▶010

76 10 0
                                        

PETANG itu aku menemani Kak Ha ke pasaraya Giant untuk membeli barang dapur yang semakin susut di rumah. Sejujurnya aku paling lemah bab-bab beli barang masakan ni. Rekod paling buruk yang pernah aku ada ialah, aku tidak tahu mana satu halia dan mana satu lengkuas. Alamat meranalah laki aku nanti. Hahaha.

Kerja aku selain teman Kak Ha tawaf satu tingkat ini, aku dikudakan olehnya untuk menolak troli. Banyak cantik betul muka dia. Dia senang-lenang aje melenggang capai sana capai sini.

“Kak, dahlah tu. Banyak dah ni,” pujukku sambil mata memandang segala isi troli. Stok ayam, ikan, udang, telur, minyak masak, roti Gardenia, nugget, maggi segera, Samyang dan aku malas nak senaraikan. Tapi yang pasti bertimbum dalam troli ni dan nampak gayanya Kak Ha tiada tanda-tanda mahu menghala ke kaunter penbayaran.

Sat sat. Ada satu benda lagi.” Dari setengah yang lalu, ayat ini ajelah yang keluar dari mulutnya. Kata satu, padahal beribu! Sembang..

Aku mengeluh. Tanganku masih lagi membelek barang-barang yang diambil oleh Kak Ha. Uish, ini bukan untuk stok seminggu tapi boleh bertahan selama sebulan! Banyak betul.

Aku kembali memandang ke hadapan tetapi nasib aku memang selalunya tidak baik. Aku syak sejak kecil aku memang malang. Yelah, kena tinggal dengan mak ayah lepas tu dijaga pula oleh atok yang.. Malas nak bebel panjang-panjang. Sekarang ni aku ada masalah lagi mustahak.

Hey, watch where are you going, young lady,” suara seoarang lelaki menegur tindakan aku yang hampir sahaja merempuh trolinya.

“Maaf encik. Saya tak sengaja,” aku pantas memohon maaf atas keculasan sendiri. Aku sendiri tidak sedar yang aku terlampau asyik menunduk membelek barang di troli sehingga nyaris melanggar troli lelaki bert-shirt plain itu.

Aku mengangkat muka mahu melihat wajahnya. Mataku membuntang besar menatapnya. Lelaki itu turut membalas renunganku. Tampangnya mengingatkan aku kepada seseorang. Muin.

Tapi..

Riak wajahnya tampak lebih bengis dan juga jauh lebih matang daripada Muin. Jangan cakap ini ialah abang dia..

It’s okay. Just make sure you’ll not bump into others' trollies next time,” katanya tidak bernada. Wajahnya masih lagi sama. Tegang. Dia berura-ura untuk berpaling tetapi dengan kadar segera aku menahannya.

Excuse me?”

Dan dia kembali memandang wajahku dengan renungan yang sukar untuk aku tafsirkan.

Yes?” sahutnya perlahan seakan-akan tidak sudi berbual denganku.

Aku menelan liur sebelum kembali membuka mulut.

“Encik ada adik ke?” soalku teragak-agak. Keningnya terjongket sebelah. Mungkin tidak menyangka soalan itu yang bakal keluar dari mulutku.

Dia angguk kecil. “Kenapa?”

“Nama adik encik..,” aku berjeda seketika. Dia masih lagi setia mendengar tutur kataku yang selanjutnya. Aku menarik nafas dalam.

“Nama adik encik Muin ke?”

Dia senyum. Tapi jelas sinis.

“Maaf. Saya kenal sesiapa yang bernama Muin. Saya rasa cik salah orang,” balasnya. Aku terkaku. Aku yakin mataku tidak berbohong dan mindaku tidak menipu tapi..

“Saya pergi dulu ya?” pamitnya seraya memusingkan tubuhnya lalu menapak meninggalkan aku. Mataku masih lagi memandang ke arah susuk tubuhnya yang tinggi lampai itu. Walaupun kulitnya sedikit gelap berbanding Muin tetapi, wajahnya sangat seiras dengan lelaki itu.

BAD BOYCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang