“ZEHRA melencong ke mana? Setahu uncle, Zehra sepatutnya balik dua minggu lepas, kan? Kenapa baru hari ni kaki jejak dekat Malaysia?” Bertubi-tubi aku dihentam olehnya. Mata yang terpejam rapat menahan keletihan dicelikkan semula. Dia yang sedang memandu kereta dengan tenang aku jeling. Orang nak rehat sekejap pun tak boleh.
Dia yang aku maksudkan ialah Uncle Rafiqi merangkap pak cik angkatku. Hahhh, jangan tak tahu. Dalam dunia ni, bukan setakat mak bapak, abang dan kakak angkat aje. Aku lagi canggih. Ada pak cik angkat tuuuu. Dia merupakan anak angkat atokku, jadi automatically dia menjadi uncle angkatku jugalah. Dia juga seorang inspektor polis di daerah Johor Bahru ini.
“Zehra singgah dekat Rio,” jawabku tak berperasaan. Tahu sebenarnya Uncle Rafiqi risaukan aku. Dan semestinya atok turut risau. Mana taknya kalau aku tak pulang-pulang ke tanah air walaupun aku sudah tamat pengajian lebih dua minggu yang lepas. Mesti diorang ingat aku kena culik dengan mana-mana kumpulan mafia antarabangsa.
“Singgah dekat Rio?!” dia terjerit. Tak payah nak terkejut sangatlah Uncle Rafiqi oiii.
“Hmmm.”
Aku ngantuk sebenarnya. Berjam-jam dalam flight lepastu naik train ke KL Sentral. Kemudian, naik lagi train ke JB. Memang letih. Dan sekarang aku nak tidur.
“London dengan Rio tu bukan dekat kuttt! Ni kalau atok Zehra tau ni, mahu kena kejar dengan senapang patah satu JB,” marahnya. Aku tersenyum kecil. Lelaki berjaket kulit dan berkaca mata hitam di sebelah aku ni pangkatnya sahaja ‘pak cik’. Tapi umurnya hanya tua lima tahun sahaja dariku.
“Atok takkan tahu kalau tak ada yang gatal mulut nak report.” Bukan aku tak tahu perangai mengadu-domba Uncle Rafiqi ni. Sikit-sikit nak lapor dengan atok. Tahulah anak angkat kesayangan. Pfft.
Uncle Rafiqi mengeluh keras. Aku kembali senyap. Boleh tahan jauh jugalah perjalanan dari JB Sentral ke Vila Emerald, rumah agam milik Tun Zahim Hanafi, atokku itu. Jadi, baik aku gunakan masa yang ada ni untuk rehatkan minda, menyiapkan mental untuk berdepan dengan kemarahan atok sekejap lagi.
“Tahu tak atok dengan uncle risau pasal Zehra? Kalau ya pun nak pergi mana-mana sebelum balik sini, informlah. Ni tak. Senyap aje,” rungutnya.
Aku membuat muka bosan. Dalam kereta kena leter, nanti bila sampai dekat vila mesti kena bebel jugak dengan atok. Sebab tulah, aku malas nak balik Malaysia. Mulut tu tak boleh nak senyap ke?
“Dah, dah. Sambung pot pet dekat rumah boleh tak? Orang nak rehat!” Aku memusingkan badan ke arah kiri. Menghadap tingkap kereta.
“Tengok tu. Uncle bagi nasihat, terus tak nak dengar. Haihh, Zehra, Zehra. Besar panjang dah, tapi still tak matang-matang. Suka sangat buat sesuatu tanpa fikirkan perasaan orang lain. Blablabla…”
Ya Allah, senyapkanlah mulut pak cik ku ini sampai kami sampai di vila. Amin.
_______SEPERTI yang aku agak, setibanya kami di Vila Emerald, suara Tun Zahim Hanafi memetir kuat. Aku hanya diam tak berkutik. Cepat-cepatlah selesai sesi kau bebel, aku dengar ini. Mata dah kuyu. Katil empuk sudah melambai-lambai tu.
“Apa nak jadi dengan Zehra ni hah?! You’re not five years old. You’re already twenty-five! Kenapa susah sangat nak dengar cakap atok ni? When I said balik selepas sahaja Zehra habis study, I meant you’d should be here two weeks ago. Bukannya melencong ke Rio tu!” pekik atok. Mataku mencerlung memandang Uncle Rafiqi yang sedang terkekeh-kekeh mentertawakanku. Si tukang report itu siap mengangkat ibu jarinya sambil mimik mulut ‘padan muka’. Serius aku rasa nak sepak muka dia laju-laju.
YOU ARE READING
BAD BOY
Romance[START 31.5.17] A bad boy deserves a bad girl. And I am that girl. _______ "Awak.." "Hmmm." Tangannya aku genggam kuat. Tidak mahu aku lepaskan walau sesaat. "Awak tak buat semua ni, kan? Awak tak salah, kan? Semua ni fitnah, kan?" "Yatt, boleh...