HUH!
Bebal punya mamat! Buang masa aku aje nak berbaik-baik dengan dia. Alih-alih dia blah macam tu aje. Mahangkuk sangat, kan?
Patutlah!
Patutlah.. Faiz dah siap bagi warning awal-awal. Dia tak nak aku diapa-apakan oleh mamat tu. Ohh, kenapalah aku ni biul sangat tak dengar cakap Faiz?
“Untuk apa? Supaya kau boleh tukar ‘tak suka’ tu kepada ‘suka’? Macam tu?” Suara garau Muin berlegar-legar dalam minda berkali-kali.
Detik yang mendebarkan tengah hari tadi masih terakam kemas di layar mata. Pipiku serta-merta menjadi kebas. Bila terkenang balik, memang rasa nak terjun lombong la ni jugak!
“Arghhhhh!!”
“Hoi, Jenab! Pasai pa teriak-teriak lagu tu? Macam orang nak beranak!” jerit Kak Ha dari luar kamar. Aku menekup mulut sebelum mencicit lari ke arah pintu. Ruang tamu aku tuju. Mesti Kak Ha ada dekat situ. Malam-malam macam ni memang itulah tempat lepaking dia.
“Kak Ha!” terjah aku mengejut. Punggung aku henyak ke atas sofa bersebelahan dengannya. Sejak aku mengenalinya seminggu yang lepas, aku sudah menganggap dia seperti kakak sendiri. Yelah, aku mana ada kakak. Dia pulak tak ada adik. Kebetulan sangat!
“Oi! Hang ni tak boleh nak kasi salam dulu ka?!” marah Kak Ha sambil menampar laju pehaku. Matanya memandangku yang menyeringai, meminta maaf dalam bisu. Sedetik berlalu, dia kembali menatap kaca tv yang sedang menayangkan drama Taiwan.
“Kak, kalau Yatt nak tanya sikit boleh dok?” aku cuba mengalihkan perhatiannya daripada kaca televisyen. Tapi kalau dah namanya hantu drama Taiwan, memang terpaku teruslah menatap wajah pelakon lelaki Taiwan yang kacak-kacak tu.
“Apo dia?” tanya Kak Ha malas.
“Muin tu memang macam tu ek?”
Dahi Kak Ha membentuk kerutan nipis. Dia mula mengalihkan sedikit kepalanya ke arahku.
“Maksud hang? Macam tu macam mana?” soalnya balik.
Aku menggaru kepala.
“Baran?” kataku sambil fikiran mengimbau kembali peristiwa siang tadi.
Kali ini, Kak Ha memberikan sepenuh tumpuannya kepadaku.
“Awat hang kata lagu tu? Hang ada buat dia mengamuk ka?”
Punggungku terasa panas. Aduhh.. Banyak tanya pulak Kak Ha ni.
“Tak. Mana ada! Yatt saja je tanya sebab hari tu Faiz ada kata macam tu,” bohongku. Acahlah kau Zehra! Konon tak ada buat mamat tu marah.
“Akak rasa dia okey aje. Macam akak cakap sebelum nilah. Dia tak bersosial sangat tapi dia rajin. Akak tak kenal dia sangatlah. Cakap pun jarang-jarang. And mostly pasal kerja je.”
Ooo..
“Sebenarnya, siang tadi Yatt tak bagi dia hisap rokok. Yatt rampas rokok dia.” Tiba-tiba jadi serba tak kena kalau tak berkata yang benar.
“What?!” Membulat mata Kak Ha mendengar kata-kataku. Aku tersengih sendiri seraya menundukkan muka.
“Hang ni memang sengaja tempah mautlah, Yatt!” marah Kak Ha beriya. Aku pelik. Kenapa nak hangin sangat?
“Pernah ada kes ke si Muin tu mengamuk, kak?” Tengok cara Kak Ha bersungguh marahkan aku, macam ada.
Kak Ha mengeluh.
“Ada,” jawabnya lemah.
Aku pusingkan badan ke kiri supaya dapat betul-betul berdepan dengannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
BAD BOY
Romance[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...