” putusnya. Alhamdulillah. Bersyukur gila aku dapat supervisor sempoi macam Kak Ha ni. Baik sungguh.

ANDA SEDANG MEMBACA
BAD BOY
Romance[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...